Review Movie | Ben & Jody (2022)

Review Movie | Ben & Jody (2022)

Title : Ben & Jody
Director : Angga Dwimas Sasongko
Network : Netflix
Release Date : 27 January 2022
Duration : 1 hour 53 minutes
Cast : Chicco Jerikho, Rio Dewanto, Yayan Ruhian, Hana Prinantina, Aghniny Haque, Arswendi Nasution, Luna Maya, Muzakki Ramdhan, Ruth Marini, Yayu Unru

Ben dan Jody merupakan kesinambungan kisah persahabatan dua sahabat karib dalam filem Filosofi Kopi (2015). so filem Ben & Kopi macam spin off dari kisah pembancuh kopi terjun ke filem aksi gitu..haha

Review Movie | Ben & Jody (2022)

Filem Ben & Jody mengisahkan Ben (Chicco Jerikho) yang membantu orang kampung mengadakan protes untuk menghalang pihak yang mahu mengambil tanah pertanian di kampung halamannya. Malangnya protes secara aman bertukar kecoh apabila mereka diserang dan Ben telah diculik pada malam tersebut.

Jody pula telah mengingatkan Ben untuk datang ke perasmian kedai Filosofi Diskopi di Jakarta tapi Ben hilang dan tidak dapat dihubungi. Jody tidak sedap hati lalu pergi mencari Ben di kampungnya.

Dalam menjejaki Ben, Jody juga turut ditangkap dan akhirnya bertemu dengan Ben yang menjadi tebusan di tengah hutan rimba.

Review Movie | Ben & Jody (2022)

Konfliknya ada syarikat nak ambil tanah orang kampung tapi ramai orang kampung yang terdiri daripada petani tidak setuju jadi mereka culik ketua kampung yang ada supaya orang kampung yang lain akan berubah fikiran. mereka yang diculik telah menjadi buruh untuk kerja pembalakan haram yang diketuai Aa Tubir (Yayan Ruhian).

Dalam masa yang sama Ben dan Jodi membuat rancangan untuk melarikan diri dan Pak Hamid yang tahu selok belok jalan di situ memberitahu arah jalan kepada mereka.

Review Movie | Ben & Jody (2022)

ketika melarikan diri, Jody telah cedara parah kemudiannya mereka diselamatkan oleh Rinjani (Hana Prinantina) dan Tambora (Aghniny Haque). pada mulanya mereka curiga dengan kehadiran Ben dan Jody di situ tapi selepas tahu bapa mereka iaitu Pak Hamid yang memberi arah kepada Ben dan Jody, mereka berdua berasa lega.

Hal ini kerana Rinjani dan Bora telah lama mencari bapa mereka yang tiba-tiba hilang. bila tahu bapa mereka masih hidup, mereka merancang untuk menyelamatkan bapa mereka dan meminta Ben dan Jody untuk memberi lokasi tempat bapa mereka dikurung. Ben dan Jody yang terhutang budi cub membantu Rinjani dan Tambora dalam misi mereka.

Review Movie | Ben & Jody (2022)

jalan cerita Ben & Jody tak begitu kuat sangat, banyak plot tak dikembangkan dengan baik sebab  pengarah lebih beri perhatian pada bonding persahabatan antara Ben dan Jody. selain itu, filem ni juga lebih fokus pada aksi dan dari segi shot kamera dan cinematography dan scene aksi tu memang cantik. so overall, kalau korang suka filem aksi bolehlah layan filem Ben & Jody.

Baca juga : 

Post a Comment

3 Comments

  1. ok..macam menarik tgk gambar gambarnya..boleh tgk nanti

    ReplyDelete
  2. nampak dekat netflix tapi sebab tak pernah layan Filosofi Kopi, delay dulu lah movie ni. Boleh nampak kenapa tak kembang dengan baik kalau banyak subplot masuk dalam satu movie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i dah tengok baru tau filem Filosofi Kopi tu..haha
      nak cari juga filem tu nampak macam best sampai ada sekuel macam ni..

      Delete