Drama : Mek Cha
Produksi : Indera Asahan Sdn Bhd
Pengarah : Rina Khan
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 30 Julai 2022
Masa : Jumaat-Ahad | 7.00 Malam
Episod : 13
Pelakon : Chacha Maembong, Aqasha, Maisara Sufya, Roy Azman, Kuna Muzani, Aleza Shadan
Saksikan drama komedi, Mek Cha lakonan Chacha Maembong, Aqasha dan Roy Azman pada setiap hari jumaat hingga ahad pukul 7.00 malam di slot Seleksi Widuri TV1, juga boleh ditonton melalui website rasmi RTM (rtmklik.rtm.gov.my).
Sinopsis Drama Mek Cha
Mek Cha (Chacha Maembong) seorang gadis kampung dari Kelantan yang berhijrah ke Kuala Lumpur setelah berkahwin dengan Rizwan (Aqasha). Hubungan mereka agak canggung memandangkan mereka berkahwin kerana dijodohkan oleh keluarga dan Rizwan juga menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan Mek Cha kerana Mek Cha bertutur dalam loghat kelantan.
Selepas berkahwin, Mek Cha banyak menghabiskan masa di rumah kerana Rizwan tidak membenarkan dia keluar rumah. Bosan dengan keadaan tersebut, Mek Cha mula berniaga kecil-kecilan melalui rumah dengan menjual batik hasil tangan ayahnya dan mendapat sambutan dari jiran tetangga.
Che Kam (Kuna Muzani) dan Razman (Roy Azman) juga membantu memberi tunjuk ajar dansokongan kepada menantu mereka untuk mengembang perniagaann berniaga atas talian dan batik jualan Mek Cha mula mendapat sambutan sehingga viral satu Malaysia.
Dalam masa yang sama, rumah tangga Mek Cha dilanda masalah apabila Rizwan membuat rancangan untuk berkahwin dengan bekas tunangnya, Shazliza (Maisarah Sufia).
Mek Cha telah bergelar usahawan berjaya, adakah rumah tangganya bersama Rizwan akan berakhir dengan kebahagiaan?
Baca juga :
0 Comments