Review Movie | Prebet Sapu (2021)


Tajuk : Prebet Sapu
Produksi : Le Mediator Studio, Kristal Azmir, Konda Kondi Studio
Pengarah : Muzammer Rahman
Siaran : Netflix
Tayangan : 16 Disember 2021
Durasi : 1 jam 40 minit
Pelakon : Ameerul Affendi, Mei Fen Lim, Bront Palarae, Sharifah Amani, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Namron

Sempena menyambut hari raya Aidilfitri, ada tiga filem melayu baru yang ditayangkan di Netflix antaranya Prebet Sapu. so harapnya selepas ini lebih banyak filem atau drama Malaysia yang keluar kat Netflix, bukan apa nama je Netflix Malaysia tapi penuh dengan citer Korea dengan Indonesia, sekali sekala nak juga tengok filem negara sendiri sebab aku ni tak rajin menapak ke panggung wayang..Selamat Hari Raya Aidilfitri guys!! hehe


Prebet Sapu mengisahkan Aman (Ameerul Affendi) yang pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki tapi bukan mudah untuk survive di bandar besar. Aman mencuba nasib untuk menjadi pemandu e-hailing dengan menggunakan kereta lama milik arwah ayahnya.

Aman mendapatkan bantuan ejen Toompang (Bront Palarae) untuk mendaftar sebagai pemandu e-hailing kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat e-hailing tersebut. bila kerja baru nak stabil, Aman bengang bila ditendang keluar dari rumah sewa tanpa sebab, terpaksa dia merempat tidur dalam keretanya.

Sepanjang menjadi prebet sapu, macam-macam ragam manusia yang Aman jumpa. dalam pada bertanya kepada penumpang tentang bilik kosong dan sewa rumah, banyak cerita tentang kehidupan rakyat marhaen tinggal di bandar besar yang Aman dengar.


Aman kemudiannya rapat dengan Bella (Mei Fen Lim) yang menjadi penumpang tetapnya. Walaupun Bella tahu Aman bawa teksi secara haram tapi dia tak report kesalahan Aman plus Aman pun boleh teka kerja Bella tapi tak pernah nak tanya secara direct.

Secara tak langsung mereka semakin rapat dan selesa berkawan. bila tahu Aman tengah cari bilik kosong Bella menawarkan Aman menjadi housemate dia dan meminta Aman menjadi pemandunya.

Sepanjang berkawan banyak benda yang mereka kongsi tentang latar belakang, tentang impian dan sisi gelap tinggal di bandar besar yang orang luar tak tahu.


aku ingat intro je tapi lepas lima minit baru perasan movie Prebet Sapu dalam black and white. sejujurnya aku tak berapa suka tapi ada shot untuk pemandangan Kuala Lumpur nampak cantik pula dengan warna hitam putih. actually ada sebab juga kenapa filem ini dibuat hitam putih, so kenalah tengok untuk tahu sebab dia.

Prebet Sapu menceritakan tentang realiti dan kehidupan sebenar tinggal di bandar besar, satu sisi gelap yang orang tak nampak atau jarang diketengahkan dalam mana-mana filem. aku tak expect juga yang aku akan suka dan enjoy dengan plot dan skrip dalam keseluruhan filem ni so macam tak hairan dan bangga bila filem Prebet Sapu terpilih mewakili Malaysia ke Oscar.

selain plot dan skrip yang bagus, Ameerul dan Mei Fen yang menjadi tunjang utama dalam filem ini membawakan watak mereka dengan baik sekali. so overall, korang patut try tengok filem Prebet Sapu.

Baca juga:

Post a Comment

1 Comments

  1. ada kat Netflix ni..ok nanti nak tengok. minat lakonan Ameerul Affandi. sisi gelap KL ye. so far dah tengok banyak, tapi bolehlah tambah pengetahuan. hehe

    ReplyDelete