Review Drama Korea | Extraordinary Attorney Woo (2022)

Review Drama Korea | Extraordinary Attorney Woo (2022)

Title : Extraordinary Attorney Woo
Director : Yoo In Shik
Screenwriter : Moon Ji Won
Network : ENA/ Netflix
Aired : 29 Jun - 18 Aug 2022
Episodes : 16
Duration : 1 hour 10 minutes
Genre : Law, Romance, Life
Cast : Park Eun Bin, Kang Tae Oh,  Kang Ki Young,  Jeon Bae Soo,  Baek Ji Won,  Jin Kyung, Ha Yoon Kyung, Joo Jong Hyuk, Joo Hyun Young

SINOPSIS:
Diagnosed with autism spectrum disorder, 27-year-old Woo Young Woo graduated at the top of her class from the prestigious Seoul National University for both college and law school due to her high IQ of 164, impressive memory, and creative thought process. Working as a lawyer, she finds herself struggling when it comes to social interactions.
 

Extraordinary Attorney Woo mengisahkan Woo Young Woo (Park Eun Bin) yang tamat belajar dalam bidang undang-undang dengan cemerlang dari Seoul National University tapi struggle untuk mendapatkan pekerjaan kerana dirinya menghidap autism sejak kecil lagi.

Pemilik Hanbada Firm, Han Seo Young (Baek Ji Won) yang juga kenalan bapanya menawarkan Young Woo untuk bekerja sebagai penguam di firmanya kerana kelayakan cemerlang yang dimiliki oleh Young Woo tanpa mengambil kira kekurangan pada dirinya.

Sejak itu Young Woo bekerja sebagai penguam di Hanbada Firm bersama dua lagi rookie lawyer iaitu Choi Soo Yeon (Ha Yoon Kyung) dan Kwon Min Woo (Joo Jong Hyuk) di bawah bimbingan penguam senior Jung Myung Seok (Kang Ki Young).

Walaupun Woo Young Woo seorang yang bijak dan kreatif dalam menyelesaikan kes tapi banyak juga struggle nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru lagi-lagi dia ada masalah untuk deal dan berinteraksi dengan client dia. Setiap episod tu best juga tengok Young Woo nak adapt dan selesaikan setiap kes dan masalah dia.

Dalam masa yang sama, Young Woo semakin rapat dengan Lee Jun Ho (Kang Tae Oh) yang juga bekerja di firma tersebut dan selalu membantu Young Woo untuk menyesuaikan diri bekerja di situ. Dalam diam juga, Jun Ho dah jatuh hati dengan Young Woo, kalau orang lain dah naik muak dengar cerita ikan paus dia tapi Jun Ho yang rajin melayan dan tadah telinga dengar segala cerita fantasi Young Woo.

aku suka lakonan Kang Tae Oh dalam drama ni, sweet and gentlemen habis tapi romance scene dalam drama ni agak cringe.

Review Drama Korea | Extraordinary Attorney Woo (2022)

Waktu mula-mula bekerja ada rakan sekerja Young Woo yang rasa dia tak layak jadi penguam disebabkan disability dia tapi bila tengok cara Young Woo bekerja dan pemikirannya yang kreatif dalam menyelesaikan kes berjaya mengubah persepsi Jung Myeok Seok pada anak buahnya itu.

Choi Soo Yeon yang pernah belajar satu universiti dengan Young Woo adakalanya nampak cemburu dengan kebolehan Young tapi dalam masa yang sama dia adalah kawan terbaik yang selalu protect bila ada yang cuba buli Young Woo.

lain pula dengan Kwon Min Woo yang rasa Young Woo tak layak bekerja di situ dan syak Young Woo guna kabel besar untuk masuk kerja di firma tersebut. lakonan Joo Jong Hyuk sebagai Kwon Min Woo patut dipuji sebab kesian dengan dia asyik kena kecam dengan netizen sebab watak dia yang tak semenggah dalam drama ni tapi aku yang tengok pun memang geram juga dengan Kwon Min Woo sebab tak habis cari pasal dengan Young Woo.


yang menjadi persoalan besar pada penonton adalah siapa ibu Woo Young Woo sebab sejak dilahirkan dia dijaga oleh ayahnya, Woo Gwang Ho (Jeon Bae Soo).

Woo Gwang Ho juga pelajar terbaik dalam law tapi decide untuk berhenti dan buka kedai kimbap sebab nak jaga Young Woo, dalam masa yang sama tak nak kerja satu bidang dengan emak Young Woo. Han Seo Young yang kenalan dari universiti dulu ambil Young Woo kerja dengan dia sebab ada motif tersendiri juga.

kiranya emak Young Woo berasal dari keluarga berpengaruh dan sekarang merupakan somebody juga dalam bidang law tapi dekat pertengahan cerita dah boleh teka siapa emak Young Woo ni. tapi kesian juga dengan Young Woo sebab emak sendiri buang dia nak kejar cita-cita.

Review Drama Korea | Extraordinary Attorney Woo (2022)

permulaan drama sangat menarik dengan menghiburkan, semua watak bagi aku memang best terutama lakonan Park Eun Bin sebagai Woo Young Woo memang terbaik. ini first time aku tengok dia berlakon tapi impress giler kot sebab bukan senang nak bawa watak autism.

dua atau tiga kes di awal cerita memang menarik tengok Young Woo cuba selesaikan tapi itulah bila di pertengahan sampai ke penghujung, jalan cerita dia semakin membosankan. aku mengharapkan plot di hujung lebih gempak dan intense sebab ada pihak ni nak gunakan Young Woo untuk jatuhkan emak dia sendiri tapi itulah, tak berapa puas hati macam gitu je ending dia.

bagi aku, yang uniknya pasal drama Extraordinary Attorney Woo adalah watak Woo Young Woo dan lakonan Park Eun Bin. lepas 10 episod momentum drama ni agak drop. kalau tanya aku memang aku rasa tak perlu kot untuk musim kedua..haha. but overall still nice story lah.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments