Title : Bad Romeo
Director : Aew Ampaiporn
Screenwriter : Danaya Supying
Network : Channel 3/ Netflix
Aired : 20 July - 14 September 2022
Episodes : 17
Duration : 1 hour 25 minutes
Genre : Romance, Melodrama
Cast : Yaya Urassaya, Mario Maurer, Sam Yuranunt, Aokbab Chutimon, Pop Thatchathon, Lukkade Metinee, Bird Wanchana, Marilyn Kate, Palm Supachai
Bad Romeo mengisahkan Saikim (Yaya Urassaya), anak kepada hartawan ternama yang mana hidupnya sering dikongkong oleh ayahnya dan tidak dapat bergerak bebas. suatu hari, Saikim membuat rancangan bercuti seorang diri ke Thailand tanpa pengetahuan ayahnya, Songsil Kidakan (Sam Yuranut).
Saikin berpakat dengan kawan baiknya, Lita (Aokbab Chutimon) untuk bertukar tempat kiranya dia pergi ke Thailand merasai kehidupan Lita manakala Lita pula pergi ke London untuk merasai hidup sebagai orang kaya.
tak sampai sehari tinggal di Thailand pelbagai masalah menimpa Saikim dan Saikim kemudiannya bertemu dengan Kaokla (Mario Maurer), seorang lelaki miskin yang bekerja sebagai mekanik.
dompet Saikim hilang jadi sekejap sahaja Songsil boleh detect anak dia berada di Thailand bila ada orang guna kad kredit Saikim. terjadi salah faham bila Songsil ingatkan anaknya balik ke Thailand untuk berjumpa lelaki.
ni semua gara-gara si Lita guna aplikasi jodoh guna nama Saikim. tak sangka benda kecil begini boleh jadi isu besar sampai Songsil hilang kepercayaan pada anaknya. yang ayahnya pun takkan tak kenal anak sendiri, seriusly watak Songsil boleh buat korang geram sepanjang tengok drama ni.
selepas pengaduhan dengan ayahnya, Saikim kebetulan bertemu semula dengan Kaokla yang tengah kecewa sebab kekasihnya curang kahwin dengan orang lain. masing-masing meluahkan kekecewaan then terlanjur pada malam tersebut.
paling kesian dengan Kaokla sebab satu persatu masalah menimpa dirinya selepas bertemu dengan Saikim. sudahla kena tuduh cuba kikis duit Saikim lepas tu kena sumbat lokap sebab Songsil buat laporan Kaokla rogol anaknya padahal Kaola tak tahu pun yang Saikim ni anak orang kaya.
Kaokla cuba untuk menyelesaikan masalah antara mereka tapi lepas malam tersebut, Saikim dikawal ketat oleh ayahnya dan Kaokla pula hidup macam pelarian apabila hidupnya diperhati oleh orang Songsil.
Nak dijadikan cerita, Saikim panik bila dapat tahu dirinya mengandung. tanpa pengetahuan Songsil, Saikim meminta bantuan Kaokla untuk mengugurkan kandungannya.
walaupun pada awalnya Kaokla bersetuju tapi dia berubah fikiran membawa Saikim pulang ke kampung halamannya dan berjanji untuk menjaga bayi yang dilahirkan kelak dan Saikim boleh bebas meneruskan kehidupannya.
Dalam tempoh tersebut, mereka jatuh cinta lalu membuat keputusan untuk berkahwin. kehidupan Kaokla dan Saikim bahagia sehinggalah Songsil menjumpai anaknya.
Songsil berjaya memisahkan anaknya dengan Kaokla sehingga terjadi salah faham antara mereka. Kaokla terpaksa meringkuk dalam penjara kerana perangkap Songsil dan Saikim pula keguguran. tak lama kemudian Saikim dapat tahu Kaola meninggal dunia di dalam penjara.
Selepas 7 tahun, Kaokla kembali semula sebagai Carl Raman yang merupakan pewaris kepada Asia Raman (Lukkade Matinee) dan mahu membalas dengan kepada Saikim dan Songsil.
Dipendekkan cerita, Kaokla sebenarnya anak luar nikah kepada suami Asia Raman. Asia Raman meminta Kaokla mendermakan buah pinggangnya kepada anaknya, Nate memandangkan mereka adik beradik. Asia Raman berjanji kepada bapa angkap Kaokla untuk menjaga Kaokla seperti anaknya sendiri sebagai membalas budi membantu anaknya.
kisah percintaan Kaokla dan Saikim penuh dengan onak dan duri disebabkan perbezaan darjat. Apabila Kaokla muncul dengan identiti baru, adakah cinta mereka akan bersatu kembali?
tengok drama ni memang panas je hati dengan orang sekeliling mereka terutama Saikim yang penuh dengan manusia toksik dalam hidupnya. sudahlah mak saudara dan sepupu tak habis dengkikan dia, dapat kawan pun hampeh. Saikim percaya sangat dengan Lita tapi dia tak tahu yang Songsil dah control Lita dan banyak tikam dia dari belakang.
sebenarnya sis tak kesian langsung dengan Saikim sebab dia patut tahu perangai Songsil macam mana dan bila Saikim decide untuk kahwin sepatutnya dia dah boleh jangka apa yang bapanya boleh buat untuk pisahkan dia dengan Kaokla, tak payah nak jadi naif sangat.
hidup Kaokla dah jadi huru hara selepas bertemu Saikim dan merana dengan perbuatan Songsil. so tak hairan bila dia dah tunggu masa yang sesuai untuk muncul dan balas dendam pada Saikim dan bapanya.
drama Bad Romeo macam ada vibe Kluen Cheewit bila hero nak balas dendam pada heroin tapi jalan cerita lebih kepada cinta terhalang kerana dua darjat gitu. sebenarnya jalan cerita dia jadi complicated sebab banyak salah faham terjadi antara Saikim dan Kaokla semua ni sebab Songsil pandai manipulate keadaan.
gandingan Mario dan Yaya juga merupakan tarikan utama untuk drama Bad Romeo. sis suka chemistry mereka berdua ni. nak tahu drama ni berakhir dengan happy ending atau tidak, korang kenalah tengok sendiri..hehe
Baca juga :
2 Comments
Adoi.. menyampah aje la dengan org sekeliling ni. So, anak dorang xde la ek? Hee tp nak tgk. Haha
ReplyDeleteaah anak dia gugur sebab saikim time tu tengah sedih kena pisah dengan Kaokla
Delete