Title : Link: Eat, Love Kill
Director : Hong Jong Chan
Screenwriter : Kwon Ki Young, Kwon Do Hwan
Network : TVN/ Disney+Hotstar
Aired : 6 July - 26 July 2022
Episodes : 16
Duration : 1 hour 10 minutes
Genre : Mystery, Romance, Fantasy
Cast : Yeo Jin Goo, Moon Ga Young, Song Deok Ho, Kim Ji Young, Ye Soo Jung, Lee Bom Sori, Shin Jae Hwi, Lee Bom, Lee Suk Hyeong
A fantasy mystery drama about a man and woman who share the same emotional state. Eun Gye Hoon is a chef who sets up a restaurant in the town where his twin sister went missing 20 years ago. He finds himself randomly experiencing emotions one day, spontaneously crying and laughing, and it turns out that they are the emotions of a woman named Noh Da Hyun.
Drama Link: Eat, Love, Kill mengisahkan Eun Gye Hoon (Yeo Jin Goo) seorang chef selebriti terkenal yang mana suatu hari dia dapat rasa emosi yang dilalui seorang wanita bernama Noh Da Hyun (Moon Ga Young).
Eun Gye Hoon pernah ada adik kembar perempuan, Eun Gye Young yang hilang 18 tahun yang lalu so telepathy ini juga pernah link dia dengan kembarnya dulu. Gye Hoon jadi penasaran juga sama ada Noh Da Hyun ini adik kembar dia yang hilang dulu.
Eun Gye Hoon buat keputusan untuk buka restorannya di hometown iaitu tempat tinggal keluarga dia dulu sebelum kes adiknya hilang. penduduk kawasan tu macam pelik juga kenapa chef selebriti nak buka restoran makanan barat di situ.
tapi tujuan Gye Hoon bukan nak siasat cold case adiknya tapi nak tahu ke mana ayahnya menghilang sebab selama ini ayah dia jarang ada kat rumah sebab tak putus asa mencari adiknya. bila tiba-tiba lost contact dia jadi pelik juga sebab polis jumpa dompet milik ayahnya.
lagi yang Gye Hoon tak sangka bila Noh Da Hyun juga tinggal di situ, anak kepada pemilik kedai makan depan restorannya.
Noh Da Hyun pula ada masalah bila asyik dapat hadiah pelik. apabila terjumpa balik Gye Hoon di kampung halamannya terjadi salah faham bila dia ingatkan Gye Hoonlah stalker tersebut sebab dia dapat hadiah creepy tu lepas bersembang dengan Gye Hoon dulu.
lepas tu baru tahu rupanya rakan sekerja dia merupakan stalker Da Hyun selama ini. suatu hari, Lee Jin Geun (Shin Jae Hwi) muncul dan serang Da Hyun di kedai milik ibunya. Da Hyun yang panik sangka lelaki itu telah mati. emak dan neneknya membantu membersihkan tempat kejadian dan menyembunyikan mayat Lee Jin Geun dalam peti ais besar milik mereka.
tapi belum sempat mereka buang peti ais tersebut, Eun Gye Hoon mengambil peti ais tersebut sebab masih elokd dan dia ingat orang buang depan kedai dia. Sekarang Noh Da Hyun perlu fikir jalan untuk mengambil balik peti ais tersebut sebelum Eun Gye Hoon menyedari ada mayat di dalamnya.
vibe drama ni macam drama Beyond Evil sebab pengarah cuba nak tunjukkan yang penduduk kawasan tu semuanya tak boleh dipercayai dan kemungkinan ada kaitan dengan misteri kehilangan Eun Gye Young tapi drama ni bukan mengenai penyiasatan tapi lebih kepada link emosi yang menghubungkan Gye Hoon dan Da Hyun dan juga Da Hyun dengan masalah stalker dia.
permulaan cerita agak saspen tapi tak expect drama ni kelakar. scene Da Hyun, emak dan nenek dia nak dapatkan balik peti ais tu kelakar lepas tu diorang jadi paranoid pula setiap kali nampak polis meronda di kawasan tersebut.
Gye Hoon jadi pelik juga bila Da Hyun cuba buat baik dan minta kerja di restoran dia tapi sebab dia ada link dengan Da Hyun so dia tahu yang Da Hyun cuba sembunyi something. plus bila Da Hyun kena nightmare, Gye Hoon ajak datang kedai dia sambil makan dan sembang dan dari situ juga mereka jadi rapat.
bila sampai pertengahan cerita dia agak slow sikit sampai tapi bila masuk episod 8 baru start best balik sebab ada beberapa plot twist menarik dan satu persatu misteri mula terbongkar.
spoiler yang sis bagi, sebenarnya Lee Jin Geun tak mati tapi mereka tak perasan sebab dalam tempoh tersebut Gye Hoon tak pernah buka peti tersebut. sekarang Gyen Hoon dah tahu masalah Da Hyun bila gadis itu berterus terang segalanya jadi Gye Hoon mahu melindungi Da Hyun dari diserang stalker tersebut.
Lee Jin Geun bukan stalker sahaja rupa-rupanya dia pun pernah tinggal situ juga dulu dan watak dia jadi penting juga sebab macam kunci kepada misteri kehilangan Eun Gye Young dan zaman kanak-kanak Na Da Hyun tapi disebabkan Da Hyun hilang ingatan memori zaman kanak-kanak si dia macam suka torture Da Hyun. kalau korang tahu apa kaitan dia dengan kes tersebut memang geram juga.
balik kepada kes Eun Gye Young pula ada mesej yang cuba disampaikan. sebenarnya ada peluang yang tinggi untuk selamat Eun Gye Young waktu tu tapi sebab perangai manusia yang selfish dan tutup mata tengok budak kecil dalam kesusahan dan juga pihak polis tak menjalankan kerja dia dengan betul menyebabkan nyawa budak tu melayang.
yang sedih juga bila orang tak bersalah dituduh sebagai pembunuh manakala pembunuh sebenar pula masih boleh bergerak bebas dalam komuniti. tapi disebabkan drama ni bukan bertemakan polis dan penyiasatan so macam tak puas hati juga tak tahu apa motif pembunuh psiko ni culik budak-budak tu.
selain daripada misteri kehilangan Eun Gye Yoon, chemistry antara Gye Hoon dan Da Hyun pun best juga. tapi overall, 16 episod terlalu panjang dengan pace yang slow dan subplot pun banyak. walaupun ada flaw dengan jalan ceritanya tapi masih menarik untuk ditonton kalau korang suka drama bertemakan misteri.
Baca juga :
2 Comments
nampak juga rating drama ni tak naik sangat. Tunggu drama ni habis sebab nak marathon sebab jalan cerita dia unik haha
ReplyDeletewah best ni best ni.... mmg dah masuk list utk tengok!
ReplyDelete