Jodohku Babysitter (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Jodohku Babysitter (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Jodohku Babysitter
Produksi : Juita Viden
Pengarah : Hadith Omar
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 6 Julai 2022
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 20
Adaptasi Novel : Jodohku Babysitter oleh Nureen Ahmad
Pelakon : Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Nina Juren, Isaac Iman, Natasha Nazira, Sharifah Shahora

Kepincangan keluarga yang sarat dengan drama? Kesucian niat mencintai yang pasti menyentuh hati sanubari semua? ‘Jodohku Babysitter’ menjanjikan pelbagai dimensi emosi dan kisah-kisah yang disulami nilai-nilai kekeluargaan yang sesuai untuk tontonan semua.

‘Jodohku Babysitter’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 6 Julai 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.

Pelakon Drama Jodohku Babysitter

  • Aliff Aziz Adam - Farhan
  • Intan Najuwa - Adelia
  • Yuna Rahim - Atikah
  • Ellyas Abdullah - Amri
  • Aleza Shadan - Puan Sri Kirana
  • Datin Nina Juren - Puan Halijah
  • Nor Natasha Nazira - Airisya
  • Isaac Iman - Adib
  • Sharifah Shahorah - Aisyah
  • Kim Fuzakawa - Puan Fauziah
  • Natasha Ellyza - Hanan

Sinopsis Drama Jodohku Babysitter

Jodohku Babysitter mengisahkan seorang tomboy yang bekerja sebagai babysitter kepada duda anak dua dan akhirnya menjadi ibu dan isteri demi kebahagiaan anak-anak jagaannya.

Adel dan Adam ada masalah tersendiri. Adel dengan masalah kerjanya, Adam pula menghadapi masalah menjaga anak-anaknya selepas bercerai dengan Atikah. Selepas beberapa pertemuan yang berakhir dengan pergaduhan, Adam tidak yakin Adel boleh menjaga anak-anaknya. 

Namun, kehadiran Puan Sri Kirana yang ingin mengambil cucunya, Adib telah membuatkan Adam berang. Adel yang menghalang keadaan, telah membuka mata Adam terhadapnya. Atas nasihat ibunya, Adam akhirnya melamar Adel. Bagaimanapun, perkahwinan mereka terus diganggu oleh bekas ibu mertuanya, Puan Sri Kirana.

Hubungan Atikah dan Amri pula tidak seperti yang disangka kerana dia seorang kaki perempuan. Atikah bertindak membunuh Amri sehingga dia sendiri trauma. Puan Sri Kirana mengambil keputusan untuk meminta bantuan Adam untuk menyelamatkan anaknya yang trauma. Adam terpaksa berbohong kepada Adel demi membantu bekas isterinya. Dia sanggup menipu untuk melihat Atikah sembuh kerana dialah ibu kepada anak-anaknya. Namun, tipu daya Adam telah dihidu oleh Adel.

Konflik memuncak apabila Atikah menyangka Adam curang terhadapnya dengan Adel tanpa mengetahui keadaan sebenarnya. Lantas Atikah bertekad untuk membunuh Adel. Apakah akan terjadi kepada pasangan ini? Adakah kebahagiaan menanti Adam dan Adel kelak?

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments