Review Drama | Scammer 2 (2022)

Review Drama | Scammer 2 (2022)

Drama : Scammer 2
Produksi : Radius One Sdn Bhd
Pengarah : Norhanisham Muhammad
Penulis Skrip : Sham Hashim, Amin Shakib, Shida Zali, Che Li, Maizura Ederis, Thaaqhib
Idea Asal : Sham Hashim
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 18 April 2022
Masa : Isnin-Khamis | 11.00 Malam
Episod : 28
Durasi : 45 minit
Pelakon : Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Farah Nabilah, Norlia Ghani, Ainina Ahmad, Razzuan Rosli, Mathni Razak, Sharifah Sofia, Shatirah Amanda, Iman Corrine, Azwan Ali, Adam Darwish, Iman Danial, Anuar Rahman 

Selepas mendapat sambutan siri Scammer disambung ke musim kedua tapi jalan cerita dia tak ada kena mengena dengan musim pertama. yang first dulu aku tak follow sangat tapi terjebak tengok Scammer 2 sebab suka barisan pelakon dia.



Scammer 2 terbahagi kepada dua jalan cerita iaitu kisah pertama mengenai Taqriz (Beto Kusyairi) yang baru keluar penjara dan dalam misi untuk membalas dendam kepada orang yang menyebabkan kematian ayahnya, Cikgu Shah (Shaharuddin Thamby).

Cikgu Shah menjadi orang tengah dalam penjualan tanah antara broker dan penduduk kampung. bila syarikat hartanah tersebut jatuh muflis dan lesap, orang kampung mendakwa Cikgu Shah bersubahat mengaut semua duit penduduk kampung. Taqriz tak puas hati apabila ayahnya dipukul sampai mati dan mahu mencari siapa dalang di sebalik kejadian berlaku.

Kisah kedua pula mengenai Rudi (Zahiril Adzim) yang menguruskan rumah anak yatim Al-Fatah milik keluarganya. Rudi mempunyai pengikut yang ramai di media sosial kerana mereka tertarik dengan imej Rudi yang alim selain menyanjung kerja amal yang dilakukannya. 

kisah Rudi dan Taqriz saling berkait sebab satunya mereka sekampung dan sebab lainnya ada kaitan dengan penipuan jual beli tanah melibatkan Cikgu Shah.


Sasaran Taqriz adalah Muna (Iman Corrine), broker hartanah yang menipu urusan jual beli tanah penduduk kampung dan Hanif (Azwan Ali), penguam yang terlibat menguruskan segala dokumen berkaitan kes jual beli tanah tersebut.

Dalam mengumpul segala bukti kerja kotor Hanif dan Muna, Taqriz menyamar sebagai Taufik untuk bekerja di firma guaman Hanif dan menggunakan Liya (Farah Nabila) yang juga bekas scammer untuk menyelinap masuk bekerja dalam syarikat Muna.

Taqriz dibantu oleh Praba (Gobbinath) yang merupakan adik kepada kawan baiknya di penjara untuk membantu menjalankan misi membalas dendam Taqriz.


Watak Rudi pula seorang penunggang agama yang menggunakan anak yatim dan perhatian netizen untuk kepentingan diri sendiri. bak kata Taqriz, 'kalau orang buat jahat atas nama agama walaupun dia tahu Allah mengetahui, orang macam ni dah masuk kategori syirik ke murtad?'. setepek kena kat Rudi.

dari awal lagi time scene Rudi dengan bapa dia dah boleh nampak something wrong dengan Rudi ni. kalau dengan emaknya pun dia boleh putar belit cerita, dengan orang luar apatah lagi.  tapi emaknya, Imah (Ainina Ahmad) punya sayang anak tu melampaur sangat. walaupun tahu anak buat salah still backup kaw-kaw. maunya tak melampau budak ni.

Rudi juga antara watak yang buat kita geram sangat. cara dia manipulate anak-anak yatim ni memang melampau, gunakan budak-budak ni untuk berniaga dan buat kerja ladang. yang peliknya walaupun duit banyak masuk tapi ke mana semua duit untuk rumah anak yatim itu Rudi gunakan.

part yang insiden Ali tu seriusly bengang giler, walaupun Paup (Razzuan Rosli) tu jahat dan geng Rudi tapi sekurangnya masih lagi ada rasa kemanusiaan nak hantar Ali pergi hospital.


Selepas kawan baiknya ditangkap polis, Liya nak berhenti jadi scammer dan hidup di kampung bersama nenek dan adik-adiknya. tapi lepas kena ugut dengan Taqriz, Liya setuju untuk tolong Taqriz korek bukti dari Muna.

watak Liya ni best sebab dia cerdik dan licik. pada awalnya dia tak tahu sangat pasal Taqriz tapi ikut juga arahan yang Taqriz bagi. dalam  sibuk bekerja keras untuk dapatkan kepercayaan Muna, dalam diam Liya menyiasat mengenai Taqriz.

pernah juga Liya nak belot dan lari dari Taqriz tapi lepas tahu Taqriz dalam misi membalas dendam untuk ayahnya, Liya pun join bekerjasama dengan Taqriz.


watak Hajar (Enny Ridwan) yang merupakan isteri kepada Rudi digambarkan isteri yang baik dan patuh dengan arahan suami. tapi dari awal lagi Hajar dah perasan ada benda tak kena dengan Rudi dan rumah Al-Fatah.

masalahnya bila Hajar cuba bertanya pada Rudi mulalah emak mertuanya nak marah masam muka bagai katanya dia menyibuk kerja suami. pastu yang Rudi pula bila tahu ada benda tak kena dengan isterinya mulalah nak petik hadis tazkirah bagai. so apa lagi pilihan yang Hajar ada selain diam.

tapi memang kesian dengan Hajar sebab bila tahu temberang dua beranak ni, nak lari pun tak boleh nak report polis ada saja trick si Rudi ni siap ugut nak cederakan keluarga Hajar.


konsep Scammer 2 ni agak menarik sebab modus operandinya melibatkan melibatkan isu penipuan jual beli tanah, memanipulasi anak-anak yatim, menunggang agama dan aktiviti mencuci duit melalui badan kebajikan.

selain itu, cinematography dan tone color dalam drama ni nampak cantik nampak sikit visual dia lebih berkualiti cumanya aku harap krew produksi bagi lebih perhatian pada prop yang digunakan. 

contohnya macam peta minda Taqriz dok tenung tu dah macam hiasan dinding pula aku tengok sebab kamera tak pernah close up pula kat situ, at least kita nampak juga apa yang Taqriz plan.macam tu juga dengan dokumen lain macam bahan bukti Taqriz bagi kat polis, nak tahu juga gambar apa yang Taqriz bagi kat polis.


jalan ceritanya memang menarik, skripnya best selain barisan pelakon yang mantap dalam membawakan peranan masing-masing. walaupun dah tahu dari awal siapa jahat dalam drama Scammer 2 ni tapi plot twist dia mantap sebab aku pun tak pernah terfikir orang tu boleh bertindak sampai ke tahap tersebut.

kat penghujung muncul watak Amy (Siti Saleha) dan Inspektor  Aqil (Wan Raja) dari musim 1, adakah itu hint dari production akan ada siri Scammer 3 bergabung bersama watak Taqriz dan Liya? 

Baca juga :

Post a Comment

1 Comments

  1. kalau buat season 3 pun best gak, gabung pelakon season 1 & 2 hehehe

    ReplyDelete