Missing Home - Ngeri Ngeri Sedap (2022) | Review Movie

Review Movie | Missing Home - Ngeri Ngeri Sedap (2022)

Title : Missing Home (Ngeri-Ngeri Sedap)
Director : Bene Dion Rajagukguk
Screenwriter : Bene Dion Rajagukguk
Network : Netflix
Release Date : 2 June 2022
Duration : 1 hour 50 minutes
Cast : Arswendy Bening Swara, Tika Panggabean, Boris Bokir, Ghita Bhebhita, Lolox, Indra Jegel, Rita Matu Mona, Paulus Simangunsong, Indah Permatasari, Pritt Timothy

SINOPSIS:
Culturally fresh for non-Batak person, this movie tells the story about Batak people and their ways of life, family traditions, and customs. On a bigger picture, the story itself represents most of Indonesians cultural values.

Review Movie | Missing Home - Ngeri Ngeri Sedap (2022)

Missing Home atau tajuk asalnya Ngeri-Ngeri Sedap sebuah filem bertemakan kekeluargaan mengisahkan Pak Domu (Arswendy Bening Swara) yang berasal dari keturunan Batak sangat berpegang kepada adat dan dihormati oleh orang kampung kerana berjaya membesarkan anak-anaknya sehingga ke menara gading.

Ramai yang cemburu melihat keluarga bahagia Pak Domu dan Marlina (Tikka Panggabean) tapi orang kampung tidak mengetahui yang Pak Domu berperang dingin dengan anaknya-anaknya kerana tidak menyukai pilihan mereka. Hal ini menyebabkan mereka memilih untuk tidak pulang ke rumah.

Review Movie | Missing Home - Ngeri Ngeri Sedap (2022)

Pak Domu tidak berkenan dengan pilihan anak sulungnya, Domu (Boris Bokir) yang mahu berkahwin dengan wanita Sunda. baginya, lelaki Batak harus berkahwin dengan wanita Batak kerana lebih faham dengan adat mereka.

Gabe (Lolox) yang kini sudah bergelar pelawak terkenal tidak membuatkan Pak Domu bangga kerana mahu Gabe bekerja sebagai penguam atau hakim. Manakala, Sahat (Indra Jegel) sebagai anak lelaki bongsu sepatutnya menjaga orang tua mengikut adat mereka tapi memilih untuk bekerja dengan majikannya.

Makanya, Sarma (Ghita Bhebhita) yang merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga memilih menjaga orang tuanya setelah abang dan adik-adiknya mengejar impian mereka.

Review Movie | Missing Home - Ngeri Ngeri Sedap (2022)

Oppung Domu (Rita Matu Mona) mahu cucu-cucunya ada di pesta adatnya, jadi Pak Domu dan isterinya tiada pilihan lalu membuat rancangan untuk berpura-pura bergaduh dan mahu bercerai yang akhirnya memaksa Domu, Gabe dan Sahat untuk pulang ke kampung halaman.

Mereka balik dengan harapan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku tapi Pak Domu dan Marlina cuba melengahkan masa supaya anak-anak mereka dapat tinggal di kampung sehingga pesta adat nenek mereka.

Review Movie | Missing Home - Ngeri Ngeri Sedap (2022)

bak kata Ommung Domu, kamu yang memilih untuk menghantar anak belajar jauh jadi seharusnya lebih terbuka menerima cara mereka berfikir. walaupun ada masanya geram juga dengan Pak Domu tapi aku tak boleh menyampah dengan Pak Domu sebab sebab sebagai bapa, dia pun nak yang terbaik untuk anak-anaknya. tapi biasalah orang tua ni, biar mati anak jangan mati adat.

first half bolehlah tergelak tengok perangai Pak Domu buat rancangan nak tarik anak-anaknya pulang tapi masuk second half banyak pula scene yang touching. scene bila masing-masing meluah perasaan tu memang terbaiklah. part yang aku suka bila Pak Domu mula sedar tentang kepincangan berlaku dan cuba satukan semula keluarganya.

Review Movie | Missing Home - Ngeri Ngeri Sedap (2022)

Filem Missing Home berlatarkan adat Batak, walaupun tak faham sangat tapi menarik juga sebab dapat belajar banyak adat dan budaya orang Batak. lokasi yang digunakan untuk shooting filem ni pun sangat cantik terutama scene dekat Tasik Toba. 

plot dan jalan cerita filem ni bagi aku sangat menarik. kisah mengenai bapa yang mahu anak-anaknya berjaya dan mengikut seperti apa yang dihajatinya sebaliknya mereka memilih jalan sendiri yang jauh menyimpang dari cita-citanya. setiap pelakon berjaya bawa watak masing-masing dengan baik dan aku suka dengan mesej yang disampaikan melalui filem ini.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments