Review Drama | Money Heist : Korea - Joint Economic Area - Part 1 (2022)


Title : Money Heist : Korea - Joint Economic Area
Director : Kim Hong Seon
Screenwriter: Ryu Yong Jae, Kim Hwan Chae, Choi Sung Joon
Network : Netflix
Release Date : 24 June 2022
Episodes : 6
Duration : 70 minutes
Genre : Action, Thriller, Crime, Mystery
Cast : Yoo Ji Tae, Kim Yoo Jin, Park Hae Soo, Jeon Jong Seo, Lee Won Jong, Kim Ji Hoon, Jang Yoon Ju, Lee Hyun Woo, Lee Gyu Ho

Money Heist : Korea - Joint Economic Area remake dari drama siri Spanish, Money Heist yang ditayangkan pada tahun 2017. aku tak pernah tengok lagi versi original so no idea jalan cerita drama ni.


latar masa Money Heist Korea berlaku pada tahun 2025 yang mana Korea Utara dan Korea Selatan bersetuju untuk penggabungan dua negara. satu kawasan strategik dibangunkan, Joint Economic Area (JEA) untuk meningkatkan ekonomi penyatuan dua negara ini.

Professor (Yoo Ji Tae) merekrut ahlinya yang terdiri daripada Tokyo (Jeon Jong Seo), Berlin (Park Hae Soo), Rio (Lee Hyun Woo), Moscow (Lee Won Jong), Denver (Kim Ji Hoon), Nairobi (Jang Yoon Ju), Helsinki (Kim Ji Hoon) dan Oslo (Lee Gyu Ho) telah merancang satu rompakan bersejarah yang berlaku di kilang mencetak duit yang terdapat di JEA. 

Persoalannya kenapa mereka rompak kilang duit bukan bank?


Rancangan Professor sangat details dan target mereka adalah 4 trillion won. sebenarnya sangat mustahil kilang duit nak simpan duit sebanyak itu so rancangan mereka adalah mencetak duit di kilang tersebut dan terus lesap selepas semuanya berjaya.

Professor yang mengetui misi tersebut berada diluar untuk memantau keadaan sementara ahli yang lain berada di dalam kilang tersebut dengan tugas masing-masing. Mereka perlu melengahkan masa sebanyak mungkin sehingga proses mencetak duit selesai dalam masa yang sama perlu mengawal tebusan yang ramai.


Apabila dua negara ini bersatu, ramai rakyat Utara yang berhijrah ke Selatan untuk mengubah nasib mereka termasuk Tokyo, malangnya golongan ini ditindas dengan sistem kapitalis. Tokyo yang tiada arah tuju diselamatkan oleh Professor sebab itu Tokyo ini antara orang yang paling setia dan mengikut arahan Professor tanpa banyak soal.

semasa dalam tempoh rompakan berlaku konflik dengan tebusan dan juga antara perompak apabila Berlin melanggar arahan Professor yang mungkin mengagalkan rancangan mereka. nasib baik Tokyo dapat menyelamatkan keadaan.

dari awal Professor dah ingatkan, mereka tidak boleh cedera atau bunuh mana-mana tebusan sebabnya Professor nak dapatkan setimen masyarakat untuk menyebelahi mereka dan mengecam tindakan pihak polis.



Pihak polis dari utara dan selatan bergabung untuk menyelesaikan kes tersebut. Seon Woo Jin (Kim Yoon Jin) antara polis perunding terbaik dihantar untuk bekerjasama dengan wakil utara, Kim Sung Oh (Cha Mu Hyeok) tapi ada konflik yang berlaku bila cara kerja dan pemikiran mereka berbeza. tapi bila tindakan yang diambil oleh Seon Yoo Jin adalah betul, pihak Kim Sung Oh tak boleh pandang rendah dengan kredibiliti Seon Woo Jin.

apa yang pihak polis tak sedar, dari awal lagi Professor dah target Seon Woo Jin dalam rancangan mereka. so banyak rancangan polis gagal,  bila Professor dah boleh teka dari mood Seon Woo Jin waktu mereka keluar dating.

satu masalah juga bila polis tak tahu motif perompak ini semua. siapa sangka geng perompak merompak kilang duit bukan nak curi duit tapi cetak duit. mereka juga belum sedar yang Professor sengaja melengahkan masa selagi misi mereka belum selesai.


kalau ikut rancangan awal, polis nak terus serbu masuk serang perompak tapi rancangan mereka terpaksa dibatalkan sebab salah seorang tebusan merupan anak duta Korea di Amerika Syarikat yang join lawatan sekolah ke kilang tersebut.

rancangan professor sangat mantap dan terperinci bila mereka kelirukan pihak polis dengan guna pakaian seragam yang sama antara perompak dan tebusan. plus bila polis cuba menyelusup masuk mereka dah sedia plan lain.

tapi sudah tentu ada juga kepincangan yang berlaku sebab bukan semua benda mereka boleh kawal. berjayakah mereka keluar dari situ dengan 4 trillion won?


walaupun ramai yang cakap Money Heist ni best tapi tak pernah layan pula versi original. tapi bagi aku jalan cerita Money Heist ni sangat menarik sebab modus operandi mereka sangat mantap dan pacing untuk versi korea ni agak laju juga. cuma drama ni tak sesuai untuk budak bawah umur sebab ada babak-babak intim yang diselitkan.

barisan pelakon Money Heist Korea memang best. first time tengok Jeon Jong Seo berlakon dah suka dengan acting dia begitu juga dengan pelakon lain seperti Yoo Ji Tae dan Park Hae Soo.

so at the end Seon Woo Jin dah dapat klu paling besar, adakah rancangan Professor akan berjaya? tunggulah Money Heist Koera Part 2 pula, biasalah Netflix bagi ending tergantung macam ni sebab nak suruh kita tunggu next season yang tak tahu bila nak keluar.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. kita x tgk yg omputih punya tp sbb citer ni citer korea, kebarangkalian terasa nak tgk gak wkakaka

    ReplyDelete
  2. samalah kita, yg versi original x berminat nak tengok, bila korea buat remake rasa teringin nak nonton..hihi..

    ReplyDelete