Review Telefilem | Rekah Di Jari Kak Long (TV2)

Telefilem Rekah Di Jari Kak Long (TV2)

Telefilem : Rekah Di Jari Kak Long
Produksi : Early Bird Production
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Penulis Skrip : Naza Manas
Siaran : TV2
Tayangan : 19 Julai 2022
Durasi : 1 jam 35 minit
Pelakon : Nazeera Sardi, Beto Kusyairy, Ayu Ayuni, Mzul Helmy, Zack Zabhas, Shamer Rashid, Putri Qaseh Izwandy, Zainol Ismail, Hakimi Rejab

Rekah Di Jari Kak Long sebuah telefilem bertemakan kekeluargaan yang menampilkan gandingan Nazeera Sardi dan Beto Kusyairy yang sebelum ini pernah bekerjasama dalam filem CEO dan drama bersiri Hanya Padamu.

Telefilem Rekah Di Jari Kak Long (TV2)

Telefilem Rekah Di Jari Kak Long mengisahkan Azizah atau Kak Long (Nazeera Sardi) yang sanggup berkorban menjaga ayah dan adik-adiknya selepas ibu mereka meninggal dunia. Kak Long menyara keluarga dengan menoreh getah, dia juga mempunyai impian untuk membuka kedai jahit sendiri tapi semua itu ditolak mengutamakan kesihatan ayah dan pelajaran adik-adiknya.

Pak Abdullah (Zack Zabhas) mahu anak sulungnya juga bahagia lalu apabila kawan baiknya mahu merisik Kak Long untuk anaknya, Shafik (Beto Kusyairy), Abdullah meminta anaknya untuk menerima jodoh tersebut.

Telefilem Rekah Di Jari Kak Long (TV2)

Dalam tempoh perkenalan, Kak Long senang melihat Shafik melayan ayah dan adik-adiknya dengan baik. sedikit sebanyak hati Kak long terbuka menerima lamaran Shafik.

Namun pada hari pernikahan mereka, Shafik tidak hadir dan menyebabkan ayah mereka tidak dapat menerima tekanan dan meninggal dunia. Kak Long kecewa dengan apa yang berlaku.

Review Telefilem | Rekah Di Jari Kak Long (TV2)

Nak dijadikan cerita, Luqman (Mzul Helmy) dah lama menyimpan perasaan pada Kak Long dan tak kisah walaupun jarak umur mereka agak jauh berbeza. Luqman agak rapat dengan Shafik, bila dengar Shafik pergi merisik Kak Long terus Luqman buat cerita buruk pasal Kak Long tapi Shafik tak percaya.

tapi sebelum hari perkahwinan Kak Long, Luqman dah buat onar menyebabkan Shafik salah faham pada Kak Long sampai dia tekad tak mahu teruskan pernikahan tersebut.  nak tahu apa onar yang si Luqman ni buat kena tengok sendiri dalam telefilem Rekah Di Jari Kak Long

Review Telefilem | Rekah Di Jari Kak Long (TV2)

plot dalam Rekah Di Jari Kak Long agak menarik juga mengenai pengorbanan anak sulung menggalas tanggungjawab menjaga keluarga sampai sanggup ketepikan kebahagiaan dan impian sendiri. lakonan semua pelakon pun memang best terutama Nazeera Sardi yang memegang watak utama sebagai Kak Long.

sebenarnya konflik dalam cerita ni tak berat sangat tapi sedihlah bila scene bapa mereka meninggal dunia dan Kak Long kecewa sangat dengan Syafiq. tapi scene yang touching bila adiknya, Azura lakonan Ayu Ayuni yang back up Kak Long sampai sanggup pergi berdepan dengan Syafik dan Luqman sebab tak puas hati dengan tindakan mereka.

so overall, nice story dan ada mesej dan pengajaran yang cuba disampaikan kepada penonton.


Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments