Telefilem : Kontena Ana
Produksi : Wayang Works
Pengarah : Bernard Chauly
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 12 Ogos 2017
Durasi : 1 jam 36 minit
Pelakon : Lisa Surihani
SINOPSIS:
Berlatarbelakangkan tahun 2001, di mana perceraian melalui sms berlaku kepada Ana dan Ana bertekad untuk membetulkan keadaan.
Kontena Ana mengisahkan Ana (Lisa Surihani) yang sudah bersedia berpindah ke Holland untuk tinggal dengan suaminya, Farhan. barang dah siap packing masuk kontena, rumah dah kosong tapi elok je nak berangkat, Ana terima mesej dari Farhan yang menyatakan dia ceraikan Ana dengan talak tiga.
so Ana dalam fasa terkejut dan in denial untuk terima dirinya dicerai oleh Farhan melalui sms tanpa sebarang penjelasan. Ana ada masa lagi sebelum naik flight, dalam tempoh tersebut macam-macam benda dan emosi yang bermain di fikiran.
agak kesian sebab dia harungi sebab benda ni seorang diri, nak beritahu kat mak segan nak cerita kat kawan malu sebab semua dah tahu dia nak bina hidup baru di luar negara bersama Farhan. Ana cuba ignore mesej tersebut tapi bila rujuk dekat kawan penguam, dia sedar tak boleh nak ambil mudah perkara tersebut.
citer slow begini bukan pilihan tapi aku tertengok telemovie ni kat tv aritu so layan je la. apa nak komen telemovie agak berat banyak bermain dengan emosi dan Lisa berjaya bawa watak dia sebagai Ana dengan baik dan dia seorang sahaja pelakon dalam telemovie ni.
banyak mesej tersirat yang cuba disampaikan dalam citer ni. kesimpulannya Kontena Ana ini sebuah kisah tentang konflik dalaman Ana sama ada untuk menyelamatkan perkahwinannya atau terima penceraian tersebut dan mulakan hidup baru.
1 Comments
cerita sarat emosi camni kurang minat nak tgok hehe.. suka tgk lisa dlm istanbul aku datang hehe
ReplyDelete