Berakhir sudah drama filipina To Have & To Hold di slot Sakura TV3 yang kini diganti dengan drama Nenda mulai 12 julai 2022. follow drama kat tv memang tak best sebab banyak sangat scene kena potong tahu-tahu je dah habis.
aku pun tak sempat nak tengok setiap hari tapi walaupun ada episod yang terlepas tapi still boleh tangkap jalan cerita dia sebab konfliknya meleret pastu mostly watak dia annoying giler.
Gavin mahu bercerai dengan Dominique
Apabila Gavin nekad meneruskan hubungannya dengan Erica, dia dapat tahu Dominique sedang mengandung. Atas nasihat Erica, Gavin setuju tidak mengabaikan Dom demi memastikan kandungan Dom selamat.
Dom pula sudah boleh terima hakikat yang hubungannya dengan Gavin hanya atas dasar kawan dan bersetuju untuk bercerai selepas anak tersebut dilahirkan.
Keluarga Menghalang Hubungan Gavin-Erica
Keluarga Gavin tidak dapat menerima kehadiran Erica kerana bagi mereka, Dom menantu paling perfect walaupun pernah melakukan kesilapan. Bapa Gavin, secara terang-terang menyindir latar belakang Erica yang berasal dari keluarga miskin.
Malah kenalan terdekat Gavin dan Dom iaitu Sofia dan Quel tak habis menyerang Erica kerana mahu Erica memutuskan hubungan dengan Gavin.
ibu Erica dari awal lagi tidak bersetuju dengan hubungan tersebut sebabnya walaupun dari awal memang salah Dom curang dengan suami Erica tapi situasi berubah. Walaupun Gavin cakap dia cintakan Erica, dia masih lagi suami kepada Dom dari segi undang-undang. dalam makna lain, Erica sekarang yang menjadi orang ketiga dalam hubungan Gavin dan Dom.
Gavin Dilema
Dom hampir keguguran akibat tertekan dengan situasi antara dia, Erica dan Gavin jadi dia putuskan untuk terima hakikat yang Gavin bukan miliknya lagi. so waktu ini, Dom minta Gavin berhenti dari jumpa dia dan ambil berat pasal kandungannya.
Gavin dalam dilema antara mahu memilih Dom atau Erica. jadi atas nasihat kawan, Gavin menghilangkan diri pergi bercuti untuk tenangkan fikiran dan fikir balik semua masalah yang berlaku dalam hidupnya.
Pengakhiran Erica
orang yang paling kesian dalam drama ni sebenarnya adalah Erica sebab boleh tersangkut dengan Gavin patut dia dengar nasihat mak dia dari awal supaya jauhi Gavin. sebab dalam tempoh hubungannya dengan Gavin, boleh nampak Erica try hard nak ambil hati keluarga Gavin tapi seorang pun tak hargai malah siap kena banding lagi dengan menantu kesayangan mereka.
pastu kena serang dengan Quel dan Sofia lagi aish menyampah giler. kalau aku jadi Erica pun tak ada maknanya nak buat baik dengan orang yang sah-sah tunjuk benci pada kau. tapi happy la dengan ending Erica sebab dari sibuk bercinta dan kejar lelaki, dia bahagia dan berjaya dengan bisnes pastri dia.
Gavin-Dominique. Happy Ending?
waktu Erica kena hentam teruk di birthday party Gavin seriusly aku dah menyampah dengan Gavin ni. memang waktu tu dia backup Erica tapi lepas Erica cakap nak putus tak ada pula nampak effort dia pergi pujuk. walaupun Gavin yang mulakan langkah pertama tapi boleh nampak Erica yang gigih nak pertahankan hubungan mereka.
yang geram juga sebab dah boleh nampak dia masih sayang Dom tapi tetap juga nak deny, pastu cakap cinta kat Erica. eh menyampah betullaa! kalau waktu awal-awal kesian dengan Gavin jadi mangsa pengkhianatan isteri sendiri tapi last-last menyampah sebab kau dah bagi harapan pada perempuan lain sebab ego.
Dom patut berterima kasih pada keluarga Gavin sebab kalau diorang tak habis backup dia maybe waktu dia terlantar koma kat hospital tu, Gavin terus blah dari hidup dia. apa gunanya nak cakap pasal bina kehidupan baru kalau pengakhirannya penulis nak sampai mesej untuk berikan peluang kedua kepada pasangan anda yang buat kesilapan terbesar.
sekian review terakhir untuk drama To Have & To Hold -TAMAT-
2 Comments
hahhaha smpt tgk citer ni episod yg celebrate besday kat kedai dia tu je heheh...
ReplyDeletescene yang paling sis menyampah..hahaha
Delete