Review Movie | Love You My Arrogance 2 (2022)

Review Movie | Love You My Arrogance 2 (2022)

Title : Spark Jai Nai Jomying 2
Another Title : Love You My Arrogance 2
Director : Saranyu Jiralaksanakul
Screenwriter : Wimonrat Sakaew
Network : CH3/ Netflix
Release Date : 5 February 2022
Duration : 1 hour 59 minutes (12 Episode)
Genre : Romance, Comedy
Cast : Nine Naphat, Mild Lapassalan, Oab Oabnithi, Most Witsarut, Tae Darvid, Meiko Chonnikan, Pingpong Thongchai


Love You My Arrogance mengisahkan seorang youtuber terkenal di Thailand, Sun (Nine Naphat) tapi dikecam teruk oleh peminatnya kerana sikap sombong dan tidak mesra dengan peminatnya. Hal ini kerana Sun mempunyai kebolehan untuk mendengar suara hati orang lain menyebabkan dia lebih suka menyendiri dan buat hal sendiri.

Pertemuan Sun dengan seorang novelis bernama Anna (Mild Lapassalan) telah mengubah pemikirannya dan lebih terbuka menerima keistimewaan yang ada pada dirinya.


Dalam Love You My Arrogance Musim 2, Sun dan rakan-rakannya menyertai pertandingan berkaitan tourism. Mereka mempunyai visi dalam mempromosikan tempat menarik di samping membantu ekonomi penduduk tempatan. 

Sun dan rakan-rakannya menyertai pertandingan tersebut kerana wang tunai yang ditawarkan kerana mereka mahu menggunakan wang tersebut sebagai modal membesarkan syarikat mereka.

Dalam masa yang sama muncul pesaing Sun iaitu Tul (Oab Oabnithi) yang juga youtuber terkenat turut serta menyertai pertandingan tersebut dan juga bersaing dengan Sun untuk mendapatkan kembali cinta Anna.


Dalam musim kedua, novel Anna mendapat sambutan hebat sehingga ada penerbit mahu adaptasi novel Anna menjadi filem. Anna mendapat task untuk improve watak heronya lalu decide pergi bercuti untuk spend time dengan Sun tapi dia terikat apabila Tul tiba-tiba muncul dan meminta Anna membantunya dalam menerbitkan video untuk pertandingan tersebut.

Anna sebenarnya pernah couple dengan Tul dulu dan mereka berpisah apabila Tul belajar di luar negara. bila bertemu kembali, Anna cuba mengganggap Tul tak lebih dari seorang kawan sebab hatinya dah jatuh suka dengan Sun.

Masalahnya Sun tak pernah confess atau declare hubungan mereka so Anna tak tahu apa perasaan Sun pada dirinya. Jadi kawan-kawan mereka buat plan supaya Sun confess perasaan dia pada Anna dalam sebulan.

Review Movie | Love You My Arrogance 2 (2022)

Love You My Arrogance 2 sebuah drama romantik comedy yang ringan, macam musim pertama, drama ni nak promote lokasi pelancongan yang menarik di Thailand. Jalan cerita musim kedua lebih menarik sebab ada sikit konflik yang berlaku.

tengok drama ni, geram juga dengan Sun sebab slow sangat nak confess perasaan dia nasib baik kawan yang lain banyak main peranan supaya Sun rasa tergugat dengan kehadiran Tul dalam hidup Anna. overall comellah jalan cerita dia, best layan time tengah tak ada mood ni.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments