Review Drama Korea | Tomorrow (2022)

Review Drama Korea | Tomorrow (2022)

Title : Tomorrow
Director : Kim Tae Yoon, Sung Chi Wook
Screenwriter : Park Ran, Park Ja Kyung, Kim Yu Jin
Network : MBC/Netflix
Aired : 1 April - 21 May 2022
Episodes : 16
Duration : 60 minutes
Genre : Fantasy, Action, Thriller
Cast : Kim Hee Sun, Ro Woon, Lee Soo Hyuk, Yun Ji On, Kim Hae Sook, Yoon Yoo Sun, Ryu Sung Rok

Drama Tomorrow diadaptasi dari webtoon Tomorrow karya Llama mengisahkan Choi Joon Woong yang koma kemudiannya join team Goo Ryun, Grim Reaper yang cuba menyelamatkan mereka yang cuba membunuh diri.

Review Drama Korea : Tomorrow



Watak utama dalam Tomorrow, Choi Joon Woong lakonan Ro Woon seorang penganggur yang selalu gagal dalam temuduga kerja. Suatu hari, Choi Joon Woong kecewa tidak berjaya dalam temuduga telah terserempak dengan seorang lelaki yang cuba membunuh diri di Sungai Han.

Joon cuba menyelamatkan lelaki tersebut tapi dia turut terjatuh ke dalam sungai yang menyebabkan dirinya koma. Roh Joon Woong dibawa Go Ryun ke Jumandeung dan bertemu dengan Maharaja Jade (Kim Hae Sook).


Jumandeung sebuah organisasi iaitu dunia perantaraan yang membawa roh orang mati ke alam kematian. kes Joon Woong dah jadi special kes sebab menganggu Grim Reaper buat kerja so Maharaja Jade bagi dua pilihan kepadanya sama ada terus koma dan bangun selepas 3 tahun atau bekerja di Jumandeung dan bangun selepas enam bulan.

jadi, Joon Woon pilih untuk bekerja di situ dan masuk team Goo Ryun (Kim Hee Sun), Crisis Management Team yang handle kes berkaitan mereka yang cuba membunuh diri.


Crisis Management ditubuhkan oleh Jade Hwang untuk mengurangkan kadar kematian tapi grim reaper lain tak setuju sebab kerja mereka untuk mengiringi roh si mati kenapa nak bersusah payah untuk menyelamatkan mereka yang memilih jalan yang salah.  jadinya team CM yang diketuai oleh Goo Ryun dan orang kuatnya, Im Ryung Goo (Yun Ji On) dipulaukan oleh grim reaper yang lain termasuk Park Joong Gil (Lee Soo Hyuk).

fasiliti yang mereka dapat juga agak ketinggalan dibandingkan team yang lain dan kekurangan ahli untuk handle kes yang banyak. namun itu semua tak mematahkan semangat Goo Ryun menjalankan kerjanya.


Manakala Park Joong Gil pula mengetuai team elit dalam Jumandeung dan telah lama menjadi grim greaper di situ. Goo Ryun juga pernah bekerja di bawahnya tapi bila tahu Goo Ryun tukar ke team ni memang dia tak suka dan terus jadi anti dengan Goo Ryun.

tiga orang grim reaper iaitu Goo Ryun, Park Joong Gil dan Im Ryung Goo ada kisah tersendiri dan kenapa mereka memilih untuk menjadi grim reaper dari dilahirkan semula. ada juga kaitan antara Goo Ryun dan Park Joong Gil dalam kehidupan sebelum ini so yang itu kena tengok sendiri bagaimana kisah mereka ni boleh berkait.


konsep drama Tomorrow agak menarik sebab grim reaper dia cuba menyelamatkan nyawa manusia yang cuba membunuh diri berdasarkan kadar kemurungan yang dilalui mangsa. antara faktor yang mendorong seseorang itu membunuh diri seperti buli, gagal mendapatkan kerja dan banyak lagi kes lain.

bukan kerja mudah bila seseorang itu sudah nekad untuk membunuh diri. bagi Goo Ryun, mereka yang memilih untuk mati sebenarnya orang yang paling terdesak untuk hidup jadi dia perlu berusaha menyelamatkan dan mengingatkan mereka tentang kehidupan supaya tidak menyesalkan kelak.


screentime untuk watak utama dalam Tomorrow tak balance sebab Ro Woon mendominasikan screentime dalam semua episod. so boleh faham kenapa ramai complain screentime Lee Soo Hyuk sikit sebab boleh bilang kot berapa scene dia dalam setiap episod padahal dia pun watak utama. ke aku yang silap.

drama Tomorrow agak berat tapi ada part yang menghiburkan terutama sekali bila scene Joon Woong dengan Ryung Goo dan Go Ryun. so overall, konsep drama ni sebenarnya agak menarik dan banyak nilai positif dan mesej yang cuba disampaikan melalui drama ni.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments