Langit (Cerekarama TV3) | Review Telefilem

Langit (Cerekarama TV3) | Review Telefilem

Telefilem : Langit
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Moonrahdin
Siaran : TV3
Tayangan : 22 Jun 2023
Durasi : 89 minit
Pelakon : Eira Syazira, Azad Jasmin, Syed Ali Murtadha, Aryana Amani, Fauziah Nawi, Omar Abdullah, Anne Abdullah, Syed Ali, Mak Wan

Langit (Cerekarama TV3) | Review Telefilem

Langit mengisahkan Raziah (Eira Syahira) seorang suri rumah yang bahagia bersama suaminya, Syam (Azad Jasmin) walaupun kehidupan mereka sederhana. Raziah dan Syam sangat suka melihat langit sehingga menamakan anak mereka Awan (Syed Ali Murtadha) dan Pelangi (Aryana Amani).

Syam bekerja sebagai mekanik, walaupun kehidupan mereka sederhana tapi Syam memastikan keperluan keluarganya cukup. Dalam masa yang sama, Syam juga rajin membantu orang lain. Suatu hari, Syam meninggal dunia kerana kemalangan di tempat kerja. Raziah kehilangan tempat bergantung dan terpaksa bangkit mencari rezeki untuk anak-anaknya. 

Banyak dugaan yang dihadapi Raziah, pergi minta kerja tiada yang sudi menerimanya, nak jual kuih pun orang tak nak ambil alasannya dah ada orang. Last sekali Raziah dapat idea untuk menjual kerepek apabila teringat arwah suaminya rajin menanam ubi kayu di belakang rumah mereka. Kerepek Langit yang dijual Raziah mendapat sambutan.

Langit (Cerekarama TV3) | Review Telefilem

Bila kerepek yang dijual Razial laku mulalah ada yang cemburu dan sebar cerita buruk ditambah pula dengan perangai emak mertuanya, Hajah Normah (Fadilah Mansor) yang tak pernah terimah Raziah sebagai menantunya. banyak cabaran yang dihadapai Raziah nasib baik anak-anaknya memahami dan banyak memberi sokongan kepadanya. 

Disebabkan Raziah dan Syam suka membantu orang, rezeki mereka sekeluarga tak pernah putus. Suatu hari, muncul Boy (Syed Ali) yang pernah bekerja dengan Syam tolong menguruskan pampasan yang diseleweng oleh syarikat mereka. Dari duit pampasan tersebut juga, Boy mencadangkan Raziah membesarkan perniagaannya dan dia sendiri mahu bekerja dengan Raziah sebab terhutang budi dengan arwah Syam dan Raziah yang banyak membantunya dulu. Akhirnya Raziah berjaya menjadi usahawan kampung yang berjaya.

Sedih tengok telefilem Langit dan lakonan barisan pelakonnya sangat mantap. sedih bila tengok Raziah menangis bila duit dah habis nak beli makanan pastu ada sahaja orang yang dengki dengan dia terutama emak mertuanya yang akhir sekali dapat balasan yang setimpal.

Overall, jalan ceritanya yang menarik dan banyak inspirasi untuk ibu tunggal bangkit mengubah kehidupan mereka.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments