Review Telefilem | Peraturan : Ikut Atau Mati (2019)

Review Telefilem | Peraturan : Ikut Atau Mati (2019)

 Telefilem : Peraturan : Ikut Atau Mati
Produksi : FJ Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Muhammad Hafeez
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 5 Oktober 2019
Durasi : 1 jam 40 minit
Pelakon : Shukri Yahaya, Sara Ali, Fazlina Ahmad Daud, Shah Radhi Hazvee, Fauzi Nawawi, Meor Mohd, Fatin Idania Azmi

Review Telefilem | Peraturan : Ikut Atau Mati (2019)

Telefilem Peraturan mengisahkan Owdy (Shukri Yahaya) seorang pemuda autism yang kehilangan isterinya, Fatin (Sara Ali) dan anak yang dalam kandungan kerana kecuaian pengguna jalan raya.

Owdy tak boleh terima kematian isterinya sehingga berhalusinasi Fatin sentiasa bersama dengannya dan mengikut kata Fatin untuk membalas dendam kepada mereka yang menyebabkan kematian isterinya.

Owdy percaya mereka yang melanggar peraturan harus didenda, setiap mangsa yang dihukum Owdy dibunuh dengan kejam dan hati mereka akan disimpan Owdy untuk diberikan kepada Fatin.


Review Telefilem | Peraturan : Ikut Atau Mati (2019)

Detektif Mustakim (Fauzi Nawawi) dibantu oleh Detektif Adam (Meor Mohd) menghadapi kesukaran untuk mengesan identiti pembunuh bersiri kes yang disiasat mereka kerana mangsa tidak mempunyai kaitan atau persamaan antara satu sama lain.

Sehinggalah mangsa terakhir yang dibunuh iaitu seorang penguam bernama Habil (Shah Radhi). berdasarkan keterangan tunang mangsa, Detektif Mustakim mula mendapat klu yang membawa kepada Owdy dan cuba mencari motif pembunuhan.

Review Telefilem | Peraturan : Ikut Atau Mati (2019)

kalau ikutkan lepas pembunuhan Habil, Owdy dah janji dengan Fatin mahu menyerahkan diri kepada polis tapi kemudiannya baru dia sedar yang sudah tersalah orang sebab orang yang sepatutnya menjadi target terakhir dia adalah kembar kepada Habil iaitu Qabil.

Walaupun keadaan semakin genting dan polis sudah dapat bukti untuk menangkap Owdy tapi Owdy masih lagi nekad untuk menjalankan misi terakhirnya. adakah Owdy dapat menyempurnakan dendamnya?

sebenarnya kesian juga sebab Owdy kehilangan orang tersayang disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri. tapi itulah keadaan dia yang tak dapat dikawal itu juga sangat menyeramkan.

Review Telefilem | Peraturan : Ikut Atau Mati (2019)

Telefilem Peraturan sebuah kisah thriller dan jenayah yang so far bagi aku sangat bagus dari segi jalan cerita, skrip dan lakonan sebab jaranglah thriller citer melayu yang buat aku kagum macam ni.

lagi satu tabik spring juga dengan krew produksi sebab prop yang digunakan sangat detail so boleh tengok macam mana polis dalam citer ni buat kerja. dari satu klu ke satu klu yang akhirnya dapat point ke arah Owdy.

Review Telefilem | Peraturan : Ikut Atau Mati (2019)

Isu tentang masalah mental juga diketengahkan dalam telefilem Peraturan. memang seram juga tengok perangai Owdy yang tak terkawal tapi paling seram bila scene mak Owdy yang dilakonkan oleh Fazlina Ahmad Daud. masalahnya kat sini apabila ibu bapa tak dapat nak terima keadaan anak mereka yang autism yang menyebabkan keadaan anak tersebut makin teruk dan sukar dikawal.

Review Telefilem | Peraturan : Ikut Atau Mati (2019)

walaupun dah tahu dari awal siapa pembunuhnya tapi still saspen sebab ada babak dalam telefilem ni yang betul-betul ngeri terutama sekali scene Owdy bunuh mangsa dia. lakonan Shukri Yahaya membawakan watak pembunuh psiko dalam citer ni sangat mantap, meremang sis tengok lakonan dia.

Overall, telefilem Peraturan bukan 100% perfect tapi still dari segi kualiti, cerita macam ni yang sepatutnya diangkat menjadi filem. bila ada plot yang bagus, skrip yang bagus dan juga pengarah dan krew belakang tabir juga buat kerja dengan bagus secara tak langsung pelakon dapat menyerlah dengan lakonan mereka. sebagai penonton, sis puas hati! 👏👏👏

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments