Kisah Yang Hilang (TV3) | Sinopsis Drama

Kisah Yang Hilang (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Kisah Yang Hilang
Produksi : MIG Production
Pengarah : Mohd Azaromi Ghozali
Penulis Skrip : Panel Skrip MIG
Siaran : TV3
Tayangan  Asal : 26 Disember 2017
Episod : 20
Pelakon : Eyka Farhana, Izzue Islam, Epy Kodiang, Wan Gegau, Aizat Hassan, Fathil Dani, Amai Kamaruddin, Ima Latah, Faris Fitri, Syaa Nasir, Azam, Rashidah Jaafar


Kisah Yang Hilang (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang

Fatah Aqil (Izzue Islam), seorang penulis novel romantik dan aksi yang terkenal telah bercita-cita untuk menulis novel seram selepas menghadiri majlis pratoton filem seram.

Namun Aqil ketandusan idea lalu pergi ke sebuah kampung bernama Kampung Sungai Ajal bersama kawan baiknya, Baihaqi. Aqil telah meminta kebenaran dari ketua kampung di situ untuk mengumpulkan kisah-kisah seram yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa.

Aqil kemudiannya berkenalan dengan Sabri, Asmat dan Johan serta seorang gadis cantik bernama Suri Bakawali yang banyak membantunya mengumpulkan cerita seram yang ada. Aqil mula menulis menggunakan sebuah mesin taip lama milik datuk Suri setelah komputer ribanya rosak.

Tanpa disedari Aqil, setiap kisah seram yang ditaipnya menjadi kenyataan. Aqil yang menyedari hal tersebut mula sedar ada sesuatu yang aneh pada kampung tersebut dan dia cuba menyiasat sendiri. Pelbagai peristiwa berlaku pada dirinya sehinggalah dia menemui kebenaran bahawa kampung tersebut.

Baca juga :

Post a Comment

1 Comments

  1. cantiknya eyka farhana dalam drama ni. Nak tengok lah nanti, macam kelakar je ceritanya

    ReplyDelete