Review Drama | Aku Yang Merinduimu Episod 4 Hingga Episod 8

Aku Yang Merinduimu

Drama : Aku Yang Merinduimu
Produksi : Radius One Sdn Bhd
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Amor Rizan, Maizurah Ideris, Siti Solehah Abd Ghani
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 15 Jun 2022
Masa : Isnin-Khamis | 6.00 Petang
Episod : 26
Lagu Tema/OST : Ayu Damit - Penghujung Rindu
Pelakon : Elisya Sandha, Syafie Naswip, John Tan, Zarul Imran, Isaac Iman, Eleen Arisha, Mior Hashim Manap, Aliyah Lee, Jesse Lim

Engku Mariam memutuskan untuk menukar sekolah Danial ke Pekan Cengkih bagi menumpukan sepenuhnya pada projek pusat peranginannya di situ. Danial kemudiannya menjadi rakan sekelas Husna.

Aku Yang Merinduimu

Selepas menjadi rakan kumpulan dengan Husna dalam kerja kursus, Danial mula berubah dan semakin rapat dengan Husna, Siti dan Adam. Dalam diam, Danial tertarik dan jatuh hati dengan keperibadian Husna.

Zizan yang sudah lama menyukai Husna tidak senang melihat keakraban Husna dengan Danial. Suatu hari, Zizan memerangkap Husna masuk ke dalam hutan untuk mencabuli Husna nasib baik Danial dapat menyelamatkan Husna.

Danial cuba menenangkan Husna yang trauma, mereka berteduh dari hujan lebat di sebuah pondok dan tanpa diduga mereka terlanjur pada malam tersebut.


Kejadian malam tersebut sangat memberi kesan pada Husna, dia rasa bersalah dan berdosa dengan perkara tersebut. Hal ini juga menyebabkan Husna berubah menjadi pendiam dan mengurungkan diri mengelak bertemu dengan orang lain termasuk kawan baiknya Siti dan juga Danial. Tok Ayah buntu dengan perubahan Husna dan risau bila Husna tidak mahu menceritakan masalahnya.

Danial rasa bersalah tapi setiap kali mahu berjumpa dengan Husna pasti gadis itu mengelak. Danial juga berubah dan lebih banyak mengurungkan diri di dalam bilik sehingga Engku Mariam risau dan cuba menyiasat sama ada Danial mempunyai masalah dengan rakan di sekolah.

Aku Yang Merinduimu

Perubahan Husna juga turut disedari guru kelasnya. apabila gurunya mengetahui masalah Husna kemudiannya dapat tahu Husna mengandung, gurunya terpaksa memberitahu hal tersebut kepada Tok Ayah walaupun Husna cuba melarang.

Episod 8 paling sedih bila Tok Ayah tahu Husna mengandung dan rasa kecewa sangat sebab dia rasa tak menjaga Husna dengan baik. tapi semua itu ketentuan takdir, siapa pun tak jangka benda macam ini boleh jadi kat budak sebaik Husna.

Apa yang berlaku kepada Husna? Adakah perkara ini akan sampai kepada pengetahuan Engku Mariam dan bagaimana penerimaannya? so kena tunggu next episod.

Aku Yang Merinduimu

Masalah dengan Engku Mariam adalah terlalu ego dan rasa diri dia betul sampai tak boleh terima pendapat orang lain. Berlaku masalah pekerja sehingga Engku menggunakan kuasa veto sebagai majikan untuk buang pekerja. Hal ini dibangkang oleh Eric dan cuba menegur Engku tapi itulah dia rasa dia betul.

Eric tak teragak mengugut Engku untuk menarik balik dana pelaburan yang diberi oleh bapanya. Makanya Engku Mariam tiada pilihan apabila Eric mencampuri hal urusan pekerjanya, walaupun Vincet kawan baiknya tapi Vincent juga mengakui yang tindakan Eric itu betul.

Walaupun Eric berasal dari keluarga kaya tapi dia tak bermegah dengan harta bapanya macam Engku Mariam. bila tahu pekerja yang mahu dipecat mempunyai masalah kewangan, Eric tanpa banyak soal terus menghulurkan sumbangan.


Eric mempersoalkan juga kenapa Vincent mahu melabur dalam projek pusat peranginan tersebut. bagi orang bisnes macam Vincent, dia sebenarnya lebih berminat dengan tanah di kawasan tersebut yang mempunyai potensi untuk dimajukan. 

tapi Vincent tahu bukan mudah untuk membeli tanah dari penduduk kampung melainkan berbuat baik dengan penduduk kampung dan mendapatkan kepercayaan mereka. Apa motif sebenar Vincent? Adakah Eric akan bersetuju dengan rancangan bapanya?


Eric memberitahu teman wanitanya, Tasya tentang pemindahannya ke Pekan Cengkih bagi memberi tumpuan kepada projek bapanya bersama Engku Mariam. Tasya berasa sedih dengan berita tersebut namun Eric tak sedar yang Tasya menyimpan satu rahsia besar dari dirinya. Siapakah Tasya dan apakah motif sebenarnya Tasya? 

makin lama makin best pula layan drama ni, masing-masing ada rahsia sendiri yang belum reveal habis lagi. konflik pun semakin menarik tapi kesian juga dengan Husna dan Tok Ayah dapat ujian sebegini, aish dah boleh imagine kalau Mak Engku tu mengamuk, mesti dia kata anak dia tak bersalah sebab nanti jatuhlah air muka dia. bertabahlah Husna!

Tonton Drama Aku Yang Merinduimu : 


Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. bongkak betul dengan harta dia tu. Mungkin sebab tu kot Danial diamkan diri berkurung dalam bilik. Mesti mak dia taknak tolong bila tahu masalah dia

    ReplyDelete