Drama Turki | Ask Laftan Anlamaz (2016)


Drama : Aşk Laftan Anlamaz (Love Doesn't Understand Words)
Tayangan : 15 Jun 2016 - 19 Februari 2017
Episod : 31
Durasi : 150 minit
Pelakon : Burak Deniz, Hande Erçel, Oğuzhan Karbi, Özcan Tekdemir, Merve Çağıran, Süleyman Felek, Demet Gül

satu lagi drama romantik komedi dari Turki yang menarik untuk ditonton bertajuk Ask Laftan Anlamaz atau Love Doesn't Understand Words. 

antara drama turki yang popular juga mengisahkan Hayat (Hande Ercel) yang masih menganggur selepas habis pengajiannya, terdesak mencari kerja apabila ibunya datang ke Istanbul untuk menjemput dia pulang ke kampung kerana mahu menikahkan Hayat dengan lelaki pilihan mereka.


Semasa pergi interview di sebuah syarikat, Hayat terdengar staf bergosip tentang Suna Pektas, anak kepada kawan bos syarikat tersebut yang bakal bekerja di situ guna kabel bos besar. 

Waktu Hayat mahu bagi resume dia, staf di situ dah tersalah orang ingatkan dia adalah Suna. bila fikirkan keadaan dia yang terdesak Hayat pun mengaku je lah lalu bekerja di situ dengan menggunakan identiti Suna Pektas.

Hayat bekerja sebagai pembantu kepada pembantu anak bos besar, Murat (Burak Deniz) yang bakal mewarisi syarikat textile, Sarte milik keluarganya. 

Hayat tak berapa ngam dengan Murat disebabkan ada salah faham yang berlaku antara mereka, Murat pun tak berapa suka sangat dengan Hayat sebab masuk kerja situ guna kabel tapi disebabkan perangai Hayat tak boleh nak jangka so Murat kadang-kadang terhibur tengok kerenah pembantu dia pastu biasalah terjatuh cinta dengan pembantu sendiri.


aku dah tengok banyak juga drama turki bergenrekan romantik komedi so agak bosan sikit sebab pertemuan pertama antara hero dan heroin mesti setting lebih kurang sama, berebut bas berebut teksi lepas tu heroin nak cari isu buat gaduh pun macam tak berapa nak logik.

dalam Ask Laftan Anlamaz pertemuan pertama Hayat dan Murat waktu berebut ambil teksi, Murat dah offer untuk share teksi so boleh saja Hayat tolerate sebab masing-masing nak kejar masa tapi si Hayat buat isu nak bergaduh. macam tu juga dengan kes Murat tolong pulang handphone tapi kena tuduh pervert pula.

bila dah dapat kerja sepatutnya bersyukur tapi ini tak habis membebel bila Murat bagi kerja pastu mengutuk bos sendiri. nasiblah Murat tu cool kalau sis dapat pekerja macam Hayat ni dah lama kena pecat.

sejujurnya aku tak berapa enjoy first episod disebabkan perangai heroin yang jenis buat palatao macam ni. tapi aku suka drama Ask Laftan Anlamaz ni sebab hero dia jenis cool plus hensem. lepas tu banyak watak sampingan dia yang serius kelakar.


konflik orang ketiga ni takkan berlaku kalau dari awal lagi Murat pangkah Didem yang merupakan model syarikatnya sebabnya Didem yang perasan seorang diri beritahu orang dia girlfriend Murat. padahal semua orang tahu yang Didem ni syok sendiri.

tak tahu kenapa Murat berlembut sangat dengan Didem lepas tu sendiri yang sakit kepala bila Didem banyak buat onar ganggu hubungan dia dengan Hayat.


Hayat mempunyai dua orang kawan baik iaitu Ipek (Merve Çağıran) dan Asli (Özcan Tekdemir) yang selalu bersamanya ketika susah dan senang. Asli seorang yang naif manakala Ipek pula agak strong.

terhibur juga dengan scene mereka bertiga ni sebab perwatakan Asli dan Ipek sangat kontra so bila Hayat tengah ada masalah, Asli selalu suruh fikir benda yang positif tapi Ipek pula selalu menghasut benda jahat.


Murat ada seorang adik lelaki lain emak iaitu Doruk (Oğuzhan Karbi). kalau dibandingkan dengan Murat, Doruk lebih suka hidup bebas dan malas nak berebut syarikat milik keluarga mereka. tapi itulah emak dia nak anak dia bolot semua harta nasib Doruk jenis tak kisah dan rapat dengan Murat.

at first ingatkan Doruk third wheel dalam drama ni tapi sebenarnya tak, dari awal lagi dia support Murat dengan Hayat tapi watak dia dari awal kelakar juga. dah la playboy, time nak mengorat Asli tu comel sebab kemain mengayat tapi Asli buat lurus bendul dia..haha


satu lagi pasangan dalam Ask Laftan Anlamaz, Ipek dan Kerem yang merupakan pemandu peribadi dan kawan baik Murat. first time jumpa Kerem dah jatuh cinta dengan Ipek, gigih juga kejar sebab Ipek asyik reject dia.


watak Tuval (Demet Gül) ni paling aku suka sebab scene dia tak pernah tak kelakar, dia boleh jadi kawan dan dia juga boleh jadi musuh dalam selimut. Tuval bekerja sebagai head designer dalam syarikat Murat boleh dikatakan 'BFF' juga kepada Didem sebab mereka banyak bekerjasama.

scene yang best bila Tuval tahu Didem yang fitnah Hayat terus dia beritahu Murat tapi depan Didem boleh pula dia buat muka kesian bila Didem mengadu kena marah dengan Murat. jenis member talam dua muka tapi hati baik macam ni memang rare tapi serius kelakar.


sebenarnya jalan cerita Ask Laftan Anlamaz lebih kurang drama Kiralik Ask bila heroin bekerja dengan hero dan terpaksa menyembunyikan identiti sebenar kerana alasan tersendiri. so agak jauh juga perjalanan nak reveal rahsia tersebut.

walaupun aku tak suka sangat watak Hayat dalam episod 1 tapi masuk next episod jalan cerita dia makin best dan juga banyak watak lain yang menghiburkan keadaan. chemistry antara Hayat dan Murat pun best juga. yang penting hero dia hensem..haha. 

so kalau korang suka drama romantik komedi bolehlah tengok Ask Laftan Anlamaz tapi kena sabar sikit sebab bila pertengahan cerita dah makin banyak drama.


Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments