The Gifted : Graduation (2020) | Review Drama Thailand

The Gifted : Graduation

Title : The Gifted Graduation
Director : Waasuthep Ketpetch
Screenwriter : Kanokphan Ornrattanasakul, Peanut Akira Decharat, Nawarat Thongpaiyut
Network : GMM 25
Aired : 6 September - 29 November 2020
Episodes : 13
Duration : 55 minutes
Genre : Thriller, Mystery, Supernatural
Cast : Nanon Korapat, Chimon Wachirawit, Sing Harit, Gun Atthaphan, Jane Ramida, Fiat Patchata, Puimek Napasorn, Patrick Nattawat, Prim Chanikan, Phuwin Tangsakyuen, AJ Chayapol, JJ Chayakorn, Victor Chatchawit, Bird Wanchana, Donut Manatsanun, Mek Jirakit

The Gifted Graduation merupakan sekuel kepada drama The Gifted mengisahkan pelajar yang mempunyai kebolehan luar biasa. Siapa yang belum sempat tengok lagi, boleh tengok The Gifted Graduation yang sedang ditayangkan di Astro Citra pada setiap hari sabtu jam 9.00 malam



Dalam The Gifted, Pawaret bersama kawan-kawannya bersatu menentang Director Supot kerana merasakan sistem sekolah mereka tidak adil sehingga wujud jurang antara pelajar biasa dan pelajar Gifted. namun rancangan mereka gagal dan Namtarn dibawa oleh ibunya berpindah ke luar negara.

Untuk mengelak perkara ini berulang, pihak sekolah mengetatkan peraturan sekolah dan program Gifted juga dibatalkan sebagai amaran kepada Pang dan rakan-rakannya.


Selepas setahun, Time yang masuk ke Ritdha High School berminat dengan program The Gifted tapi kecewa bila tahu program tersebut sudah dibubarkan. Time membuat petisyen supaya pihak sekolah mengembali program The Gifted dan berjaya meraih sokongan pelajar yang lain.

Pihak kementerian sebenarnya mahu meneruskan program Gifted ini kerana potensi yang akan memberi kebaikan kepada mereka pada masa hadapan. Jadi mereka menghantar Darin untuk menguruskan pentadbiran sekolah tersebut terutamanya program Gifted. 

dengan kedatangan Darin, kuasa Director Supot sebagai pengetua agak terhad walaupun begitu Director Supot membawa semula Cikgu Pom untuk mengajar di kelas Gifted.


Antara pelajar senior dalam Program Gifted :

• Pang/Pawaret (Nanon Konapat) 
- Power : Mind Control - kuasa Pang boleh command orang lain mengikut arahan dia dengan menyentuh orang tersebut.

• Wave (Chimon Wachirawit) 
- Power : Technopathy - Wave boleh mengawal dan hack semua electronic device tapi kuasa dia limit apabila capaian internet slow.

• Ohm (Sing Harit)
- Power : Teleportation - Ohm boleh menghilangkan diri dan juga boleh sembunyikan dan kembalikan objek

• Claire (Jane Ramida)
- Power : Synesthesia - boleh nampak aura seseorang dan baca emosi mereka dengan warna aura tersebut.

• Punn (Gun Atthapan)
- Power : Skill Duplicate - top student di Sritdha dan power dia special juga boleh copy power kawan-kawan dia yang lain.

• Korn (Fiat Pattadon)
- Power: Regeneration - Korn boleh terjaga beberapa hari tanpa tidur atau rasa letih. kemudiannya dia dapat discover satu lagi kuasa iaitu badan yang cedera boleh sembuh dalam 24 jam.

• Mon (Puimek Napasorn)
- Power : Physical Strength - paling kuat dan handal berlawan antara mereka

• Jack (AJ) dan Jo (JJ)
- Power : Synchronize - pasangan kembar yang boleh synchonize respond mereka berdua.


Antara pelajar junior dalam program Gifted : 

• Time (Patrick Nattawat)
- Power : Locality Tracking - boleh jejak kedudukan seseorang atau objek tapi power Time pun ada limit juga sebab tempat yang nak jejak tu mesti area yang dia familiar kalau tidak dia perlu guna peta.

• Third (Phuwin Tangsakyuen)
- Power : Mind Reading - boleh baca fikiran seseorang melalui sentuhan untuk dapatkan maklumat yang diperlukan.

• Grace (Prim Chanikan)
- Power : Alternate-Selves Contacting - Grace merupakan watak penting untuk musim kali ni, power dia boleh berhubung dengan dirinya dari masa depan yang banyak membantu untuk menghalang rancangan Director Supot.


Dari musim 1 lagi, Pang mempunyai misi dan visi untuk mengubah sisterm sekolah supaya pelajar Gifted dan pelajar biasa diberi layanan yang sama. so apa yang Pang demand tu, dia dapat daripada Supot tapi sebenarnya ada masalah yang lebih besar lagi berlaku di situ.

Darin membawa masuk virus NYX-88 yang diberikan oleh kementerian tapi biliknya diceroboh yang menyebabkan virus tersebut tersebar kepada pelajar junior Gifted. dalam masa yang sama Pang dan rakan-rakannya dapat tahu ada pembelot antara mereka yang mengetui kumpulan anti-Gifted. hal ini menyebabkan konflik antara Pang dengan rakannya yang lain.

Director Supot pula sangat pandai memanipulasi orang dan keadaan yang berlaku. yang pasti Director Supot ada rahsia agenda tersendiri. 


konflik musim kedua ni agak menarik juga tapi somehow aku tak boleh engage dengan cerita dia plus aku tak faham apa benda yang Pang cuba perjuangkan sebenarnya. yeah tahu dia nak ubah sistem sekolah so lepas tu?

kalau musim pertama dia tak berjaya nak jatuh Director Supot, aku rasa Pang ni kena buka minda tu luas-luas sebab yang control sistem sekolah tu Director Supot tapi yang control everything adalah kementerian. jadi orang yang perlu dia lawan sebenarnya bukan setakat Director Supot tapi juga kementerian.

aku rasa aku dah penat dengan dialog dia nak ubah sistem yang ada so pergilah study untuk jadi orang yang ada kuasa untuk ubah sistem pendidikan yang ada pada masa hadapan dari memanjang buang masa rebel. sembang bukan main kencang tapi belajar malas, dalam drama ni siap ada quote ni lagi

We do not study hard to get ahead of other people. We study to earn the freedom to choose our paths and to choose the world we want to live in

tapi watak utama cakap tak serupa bikin.


The Gifted antara drama thailand favourite aku tapi sekuel ni, walaupun plot dia menarik tapi agak mengecewakan dan banyak plot hole. The Gifted Graduation sebenarnya fokus pada politik antara Director Supot dengan kementerian. 

at the end aku faham mesej yang Pang cuba sampaikan kepada pelajar lain tapi itulah macam tak kena dengan jalan cerita yang berat dengan politik dan masalah yang dicipta oleh orang dewasa. tak make sense tau budak-budak nak lawan orang dewasa yang lebih banyak makan garam. kalau ada sambungan lagi, aku dah malas nak tengok tapi tetap nak rekomen untuk korang tengok yang first, The Gifted.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. hahaha geram kan? Mungkin dia nak tunjuk kalau ada kuasa tapi takdak akal bijak pun tak guna jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. first season boleh layan tapi masuk musim 2 ni rasa rimas pula sebab asyik repeat dialog sama konon nak ubah sistem sekolah tapi belajar malas, tak kemanalah perjuangan tu..haha

      Delete