Review Drama Korea | My Liberation Notes (2022)


Title : My Liberation Notes
Director : Kim Seok Yoon
Screenwriter : Park Hae Young
Network : JTBC/Netflix
Aired : 9 Apr - 29 May 2022
Episodes : 16
Duration : 65 minutes
Cast : Lee Min Ki, Kim Ji Won, Lee El, Son Seok Koo, Lee Ki Woo, Chun Ho Jin, Lee Kyung Sung, Jeon Hye Jin, Han San Jo, Kang Joo Ha, Park Soo Young


My Liberation Notes mengisah tiga beradik iaitu Yeom Ki Jung (Lee El), Yeom Chang Hee (Lee Min Ki) dan Yeom Min Jung (Kim Ji Won) yang tinggal di Sanpo (luar bandar Seoul) dan berulang-alik setiap hari ke Seoul dengan train untuk bekerja.

Masing-masing mempunyai masalah tersendiri, Yeom Ki Jung risau dengan masa depannya apabila belum lagi mempunyai pasangan sedangkan umurnya sudah menghampiri 40 tahun. Chang Hee pula mempunyai masalah dengan rakan sekerja dan terpaksa mendengar luahan perasaan client dia.

Min Jung pula seorang introvert dan jadi satu masalah apabila company dia mewajibkan pekerjanya untuk join kelab yang ada dalam syarikat tersebut. Min Jung juga mempunyai masalah dengan bos tempat kerja dia.


manakala Mr Gu (Son Seok Koo) pula bekerja dengan bapa Min Jung, seorang pendiam dan sangat misteri sebab tiada siapa yang tahu nama penuhnya dan kehidupannya sebelum tinggal di Sanpo. Min Jung makin rapat dengan Mr Gu lepas dia minta tolong Mr Gu sembunyikan surat hutang dari pengetahuan keluarganya. 

kemudian mereka bercinta tapi cara Min Jung dan Mr Gu bercinta sangat rare sebab masing-masing pendiam so tak banyak dialog antara mereka berdua dan tiada skinship. tapi still boleh rasa chemistry antara mereka berdua sangat kuat. sis suka betul couple ni..haha


balik kepada kisah tempat kerja Min Jung, dia selalu dipanggil HR sebab tak join mana-mana kelab walaupun dah beri alasan rumah jauh. Selain Min Jung ada dua orang lagi pekerja yang ada masalah yang sama iaitu Jo Tae Hoon (Lee Ki Woo) dan Park Sang Min (Park Soo Young). 

tak nak terus kena pressure, mereka bertiga decide untuk buat kelab sendiri yang diberi nama Liberation Club. so mereka akan tulis dalam journal masing-masing untuk luahkan perasaan, masalah dan pembebasan yang mereka mahu lakukan dalam hidup mereka.


di awal cerita, aku tak suka sangat dengan watak Chang Hee dan Ki Jung sebab tak habis merungut dan mengeluh pasal kerja dan life mereka. tapi aku suka tengok perubahan watak ni terutama sekali Chang Hee bila dia nampak lebih matang dan optimis dengan kehidupan dan jaga keluarga dia.

Ki Jung pula lepas bercinta denga Jo Tae Hoon nampak lebih matang tapi masalah juga bila kakak dan anak Tae Hoon tak suka dia. bukan sebab gap umur tapi sebab dia dengan kakak Tae Hoon pernah sekelas dulu lepas tu time mabuk membawang tak tengok kiri kanan, mengutuk kakaknya pula depan Tae Hoon dengan anaknya sebab tu sampai ke sudah anaknya tak suka dia. complicated juga hubungan Tae Hoon dan Ki Jung ni.

paling suka dengan watak Min Jung, walaupun watak dia tak banyak dialog tapi cara Kim Ji Won bawa watak tu memang best dan monolog dia tu memang best.

cuma benda yang aku tak faham, kenapa dari awal lagi tiga beradik ni tak pindah ke Seoul rasanya parent mereka boleh faham sebab masing-masing kerja, boleh je weekend balik rumah. penat kot hari-hari habis masa atas train. 


Penulis drama My Liberation Notes adalah orang yang sama tulis cerita My Mister, so kalau korang suka drama My Mister boleh tengok drama ni pula. maybe sesetengah orang rasa cerita macam ni membosankan tapi aku suka layan cite yang sembang pasal life macam ni.


walaupun drama ni agak berat tapi sangat realistik, cara penulis gambarkan hubungan antara adik-beradik dan juga dengan parent mereka nampak real. banyak je family yang kurang berkomunikasi dan bercanggah pendapat tapi still together disebabkan hubungan darah daging.


selepas drama Twenty Five Twenty One, ending My Liberation Notes tak memuas hati aku sangat sebab open ending, penatlah asyik nak buat conclusion sendiri. bagi aku episod akhir tak bagi impak yang besar sangat macam permulaan cerita, maybe aku tak berapa faham isi tersirat yang penulis cuba sampaikan di pengakhiran drama ni.

drama My Liberation Notes sangat menarik untuk ditonton sebab semua pelakon best, chemistry antara pelakon ni juga sangat menarik dan paling suka dialog dan skrip drama ni yang relatable.  antara dialog yang aku suka, tak kisahlah apa pilihan yang dibuat dalam kehidupan, yang penting anda happy dengan pilihan tersebut.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments