Review Chinese Drama | Our Secret (2021)


Title : Our Secret
Director : Zhang Xiao An
Screenwriter : Joker Sun
Network : Mango TV/ iQiYi
Aired : 10 Aug - 26 Aug 2021
Episodes : 24
Duration : 45 minutes
Genre : Youth, Romance
Cast : Chen Zhe Yuan, Rainbow Xu, Wang Ze Xuan, Wang Yi Lan, Fan Zhi Xin, Liu Zhi Wei, Yuan Ran, Shi Yue Ling, Li Ri Yao

Drama Our Secret diadaptasi dari novel dengan judul yang sama mengisahkan Ding Xian (Rainbow Xu) yang berpindah sekolah dan dapat rakan semeja bernama Zhou Si Yue (Chen Zhe Yuan), seorang genius matematik.


Keluarga Ding Xian dan Zhou Si Yue berkawan baik, mak Ding Xian siap pesan lagi supaya berbuat baik dengan Zhou Si Yue sebab keluarganya dah banyak bantu mereka semasa berpindah ke bandar tersebut.

Ding Xian jadi tak selesa dengan Zhou Si Yue bila emak mereka bercerita yang mereka ditunangkan semasa kecil, lepas tu dengar pula kawan Zhou Si Yue mengumpat pasal dia dan emaknya. Bila sesi persekolahan dibuka, dapat pula jadi rakan semeja dengan Zhou Si Yue.

Dengan perwatakan yang pendiam dan timid, Ding Xian struggle nak menyesuaikan diri dengan sekolah dan rakan-rakan  yang baru.


Walaupun pada awalnya Ding Xian tak suka dengan Zhou Si Yue kemudian dia sedar yang lelaki itu yang dalam diam banyak membantu bila dia dalam masalah. tak lama selepas itu Ding Xian dan Zhou Si Yue mula berkawan rapat dan Zhou Si Yue juga banyak membantu dia dalam pelajaran.

Selain Zhou Si Yue, Ding Xian berkawan baik dengan Kong Sha Di (Wang Yi Lan) dan budak kelas sebelah bernama You Ke Ke (Liu Zhi Wei).

Kong Sha Di dan Song Zi Qi (Wang Ze Xuan) yang juga kawan baik Zhou Si Yue merupakan second couple dalam drama Our Secret. Mereka ni berkawan baik sejak kecil dan boleh nampak hubungan mereka lebih kepada teman tapi mesra.

Review Chinese Drama | Our Secret (2021)

zaman sekolah ni tak banyak konflik lebih kepada friendship dan sembang pasal pelajaran dan impian, so time ni rasa fun layan jalan ceritanya.

konflik yang ada pun antara Ding Xian dengan emaknya. bila masuk scene emak dia ni aku rasa stress sebab tipikal emak yang jenis control everything sampai kadang tu Ding Xian nak keluar dengan kawan dia pun mak dia tak bagi alasannya takut ganggu pelajaran.

tapi Ding Xian bertuah sebab ada Zhou Si Yue dan kawan-kawan yang selalu bagi support dan motivasi, dan kadang tu cover dia juga supaya tak kena marah dengan emak dia.

Review Chinese Drama | Our Secret (2021)

konflik dalam drama Our Secret bermula bila mereka habis belajar dan belajar di universiti. selepas Ding Xian gagal dalam ujian kemasukan universiti, dia buat keputusan untuk extend lagi setahun dan aim untuk masuk top universiti dan bidang yang sama dengan Zhou Si Yue.

satu benda nak puji dengan watak Ding Xian ni bila dia tekad nak capai something dia akan berusaha bersungguh-sungguh sampai berjaya walaupun ramai yang cakap benda tu mustahil.

tapi benda yang aku tak suka bila dia sanggup ketepikan minat dia pada lukisan sebab nak kejar Zhou Si Yue. part ni agak annoying sebab bagi aku masing-masing masih muda ada banyak masa lagi nak berkepit so kejar impian dulu. 

tapi nasib baiklah dia tersedar lepas tu so walaupun belajar dalam bidang sains komputer tapi dia tak lupa pada minat dia dalam melukis sampai ada publisher yang berminat untuk terbit komik dia. tapi nak berjaya tu banyak juga halangan yang berlaku pada Ding Xian.

Review Chinese Drama | Our Secret (2021)

Zhou Si Yue sangat struggle bila belajar di universiti sebab waktu ini bapanya jatuh sikit so dia terpaksa buat kerja part time untuk tampung kehidupan keluarga dia. lepas tu ramai mengumpat bila dia join projek Professor Ye sebab bapa dia kena tuduh copy thesis orang.

so time ni Si Yue cuba jauhkan diri dari Ding Xian sebab dia rasa nak jaga keluarga diri pun struggle inikan pula nak jaga gadis tersebut. bila Ding Xian berjaya masuk universiti dan jadi junior dia pun Si Yue masih bersikap dingin dengan Ding Xian. dia juga tak suka bila tahu Ding Xian gigih belajar bidang komputer sebab dia padahal dari dulu Ding Xian minat pada melukis.

lepas Ding Xian stop kejar dia barulah Zhou Si Yue tersedar yang dia tak boleh lepaskan Ding Xian lepas tu rasa tergugat bila Ding Xian makin rapat dengan Su Bo Cong (Fan Zhi Xing) senior sekolah mereka dulu jadi barulah Zhou Si Yue cuba pikat balik Ding Xian.

Review Chinese Drama | Our Secret (2021)

aku selalu cakap nak stop tengok drama budak sekolah tapi mesti sangkut juga dengan chinese drama. kalau chinese drama ni selalu zaman sekolah ni sangat best dan tak cringe sangat sebab diorang tak menggalakkan budak sekolah untuk bercinta. konflik percintaan selalunya akan bermula bila watak-watak ni habis sekolah dan masuk ke alam dewasa.

tak ada expectation sangat sebelum tengok drama ni sebab tak kenal hero dan heroin dia tapi seronok pula layan sebab heroin dia comel sesuai dengan watak dibawa dan heronya aishhh hensem pula tengok. plus mereka ni pandai berlakon dan best tengok chemistry diorang.

walaupun ada plot yang aku kurang suka tapi overall jalan ceritanya sangat menarik dan menghiburkan selain chemistry yang mantap antara gandingan utama. 

Baca juga : 

Post a Comment

3 Comments

  1. comel aje cerita ni kan? hehehe senyum sengsorang ajee

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel time zaman sekolah diorang tu, part tu memang best..hehe

      Delete
  2. drama romantic ni kekuatan mesti pada chemistry. pandai la casting director cari lead pairing

    ReplyDelete