Review Movie | Darlings (2022)

Review Movie | Darlings (2022)

Title : Darlings
Director : Jasmeet K Reen
Screenwriter : Parveez Sheikh, Jasmeet K Reen, Vijay Maurya
Network : Netflix
Release Date : 5 August 2022
Duration : 2 hour 13 minutes
Genre : Comedy, Thriller
Cast : Alia Bhatt, Shefali Shah, Vijay Varma, Roshan Mathew, Rajesh Sharma

SINOPSIS:
Badru hopes her volatile husband will reform if he stops drinking. However, when his rage goes too far, she and her mum boldly, albeit clumsily, seek revenge.

Review Movie | Darlings (2022)

Darlings mengisahkan Badru (Alia Bhatt) dan Hamza (Vijay Sharma) yang berkahwin atas dasar cinta tapi tak sampai 3 tahun kahwin, Badru terpaksa hadap perangai buruk Hamza yang kaki mabuk. bila buat salah sikit teruk Badru kena belasah dengan suaminya. pagi besok bila Hamza pujuk sikit janji kononnya nak berubah terus cair maafkan laki dia. 

Mereka tinggal di kejiranan miskin, jiran-jiran pun dah tahu perangai Hamza macam mana tapi masing-masing pilih untuk tutup mata dan telinga dari masuk campur hal mereka laki bini.

Badru percaya Hamza seorang suami yang baik tapi arak yang buat suaminya bertindak begitu so Badru percaya Hamza boleh berubah kalau berhenti minum. Badru cuba macam-macam cara untuk hentikan tabiat buruk Hamza.

Review Movie | Darlings (2022)

Emak Badru iaitu Shamshu (Shefali Shah) tinggal dekat dengan rumahnya so setiap kali Hamza keluar pergi kerja, Badru akan lepak dengan emaknya dan luahkan segala masalah yang berlaku. nasihat Shamshu senang saja suruh Badru minta cerai tapi mananya Badru nak dengar sebab sayang sangat dengan suami dia.

kemuncak drama bila Badru bergaduh dengan emak dia sebab emak dia tak setuju Badru tarik balik report terhadap Hamza sampai emaknya kena pukul dengan Hamza pun dia still nak pilih Hamza dari emak sendiri.

first half ni agak slow jalan cerita dia sebab Badru tak habis nak pertahankan suaminya. sayang punya pasal telan jelah semua benda tapi masuk pertengahan baru start best sikit bila Badru berubah mahu balas dendam pada Hamza selepas kandungannya gugur. tapi overall plot dia memang menarik, lakonan Alia pun best dan sis terhibur tengok scene dia dengan mak dia, part tu memang kelakar.

Review Movie | Darlings (2022)

bila tengok movie macam ni memang sakit hati dengan perangai lelaki macam Hamza tapi lagi menyampah dengan Badru sebab dah teruk kena belasah pun masih lagi sayang kat laki dia. kena pujuk sikit bagi ayat manis sikit cairlah..hurm perempuan! 

sebenarnya kalau Badru nak keluar dari keganasan rumah tangga, ramai yang akan bantu dia termasuk emak sendiri tapi itulah percaya sangat cinta mampu merubah segalanya mampu mengubah perangai buruk Hamza last sekali cinta tak kemana badan yang sakit.

bagus juga filem Darlings sebab ada pengajaran yang boleh diambil khusus pada wanita yang terjebak dalam keganasan rumah tangga. pilihlah sama ada untuk bertahan dan terseksa, atau bebas dan hidup bahagia. overall nice movie, nice ending.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. Suka ending dia! We earn our own respect, tak perlu harap orang lain.

    ReplyDelete