Telefilem : 44 Hari Bangkitnya Pocong
Produksi : Heritage Movies Sdn Bhd
Pengarah : Azmir Affandi
Penulis Skrip : Srikandi Emma & Sri Dewi
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 30 Januari 2021
Pelakon : Elly Suriati, Kody Rasheed, Riezman Khuzaimi, Raja Shahiran
44 Hari Bangkitnya Pocong mengisahkan Aizat (Kodi Rasheed) yang bekerja di Singapura pulang ke kampung apabila menerima berita kematian ibunya, Maimun (Elly Suriati). Sebaik tiba di rumahnya, Aizat terkejut melihat orang kampung bertempiaran melarikan diri kerana jenazah Maimun bangun selepas dilangkah kucing hitam.
Aizat bertambah pelik apabila tiada saudara yang datang membantu kecuali Mak Ngah rupa-rupanya ramai yang terasa hati dengan arwah Maimun kerana hal tanah puasa keluarga mereka. Aizat memutuskan untuk tinggal di kampung sehingg selesai majlis tahlil apabila melihat bapanya, Kamal (Riezman Khuzaimi) masih lagi bersedih.
Bukan sahaka hal keluarga malah Aizat terdengar cerita yang orang kampung juga banyak tak suka dengan arwah Maimun kerana suka berhutang dan mencari gaduh menuduh ada yang mehu mengorat suaminya. Aizat tak percaya sangat dengan cerita orang kampung dan minta mereka berhenti mengumpat perkara tak elok dan akan melangsaikan segala hutang yang ada.
Sejak tahlil malam pertama arwah Maimun, orang kampung diganggu dengan ketukan misteri dan kelibat pocong di kampung mereka sehingga ramai yang tak senang duduk dengan kejadian mistik ini.
Aizat meminta bantuan Rahim (Raja Syahiran) untuk mengubat bapanya dan cuba menyelesaikan masalah pocong yang semakin berleluasa. Dari situ, satu persatu perbuatan syirik yang dilakukan oleh arwah Maimun terungkai yang akhirnya memakan diri sendiri.
drama melayu dan nasi k*ngk*ng berpisah tiada, sampai kesudah tak faham kenapa Maimun nak buat benda macam tu dekat suami sendiri lainlah kalau laki tu memang jahat. tak tahu apa motif sebenar yang menyebabkan dia jadi terlalu taksub sampai sanggup melakukan perkara syirik. walaupun ada flashback semua itu lebih menjawab kenapa Maimun bangkit menjadi pocong.
kesian juga dekat suami dan anaknya yang tak tahu perangai sebenar Maimun. pengajarannya jauhilah perkara syirik dan bertaubatlah sebelum terlambat.
0 Comments