Drama Turki | Yeni Gelin - New Bride (2017)

Drama Turki | Yeni Gelin - New Bride (2017)

Title : Yeni Gelin (New Bride)
Production : Surec Film
Release Date : 11 March 2017
Episodes : 64
Genre : Romance, Comedy
Cast : Jessica May, Tolga Mendi, Lale Basar, Renan Bilek, Burcin Bildik, Onur Baytan, Feride Hilal Akin, Sema Kecik, Mustafa Avkiran

SINOPSIS:
Bella, a Spanish Girl falls in love with a Turkish man, Hazar. They decide to marry against the wish of their families. Bella is a modern girl and Hazar's family is very traditional, so their cultures clash.

Drama Turki | Yeni Gelin - New Bride (2017)

Yeni Gelin mengisahkan Bella (Jessica May), gadis moden kacukan Sepanyol dan Turki yang membesar dalam keluarga berada di Madrid. Selepas tamat pengajian, Hazar (Tolga Mendi) yang merupakan teman lelakinya telah melamar Bella sebagai isterinya.

Walaupun mendapat tentangan daripada ibu bapanya, Bella menerima lamaran Hazar lalu mengikut suaminya pulang ke kampung halaman Hazar yang terletak di Adana.

Setibanya di kampung, keluarga Hazar terkejut dan tidak dapat menerima kedatangan Bella ke dalam keluarga besar mereka. tapi disebabkan mereka sudah mendaftar perkahwinan tersebut, ayah Hazar terpaksa menerima Bella sebagai menantunya namun ada hukuman yang menanti Hazar dan Bella.

Drama Turki | Yeni Gelin - New Bride (2017)

Keluarga Hazar dari tribe Bozok yang sangat berpegang teguh pada adat dan tradisi mereka. Ayah Hazar, Kalender (Mustafa Avkiran) mempunyai tiga orang isteri iaitu Asiye (Yonca Sahinbas), Mohteber (Sema Kecik) dan Ayse (Zeynep Kankonde). Selain itu ada juga abang Hazar dan isteri-isterinya dan juga adik perempuan Hazar iaitu Sirin (Feride Hilal) yang tinggal sebumbung.

Kehidupan Bella berubah apabila dia perlu belajar melakukan kerja rumah di samping belajar adat dan tradisi keluarga Hazar. bukan mudah juga nak ambil hati anggota keluarga Hazar ni bila masing-masing cukup anti dengan Bella so ada saja benda yang mereka nak buli Bella. cuma adik iparnya saja yang baik hati dan selalu membantu Bella.

ada mak mertua dia sorang ni cukup anti dengan Bella sebab dia dah rancang nak kahwinkan Hazar dengan anak saudaranya, Dilan (Silan Makal). disebabkan perjanjian tersebut terbatal, dua keluarga ni terus jadi musuh. walaupun begitu, Dilan dalam diam masih lagi tak berputus asa untuk dapatkan Hazar.

Drama Turki | Yeni Gelin - New Bride (2017)

mostly drama turki banyak shoot di Istanbul, best juga bila sekali-sekala dapat tengok tempat lain kat Turki sebab banyak tempat yang cantik dan best sebenarnya di Turki. kalau dapat turki memang tak boleh dipisahkan dengan cinematography dan soundtrack yang best.

suka tengok dengan watak Bella ni sebab dia sentiasa positif dan langsung tak merungut bila kena buat kerja rumah dan dibuli oleh keluarga Hazar. bila dengan Hazar pun Bella tak pernah merungut apa yang terjadi kepadanya di rumah sepanjang hari sebab dia tahu Hazar pun banyak masalah nak kena handle disebabkan perkahwinan mereka.

walapun dibesarkan dalam keluarga berada penuh dengan kesenangan tapi demi cintanya, lautan api pun sanggup diredahi gituu. Demi cintanya pada Hazar, Bella tak putus asa untuk belajar adat dan tradisi keluarga Bozok dan gigih berusaha untuk mendapatkan restu dari anggota keluarga Hazar.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. Lautan cinta tu yg tak mampu nak redah kalo ssatu keluarga tentang. Buat penat aje laa. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuasa cinta mampu mengubah segalanya tapi kalau sis pun tak sanggup nak kena buli macam ni..haha

      Delete