Review Drama Korea | Cafe Minamdang (2022)

Review Drama Korea | Cafe Minamdang (2022)

Title : Cafe Minamdang
Director : Go Jae Hyun, Yoon Ra Young
Screenwriter : Park Hye Jin
Network : KBS / Netflix
Aired : 27 June - 23 August 2022
Episodes : 18
Duration : 65 minutes
Genre : Mystery, Comedy, Romance
Cast : Seo In Guk, Oh Yeon Seo, Kwak Shi Yang, Kang Mi Na, Won Hyun Joon, Baek Seo Hoo, Kwon Soo Hyun, Jung Man Shik


Cafe Minamdang mengisahkan Nam Han Joon (Seo Ing Guk) seorang profiler yang dipenjarakan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang pendakwaraya bernama Han Jae Jeong (Song Jae Rim) yang juga kawan baiknya. Selepas keluar penjara, Nam Han Joon tidak berputus asa untuk mencari pembunuh Han Jae Jeong yang dia gelar sebagai Gopuri.

Nam Han Joon menyamar sebagai shaman, client dia pula terdiri dari golongan bawah sampailah vip. semua ini dibuat untuk mengumpul maklumat mengenai Gopuri. Nam Han Joon dibantu oleh Gong Soo Cheol (Kwak Si Yang) yang juga bekas detektif dan adiknya, Nam Hye Joon (Kang Mi Na) yang pernah bekerja dengan NIS.

Mereka membuka sebuah kafe yang diberi nama Cafe Minamdang, untuk sembunyikan bisnes shaman mereka.


Han Jae Hee (Oh Yeon Seo) merupakan detektif dan juga adik kepada Han Jae Jeong. pada mulanya Jae Hee tak puas hati dengan hukuman yang dikenakan ke atas Nam Han Joon sebab dia yakin Nam Han Joon pembunuh abangnya.

Sehingga beberapa kejadian berlaku yang akhirnya Han Jae Hae percaya Gopuri adalah pembunuh sebenar. Jadi, dia bekerjasama dengan Nam Han Joon untuk menangkap Gopuri dan menegakkan keadilan pada mereka yang menjadi mangsa Gopuri.


Cafe Minamdang ada konsep menarik, dua episode permulaan memang terbaik tapi sayang bila masuk pertengahan cerita, penulis dah mess up everything. part komedi memang best, aku sangat terhibur tapi seriuslah momentum tu drop bila penulis terlalu fokus pada komedi, awal rasa kelakar after that dah jadi menyampah sebab masing-masing macam dah terlebih bengong. sebenarnya tak perlu pun extend sampai dua episod sebab jalan cerita sangat dragging.

the most annoying adalah perangai heroin yang cepat sangat buat andaian sendiri tanpa bukti yang kukuh. polis pula langsung tak function just to make watak Nam Han Joon nampak sangat hebat dalam menyelesaikan kes. bila masuk pertengahan juga, genre drama ni lebih kepada komedi dan romantik dari misteri. confius aku..

bagi aku, babak romantik yang diselitkan dalam drama ni macam tak kena. tak tahulah maybe aku je kot yang tak nampak chemistry antara watak utama.

Review Drama Korea | Cafe Minamdang (2022)

balik kepada misteri dalam drama ni, di pertengahan cerita (tak ingat episod berapa) dah didedahkan siapa Gopuri tapi agak complicated untuk menangkap Gopuri sebab ada orang yang lebih berkuasa melindungi Gopuri dan tuan kepada Gopuri sangat misteri. kiranya Gopuri cuma orang bawah untuk cuci semua kerja tuan dia. persoalannya siapa dalang di sebalik Gopuri?

aku tak terkejut pun bila reveal pembunuh sebenar sebab dari awal aku dah boleh agak mamat ni. berkat rajin layan drama crime mystery..haha tapi seriusly kalau korang rajin layan drama misteri jenayah memang pattern dia lebih kurang je.

dari awal lagi aku dah rasa mamat ni tak kena dan pelik sebab macam banyak betul masa free dia follow detektif ni. padahal kerja berlambak kemain tapi boleh pass kat orang bawah.hurmm. lepas tu senang betul maklumat polis bocor macam mana tak syak dia sebab selalu dia je yang menempel dekat team Han Jae Hee.

cuma aku tak tahu apa motif dia sebab aku banyak skip episod last-last ni sebab makin rimas dengan babak selingan dalam drama ni.

Review Drama Korea | Cafe Minamdang (2022)

kesimpulannya, Cafe Minamdang ada konsep yang menarik dengan plot dan watak male lead, komedi di awal cerita just nice dan kelakar. aku admit first half aku memang terhibur tapi masuk pertengahan seriusly rasa penat betul nak habiskan dengan jalan cerita yang lemah dan makin dragging. 

just nice kalau penulis fokus dengan misteri dan selesaikan kes dengan cepat daripada meleret sampai 18 episod.

Baca juga : 

Post a Comment

6 Comments

  1. haritu tengok episod pertama terus give up sebab komedi dia try hard sangat, tak kena dengan selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula tu still boleh masuk lagi tapi lama-lama dah menyampah, betul kata awal komedi dia nampak try hard sgt dan part romantik pun macam tak kena. tapi sis gigih tengok sebab seo inguk..hahaha

      Delete
  2. saya tengok 2 episod awal ja drama ni sbb ada seo in guk, pastu terus drop drama ni, dah boleh agak mesti mesti draggy n merepek sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua boleh masuk dengan komedi dia. bila tahu diorang nak tambah 2 episod memang dah agak cerita dia jadi meleret..

      Delete
  3. sian SIG..bad drama choice..drama dia sebelum ni pun kurang menyerlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasan juga, lepas dia keluar army ni xde drama dia yang betul2 gempak.

      Delete