Title : One For The Road
Director : Nattawut Poonpiriya
Network : Netflix
Release Date : 28 January 2021
Duration : 2 hour 16 minutes
Cast : Tor Thanapob, Ice Natara, Violette Wautier, Aokbab Chutimon, Noon Siraphan, Ploi Horwang, Ying Rhatha, Ek Thaneth, Aim Bhumibhat
SYNOPSIS
Boss lives a seemingly charmed life as a popular bartender in New York City, with an endless line of female customers after hours. One night, his estranged friend Aood calls from Bangkok with the news that he’s dying and asks Boss to come home. As the two travel down memory lane throughout Thailand, returning items to Aood’s exes, their pasts and reasons for their broken brotherhood are exposed. But Boss doesn’t know the whole story, and when Aood has one last gift to return, it might destroy their relationship forever.
One For The Road diarahkan oleh Nattawut Poonpiriya yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Bad Genius mengisahkan Boss (Tor Thanapob) seorang pemilik bar di New York yang enjoy dengan kehidupanna sebagai bartender dan melayan wanita.
Suatu hari, Boss mendapat panggilan telefon dari kawan lamanya, Aood (Ice Natara) yang memberitahu dirinya sakit dan tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Aood meminta Boss menunaikan hasrat terakhirnya untuk membawanya berjumpa kembali dengan semua bekas teman wanitanya untuk memulangkan semula barang milik mereka.
bagi aku, jalan cerita mula menarik selepas 60 minit apabila terdedah konflik yang berlaku dalam hidup Boss dengan keluarganya dan juga bekas teman wanitanya, Prim (Violette Wautier) sehingga Boss membuat keputusan untuk terus menetap di New York.
One For The Road sebuah filem mengenai persahabatan antara Boss dan Aood tapi sebenarnya Aood menyimpan satu rahsia dari Bos yang boleh mengugat persahabat mereka berdua.
filem ni sebenarnya boleh habis dalam satu jam setengah tapi jadi meleweh bila durasinya dibuat sampai dua jam. sebab first half tu cuma pasal si Aood ni pergi jumpa balik bekas kekasihnya. bila masuk scene Boss dan keluarganya baru makin menarik dan ada twist siapa sebenarnya Aood.
kalau jadi Boss pun boleh mengamuk sebab Aood ni selfish bila nak jumpa balik bekas kekasihnya sebab sakit tanpa fikir perasaan orang yang tak nak kenang sudah kisah lama. Boss punyalah terhutang budi sampai terima Aood dalam hidupnya rupanya dari awal lagi ada niat lain.
tengok filem One For The Road ada mixed feeling sebab at first kesian dekat Aood sebab sakit tapi lepas tu geram pula dengan perangai dia dan apa yang dia dah buat pada Boss. pengajarannya, jangan percaya sangat orang yang paling rapat dengan kita.
Baca juga :
1 Comments
hmmm kalau dah toxic tu nak mati pun tetap toxic jugak ek. Pace dia slow sebab movie untuk film festival kot haha
ReplyDelete