Title : The Sound of Magic
Director : Kim Seong Yoon
Screenwriter : Kim Min Jung
Network : Netflix
Release Date : 6 May 2022
Episodes : 6
Duration : 1 hour 10 minites
Cast : Ji Chang Wook, Cho Sung Eun, Hwang In Youp, Oh So Hyun, Ji Hye Won, Hong Jung Min, Im Ki Hong, Kim Bo Yun, Park Ha Na
SINOPSIS:
High school student Yoon Ah Yi finances herself and her younger sister by working part-time jobs. She doesn't know where her parents are. Debt collectors drove her father away from home—and then her mother fled too. But even with her poor financial circumstances, Yoon Ah Yi manages to rank near the top of her school academically. Yoon Ah Yi wants to become an adult as soon as possible, to have a stable job.Her classmate Na Il Deung competes with Yoon Ah Yi for the top grade, but they begin to have feelings for each other. One day, Yoon Ah Yi meets magician Lee Eul at an abandoned amusement park. He performs magic shows for people who believe in magic. He is a mysterious person; he comforts Yoon Ah Yi who tells him that she believes in magic.
The Sound of Magic sebuah siri Netflix mengisahkan Yoon Ah Yi (Choi Sung Eun) seorang pelajar miskin yang melakukan pelbagai kerja sambilan untuk menampung hidup dia dan adiknya setelah ayah mereka menghilangkan diri dari pemiutang.
Yoon Ah Yi kemudiannya rapat dengan Na II Deung (Hwang In Youp), anak orang kaya dan top student yang duduk disebelahnya. dalam masa yang sama Ah Yi bertemu seorang ahli silap mata bernama Ri Eul (Ji Chang Wook) yang misteri.
Dalam episod 1, pengarah cuba buat penonton percaya yang Ri Eul seorang ahli magik yang luar biasa apabila mampu mencipta sebuah dunia magikal yang indah buat Yoon Ah Yi sehingga mampu hilangkan orang yang cuba mengganggu hidup Ah Yi.
tapi next episod baru aku tersedar yang term fantasi itu cuba wujud dalam minda Ah Yi sebab Ri Eul hanya seorang ahli silap mata biasa. Banyak gosip yang buruk mengenai Ri Eul dan latar belakangnya juga menjadi misteri dan tanda tanya buat penonton yang mana akan terungkai di penghujung drama.
watak Yoon Ah Yi bagi aku agak membosankan sebab hampir setiap episod dia merungut hidupnya yang ditindas dan tak nampak jalan keluar. aku lebih tertarik dengan watak Na II Deung sebab dia pun sama misteri macam Ri Eul.
at first boleh nampak Na II Deung ada hati kat Ah Yi tapi tiba-tiba jadi psiko bila dia offer Ah Yi untuk rendahkan markah subjek math sebab itu sahaja subjek yang dia tak boleh score tinggi sebab Ah Yi lebih pandai dalam math.
benda yang aku tak suka bila budak ni kurang ajar dengan Ri Eul terutama sekali Baek Ha Na (Ji Hye Won), pelajar yang acah-acah terpaling popular kat sekolah tu. bukan sekali tapi banyak kali dia ceroboh masuk tempat Ri Eul siap pasang kamera sembunyi lagi kat tempat Ri Eul.
yang tak suka bila watak Baek Ha Na tergantung kat penghujung cerita sebab tak tahu apa jadi kat dia lepas buat tuduhan palsu pada Ri Eul.
Isu dalam drama The Sound of Magic agak berat juga mengenai tekanan yang dihadapi oleh pelajar dalam pencapaian akademik dan terpaksa ikut expectation yang ditetapkan oleh masyarakat dan keluarga.
macam kes Ah Yi, walaupun dia pandai dalam subjek matematik tapi selalu dipandang rendah oleh guru dan rakan sekelas disebabkan berasal daripada keluarga miskin.
lain pula dengan Na II Deung apabila selepas berjumpa Ri Eul baru dia sedar yang selama ini dia cuba ikut sahaja jalan yang disediakan oleh orang tuanya tanpa sedar kemahuan sendiri.
The Sound of Magic sebuah drama muzikal, lagu-lagu yang dimainkan menarik juga dan kena dengan situasi dan jalan ceritanya, rasa macam menonton persembahan muzikal dalam drama.
dari segi plot dan jalan cerita, bagi aku agak predictable dan klise dan isu yang dimainkan sebenarnya dah biasa tengok dalam drama korea sebelum ni tapi still menarik untuk ditonton sebab drama ni dalam muzikal kan dan gandingan pelakon yang mantap.
Baca juga :
1 Comments
eh 6 episod je drama ni? Okay boleh lah tengok weekend nanti. Excited nak tengok sebab set dia cantik sangat. Ji chang Wook pun menyanyi guna suara sendiri kan dalam drama ni
ReplyDelete