Telefilem : Cangkul
Produksi : U2 Media Sdn Bhd
Pengarah : Azmir Affandi
Penulis Skrip : Srikandi Emma, Seri Dewi
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 21 Mei 2022
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Nazim Othman, Aweera, Aishah Retno, Dian Fernandez
Cangkul sebuah telefilem seram mengisahkan Imran (Nazim Othman), seorang penggali kubur yang memiliki sebatang cangkul yang akan bergerak sebagai tanda berlakunya kematian. Imran melakukan kerja menggali kubur bersama kawannya, Musa (Aweera).
Kehidupan Imran dan Musa sangat miskin, upah yang diterima mereka juga tidak menentu di samping kerja kebun yang dilakukan mereka tidak sebesar mana.
Suatu hari, keluarga si mati memberikan sumbangan kepada Musa dan Imran atas hasil kerja mereka memudahkan urusan jenazah. Musa melihat perkara ini sebagai satu peluang untuk mencari duit lebih jika lebih banyak kematian berlaku lalu memberitahu rancangannya kepada Imran untuk mencipta lebih banyak kematian dengan melakukan perbuatan khianat kepada pengguna jalan raya.
Musa terdesak kerana perlu mencari duit lebih bagi menanggung kos pembelajaran adiknya di universiti. manakala Imran pula tidak berapa bersetuju namun kerana desakan hidup dia mengikut rancangan Musa.
Apakah Musa dan Imran dapat mengaut untung yang banyak dengan mencipta lebih banyak kematian?
sejujurnya aku tak suka dengan background muzik dalam telefilem ini, tahulah cite seram tapi tak payah sepanjang masa nak letak muzik latar seram nak bikin terkejut orang, dia jadi annoying tau sebab kadang tak dengar sangat apa yang mereka cakap. yang cangkul tu pun kemain kuat betul bergegarnya.
pacing telefilem ni juga agak slow dan skrip dia tak best sangat. ada satu scene Musa just nak tunjuk dia membebel ntah apa-apa sampai lima minit. pastu nak tunjuk orang cedera berdarah biar real sikit warna darah tu. ini hantu muncul berdarah terus hilang mood aku nak tengok. adoyai.
satu lagi benda yang aku curious, kalau orang mati meninggal bukan selalu polis akan contact si waris untuk proses pengecaman mayat baru proceed dengan prosedur lain. tapi kenapa dalam telefilem ni waris tak tahu apa, datang masjid tiba-tiba tok imam suruh tengok mayat si adiknya sebelum disolatkan. boleh ye macam tu? hurmm..
walaupun banyak kelemahan telefilem Cangkul ni tapi banyak pengajaran yang boleh diambil. disebabkan ketamakan hidup, ada yang sampai sanggup binasakan kehidupan orang lain. macam mana kalau benda tu terkena balik kat diri sendiri? kesimpulannya jangan terpengaruh dengan kawan dan redha dengan qada dan qadar.
Baca juga:
2 Comments
Aishah Retno dengan Aweera berlakon. Tengok trailer macam seram je.
ReplyDeletejalan cerita dia dah seram tapi jgn la cerita slow sgt nnti boring
ReplyDelete