Ku Punya Hati (TV3) | Sinopsis Drama

Ku Punya Hati (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Ku Punya Hati
Produksi : Sha's Media Sdn Bhd
Pengarah : Azmi Hatta
Penulis Skrip : Puovin, Tommy Loh
Siaran : TV3
Tayangan : 4 Ogos 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Episod : 28
Pelakon : Nabil Aqil, Sharifah Rose, Luqman Hafidz, Alya Iman, Cahaya Nilam, Sera Melissa, Salina Saibi, Syefikk, Wan Nor Azlin, Hafidz Roshdi, Zila Bakarin, Azri Iskandar, Nina Nadira, Kirana Batrisyia, Ainin Batrisya, Ieda Moin, Silfeny Osman


Ku Punya Hati (TV3) | Sinopsis Drama

Sebuah lagi drama terbaru di slot Akasia TV3, Drama Ku Punya Hati yang akan menggantikan drama Risik Pada Hati bermula 4 Ogos ini dengan menampilkan gandingan baru Sharifah Rose dan Nabil Aqil di bawah arahan Azmi Hatta.

Sharifah Rose masih lagi menjadi pilihan penerbit untuk muncul sebagai heroin dalam drama TV3. Rasanya pertama kali Nabil Aqil memegang watak utama sebelum ini dia banyak pegang watak pembantu, antara drama Nabil Aqil yang sedang ditayangkan di kaca tv sekarang ini adalah drama Nenda (TV3) dan The Maid 2 (Astro Ria). 

Ku Punya Hati (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Ku Punya Hati

Rashidah (Sharifah Rose) seorang yang berjiwa bebas yang kemudiannya dibentuk menjadi bintang media sosial dan artis hasil usaha Noah (Nabil Aqil). Noah melamar Rashidah tapi terpaksa merahsiakan hubungan mereka kerana kontrak perjanjian syarikat.

Apabila mengetahui dirinya hamil, Rashidah menerima kritikan dan kecaman daripada masyarakat dan keluarga Noah juga tidak dapat menerima Rashidah dalam keluarga mereka yang akhirnya membawa kepada perpisahan Noah dan Rashidah.

Suatu hari, Noah telah hilang secara misteri, hal ini menyebabkan Rashidah dikecam hebat dan keluarga sendiri memulaukannya. Adakah Rashidah akan mendapat ketenangan dan menemui cinta sejatinya?

Post a Comment

1 Comments

  1. tak kenal la nabil aqil ni... cerita nenda tu pun kadang-kadang je tengoknya

    ReplyDelete