Sesekali (TV2) | Sinopsis Telefilem

Sesekali (TV2) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Sesekali
Pengarah : Hisyamudin Ahmad
Penulis Skrip : Lily Haslina Nasir
Siaran : TV2
Tayangan : 26 Ogos 2022
Masa : Jumaat | 3.00 Petang
Pelakon : Beto Kusyairy, Azhan Rani, Puteri Rafasya, Shazman Isaac, Noorkhiriah, Hariry Jalil, Norasmahani Shaari

Telefilem Sesekali diadaptasi dari Puisi bertajuk Sesekali karya Siti Zaleha Hashim mengisahkan ksih sayang dan pengorbanan bapa dalam membesarkan anaknya.

Sesekali (TV2) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Sesekali 

Amrin (Beto Kusyairy), seorang bapa tunggal yang membesarkan anak perempuan, Kemboja (Puteri Rafasya) dengan bekerja sebagai penghibur jalanan. Kehidupan mereka bahagia sehingga tragedi berlaku meragut nyawa Kemboja.

Manakala Adeng (Azhan Rani) sanggup melakukan apa sahaja termasuk merompak demi pembiayaan perubatan mata anak angkatnya, Wahyudi (Shazman Isaac). 

Ketika melarikan diri daripada pihak polis, Adeng telah terlanggar Kemboja. Adeng ditangkap polis namun Amrin tidak dapat menerima kematian anaknya dan bertekad mahu membalas dendam. Namun pertemuan Amrin dengan Wahyudi membuatkan dia ragu-ragu untuk meneruskan niat jahatnya. 

Mampukah sentuhan mengubah hati seseorang, Wahyudi yang mengalami masalah mata, menganggap Amrin bapanya tanpa mengetahui Adeng telah ditangkap. Apakah nasib Wahyudi menerima nasib yang sama seperti Kemboja atas situasi yang berbeza. Ikuti kesudahannya dalam telefilem Sesekali di TV2.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments