Kids Nowadays (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Kids Nowadays (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Kids Nowadays
Produksi : Suhan Movie & Trading
Pengarah : EJump Mohd
Penulis Skrip : Niezar Nahar
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 15 Ogos 2022
Masa : Isnin-Khamis | 11.00 Malam
Pelakon : Dato Awie, Wanna Ali, Alvin Chong, Wan Sharmila, Nafiez Zaidi, Marisa Yasmin, Hasnul Rahmat, Ezzrin Loy, Zarina Zainuddin, Farez Ridzwan, Harith Daniel, Azhar Amir, Abby Nadzri, Meor Mohd

Saksikan Drama bersiri terbaru, Kids Nowadays lakonan Awie, Wanna Ali dan Alvin Chong yang bersiaran pada setiap hari isnin hingga khamis pukul 11.00 malam di Astro Ria.


Kids Nowadays (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Kids Nowadays

Kids Nowadays mengisahkan Jaafar (Awie) yang sudah berusia namun membuat keputusan untuk mengejar impiannya dalam menyambung pelajaran di universiti bagi mendapatkan segulung ijazah walaupun pada awalnya ditentang oleh anak sulungnya, Najiha (Wan Najiha).

Jaafar melalui pelbagai kejadian yang lucu dan cabaran-cabaran sepanjang menjadi seorang pelajar di kampusnya. Dia berkenalan dengan Farhan yang banyak mengajar cara kehidupan di bandar dan persiapan sebagai seorang pelajar universiti. 

Walau bagaimanapun, Farhan sering dibuli oleh Eddy (Alving Chong) dan Syafiq. Jaafar cuba untuk mempertahankan Farhan daripada dibuli oleh mereka sehingga mereka berubah menjadi baik.

Adakah Jaafar akan mencapai impiannya tanpa terlibat dengan sebarang masalah?

Baca juga :

Post a Comment

0 Comments