Review Telefilem | Aneh (Astro Citra)

Review Telefilem | Aneh (Astro Citra)

Telefilem : Aneh
Produksi : KL Motion Pictures, Screenworks International
Pengarah : Wan Hasliza, Wan Alauddin
Penulis Skrip : Wan Hasliza
Siaran : Astro Citra 108
Tayangan : 14 September 2019
Durasi : 1 Jam 30 minit
Pelakon : Fattah Amin, Elyana, Gen Darwish, Syaffiq Sahli, Puteri Rayyana Rayqa, Juita Johari, Zaidi Omar, Izz Irfan

Telefilem Aneh sebuah kisah mistik seram mengisahkan Nadia (Elyana) yang dihantui bayangan Ilham (Syafiq Sahli) yang koma akibat kemalangan cuba meminta bantuan daripadanya. 

Nadia pergi melawat Ilham untuk mengetahui apa yang berlaku kepada lelaki tersebut tapi apa yang mengejutkan apabila Nadia menyedari adik Ilham iaitu Boy (Gen Darwish) telah dirasuk. Nadia cuba memberitahu perkara tersebut kepada ibu Ilham malangnya wanita itu tidak percaya perkara tersebut.

Tidak tahan dengan bayangan Ilham yang mengekorinya, Nadia mendapatkan bantuan Musa Adam (Fattah Amin) yang mempunyai ilmu perubatan islam malangnya lelaki itu menolak kerana dia telah berhenti kerja tersebut selepas isterinya meninggal dunia dan kini tidak mahu perkara sama berlaku kepada anaknya.

Review Telefilem | Aneh (Astro Citra)

Walaupun konsep telefilem Aneh agak menarik tapi jalan cerita tak digarap dengan baik sampai aku ambil masa yang lama untuk habiskan telefilem ini. lagi satu tak ada backstory pada watak Musa Adam, bapa Nadia ataupun Ilham untuk kita faham apa yang terjadi pada isteri Musa Adam menyebabkan dia tekad tak mahu terlibat dengan perkara mistik ini lagi. apa sebenarnya terjadi pada Ilham semasa hari kemalangan tersebut.

pengarah telefilem ini lebih fokus pada elemen seram bagi aku not bad macam scene Boy dan Nadia diganggu tu agak seram juga. cuma aku tak puas kenapa telefilem ni bergelap, dia tak completely black out sebab still boleh nampak lagi apa yang diorang buat dalam gelap. pelik la bila rumah Ilham tak pernah ada lampu, scene Boy kena kacau kenapa budak tu tak bukak lampu bilik dulu bagi terang berderang sikit. tahulah citer seram memang selalunya lighting kurang sebab nak bangkit mood suram dan seram tapi agak-agaklah takkan makan pun nak bergelap juga. citer ni betul-betul jimat elektrik gamaknya. patutlah hantu pun suka bertandang kat rumah Ilham.

lagi satu scene tak berapa logik bila orang jumpa mayat pembantu rumah Ilham, kita kalau panik pergi report polis dulu tapi orang ni pergi beritahu emak Ilham dulu suruh datang tengok. aishh kalau jiran pun takkan sekilas tengok kau dah cam identiti mayat tu. mantap betul bang!

sejujurnya aku tak berapa faham jalan cerita ni. dah la jalan cerita slow giler. yang aneh juga apa yang menyebabkan hantu tu menganggu Ilham dan keluarganya. siapa bayangan makhluk yang dilanggar Ilham tu? takkan sebab Ilham terlanggar terus mereka nak balas dendam. habis tu dah kau duduk tengah jalan siapa suruh. aishh pusing pula kepala sis dengan benda aneh ni. 

Baca juga:

Post a Comment

1 Comments