Telefilem Pak Su di TV1

Telefilem Pak Su di TV1

Telefilem : Pak Su
Produksi : GHA International Sdn Bhd
Pengarah : ZH Emdee M Danial
Siaran : TV1 
Tayangan : 2 Mei 2022
Durasi : 1 jam 26 minit
Pelakon : Izzue Islam, Risteena Munim, Lan Zailan, Rashidah Jaafar, Qazem Nor, Anne Abdullah, Szrin Aizul, Shawal Osman, Fatimah Az Zahra

SINOPSIS:
Pak Su seorang yang berjimat. Pak Su meminta emak dan ayahnya mencarikan jodoh untuknya tetapi dengan wang hantaran 5 ribu sahaja. Dalam pada masa yang sama, Pak Su menyukai Emmy dan melamarnya.

Telefilem Pak Su di TV1

Telefilem Pak Su mengisahkan Pak Su (Izzue Islam) seorang yang berjimat dan berkira untuk membelanjakan duitnya pada orang lain. Suatu hari, Pak Su terbuka hati untuk berkahwin lalu meminta ibu dan ayahnya untuk mencari jodoh buatnya dengan syarat wang hantaran hanyalah RM5000 sahaja.

Puaslah ibu dan ayahnya mencari jodoh, walaupun ada yang tertarik apabila dirisik namun rata-ratanya menolak apabila mendengar wang hantaran yang diberi hanyalah RM5000.

makanya Pak Su membuat keputusan untuk mencari sendiri calon isterinya dan kebetulan pula dia sudah berkenan dengan Emmy (Risteena Munim) yang ditemuinya ketika jogging di taman.

Telefilem Pak Su di TV1

walaupun perkenalan mereka singkat tapi Emmy pun sudah terjatuh hati juga pada Pak Su tapi ada juga halangan dalam perhubungan mereka apabila ibu Emmy nak jodohkan Emmy dengan tiga pupunya, Nizam (Sazrin Aizul).

Siapakah yang bakal menjadi pilihan hati Emmy? Pak Su atau Nizam?

Telefilem Pak Su di TV1

Pak Su sebuah telefilem romantik komedi dan diselitkan juga dengan nilai-nilai kekeluargaan. Pak Su rasa berat nak belanjakan duit untuk keluarganya sebab merasakan bukan tanggungjawabnya sebagai anak bongsu untuk tanggung keluarganya.

Emmy berjaya menyedarkan Pak Su untuk bersyukur mempunyai sebuah keluarga yang lengkap dan  menghargai kehadiran orang tersayang tanpa perlu rasa terbeban.

Overall sebuah telefilem yang menghiburkan untuk tontonan santai dan ada mesej menarik cuba disampaikan.

Post a Comment

0 Comments