Khun Mae Suam Roy (2018) | Review Drama Thailand

Khun Mae Suam Roy (2018) | Review Drama Thailand

Title : Khun Mae Suam Roy (You Are Me)
Director : Nok Nuntaporn
Network : Channel 3
Aired : 15 February - 29 March 3018
Episodes : 31
Duration : 45 minutes
Genre : Romance, Mystery
Cast : Bua Wansiri, Pop Karnthip, Judo Thanrinpirom, Khem Laphasrada, Duangta Toongkamanee, Tao Sarocha, Pensri Pinthong, Penpetch Benyakul, Jakkrit Ammarat


SYNOPSIS
Sina disguises herself as her disabled older twin sister, Siriya, and moves back in the Sutharak’s house with her nephew, Kaosuay. She learned that her nephew is the benefactor of her brother-in-law’s wealth upon his death. Her brother-in-law's will states that in order for Kaosuay to inherit his wealth, his wife must marry his younger brother, Athirat. Sina, under the disguise of her older sister, decides to marry Athirat for the sake of her nephew's future. She has no idea what obstacle lies ahead.


Khun Mae Suam Roy (2018) | Review Drama Thailand

Khun Mae Suam Roy mengisahkan Sina yang kembali ke Thailand selepas mendapat tahu kakak kembarnya, Siriya telah terlibat dalam kemalangan dan kini telah lumpuh. Siriya juga mempunyai seorang anaknya malangnya, suaminya iaitu Pipop telah meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.

Sina membuat keputusan untuk menyamar sebagai kakaknya dan masuk ke dalam keluarga Sutharak untuk menyiasat dalang yang menyebabkan kemalangan tersebut sehingga menyebabkan kakaknya menjadi lumpuh.

Pipop selaku pewaris utama keluarga Sutharak telah mewasiatkan sebahagian hartanya diserahkan kepada ibunya manakala separuh lagi kepada Siriya dan anak lelakinya. manakala Nattaya selaku isteri yang sah tidak mendapat sebarang harta dari suaminya.

Khun Mae Suam Roy (2018) | Review Drama Thailand

Hal ini mengejutkan semua ahli keluarga Sutharak kerana mereka tidak mengetahui kewujudan Siriya selama ini sebagai perempuan simpanan Pipop. Pipop juga memberi amanah kepada adik tirinya, Athirat untuk berkahwin dengan Siriya.

Sina tidak setuju dengan wasiat tersebut kerana tidak mahu terlibat lagi dengan keluarga Pipop manakala Sina pula merasakan ini peluangnya untuk mencari mastermind yang merancang kemalangan tersebut lalu menyamar sebagai Siriya dan berkahwin dengan Athirat.

Walaupun kembar tapi perwatakan Sina dan Siriya jauh berbeza. Siriya jenis yang lemah lembut dan redho je dengan keadaan dia tapi Sina pula seorang yang lasak dan tak senang buli.

Khun Mae Suam Roy (2018) | Review Drama Thailand

Sina dan Athirat berkahwin kerana wasiat tapi masing-masing ada motif tersendiri tapi tujuan mereka sama iaitu mencari mastermind kepada kemalangan tersebut. masing-masing saling menaruh syak wasangka sebab Athirat percaya yang Siriya kahwin dengan Pipop sebab nak bolot harta.

Awal perkahwinan, mereka saling berselisih pendapat dan tidak percaya antara satu sam lain plus Athirat syak yang Sina cuma berlakon lumpuh. memang Siriya yang lumpuh tapi Sina tu berlakon so betullah apa yang Athirat syak..haha. banyak kali juga Sina hampir nak kantoi tapi nasib baik sempat cover line.

biasalah dalam lakon ni scenario dia lebih kurang sama je, gaduh-gaduh pastu terjatuh cinta. tapi sweet dan comel tengok perangai Siriya dan Athirat walaupun scene romantik antara mereka berdua tak banyak.

Khun Mae Suam Roy (2018) | Review Drama Thailand

ada masanya tak berapa suka sangat dengan Sina yang suka provok keluarga Sutharak. walaupun Siriya tu mangsa keadaan tapi kalau diri sendiri tak cari pasal dan caras suami orang mesti tak ada orang nak kacau kau. sis pun tak faham kenapa Pipop curang dengan isterinya, kalau betul sebab anak memang kesian juga dengan bini dia.

memang kesianlah dengan Nattaya. sudahlah suami sendiri ada perempuan simpanan, bila harta semua harta dapat kat perempuan simpanan. padahal Nattaya isteri Pipop yang sah tapi sen pun tak dapat.

Khun Mae Suam Roy (2018) | Review Drama Thailand

jalan cerita Khun Mae Suam Roy menarik juga. dari permulaan langsung tak boleh nak teka siapa penjahat sebenar sebab masing-masing ada motif sendiri. setiap episode mesti ada twist setiap watak, kiranya ada watak yg kita fikir jahat tapi bila pengarah tunjuk sisi baik untuk watak tersebut terus kita pun confius tak tahu siapa yang jahat.

bila tahu mastermind sebenar, geram juga sebab dari awal lagi aku dah syak dia tapi terpedaya dengan permainan pengarah. btw, nice drama, nice ending dan nice chemistry.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments