Drama Turki | Uc Kiz Kardes - The Three Sister (2022)


Title : Üç Kız Kardeş (The Three Sisters)
Production : Surec Film
Release Date : 22 February 2022
Episodes : 15
Duration : 2 hour 20 minutes
Cast : Ozgu Kaya, Berker Guven, İclal Aydın, Reha Ozcan, Almila Ada, Melisa Berberoglu, Veda Yurtseve, Hakan Atalay, Demircan Kacel

Uc Kiz Kardes atau The Three Sister sebuah siri drama terbaru yang diadaptasi dari novel karya İclal Aydın sedang ditayangkan di stesen tv Turki, Kanal D bermula 22 February 2022, mengisahkan tentang tiga beradik perempuan dalam mengharungi cabaran yang mendatang dalam hidup mereka.


Uc Kiz Kardes berlatarkan tahun 1998, kisah tentang pasangan Sadik dan Nesrin yang mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Turkan, Donus dan Derya. Walaupun Sadik bekerja sebagai manager di pejabat pos dengan gaji sederhana tapi keluarga mereka sangat gembira dan bahagia.

Anak sulung mereka Turkan terkenal dengan kecantikan dan perwatakan yang lemah lembut dipinang oleh usahawan berpengaruh, Ruchan untuk anak lelakinya Somer.

Ramai yang membayangkan kehidupan Turkan akan bahagia selepas berkahwin dengan Somer namun semuanya tidak seindah yang disangka. Turkan tidak bahagia dan terpaksa menyembunyikan kesedihannya dari pengetahuan keluarganya sendiri.


Sebelum berkahwin, Puan Ruchan melayan Turkan dengan baik tambahan Somer pula tidak membantah so Turkan menyangka Somer juga setuju dengan rancangan ibunya untuk menyatukan mereka.

Pada malam perkahwinan, Turkan terkejut apabila Somer memberitahu yang dia terpaksa berkahwin dengan Tukan. Somer mengingatkan Turkan yang mereka tak akan hidup seperti pasangan suami isteri yang lain.

sedihlah Turkan bila tahu hal sebenar tapi terus jadi nigtmare hidup Turkan bila Ruchan tiba-tiba datang ke rumah mereka dan serang Turkan sampai masuk hospital bila tahu Somer tak balik rumah.


Sebenarnya Somer mempunyai konflik dengan Ruchan, dia tak suka bila ibunya mengatur semua benda dalam hidupnya. klise kan masalah anak orang kaya ni. Somer dah buat rancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya, Mine dan kemudian menetap di luar negara.

tapi rancangan tersebut tidak semudah yang disangka apabila Ruchan menentang sekeras-kerasnya dan mengugut Somer untuk menyekat semua akaun Somer sekiranya Somer mahu membatalkan perkahwinannya dengan Turkan. jadi apa lagi pilihan yang Somer ada selain mengikut kemahuan Ruchan.

Selepas berkahwin Somer menyangka Ruchan akan berhenti campur tangan dalam hidupnya tapi dia sendiri terkejut apabila Turkan menjadi mangsa keadaan dan tidak menyangka ibunya akan bertindak sampai begitu sekali pada Turkan.


melayan drama ni agak stress juga dengan perangai mak mertua dari neraka macam ni. sepatutnya Turkan dengar cakap ayahnya, Sadik sebab dari dari awal lagi Sadik tak berkenan dengan perangai berlagak Ruchan.

selepas dipukul Ruchan, Turkan mahu bercerai dengan Somer tapi memikirkan tentang keluarganya, Turkan cuba untuk bertahan. Nasib baik, Somer layan dia dengan baik selepas keluar dari hospital cuma masih ada lagi batas antara mereka.

sebenarnya banyak subplot dalam drama ni tapi aku tak minat sangat nak follow kisah adik-adik Turkan dan yang lain. yang aku tahu ada konflik lain macam pakcik Turkan, Fatih datang balik nak tuntut anak dia, tak sure antara Donus dan Derya siapa anak Fatih. tapi Fatih ni pun ada agenda lain juga sebab dia ada berhubung dengan Ruchan.

selain itu, Mine kekasihnya Somer lagi complicated kisahnya sebab dia beritahu Somer dah mengandung anak Somer so Somer dah happy gila sampai tunggu masa nak cerai dengan Turkan. tapi aku tak rasa Mine mengandungkan anak Somer sebab dia ada lelaki lain cuma aku tak sure dia ni isteri orang ke tidak sebab time Ruchan tanya, dia macam teragak nak mengaku tak ada apa-apa dengan Nihat.

ada sesetengah konflik ni aku tak faham sebab banyak sangat main lompat episod, tak rajin nak tengok semua sebab stress..haha


So dipendekkan cerita, Somer failkan penceraian mereka dan Turkan kembali ke rumah keluarganya. dalam menunggu kes mereka proceed, Somer tiba-tiba tersedar yang dia tak sanggup kehilangan Turkan, jadi dia pujuk balik Turkan. Turkan pula dah tawar hati nak terima balik suaminya. itulah lelaki, bila tiada depan mata baru nak sedar yang mana permata, baru terhegeh nak pujuk balik..

adakah Turkan akan teruskan penceraian mereka? aku pun tak tahu jawapannya sebab kena tunggu next episod yang belum keluar lagi. drama ni baru tayang sampai episod 12 tak sure sampai episod berapa sebenarnya. actually plot dia semakin menarik bila Turkan dah mula fight untuk dirinya sendiri.

Baca juga :

Post a Comment

3 Comments

  1. suka tgk turki puny cerita sebab depa cntik dengan encem hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. dasat juga bila dapat emak mertua dari neraka..haha

      Delete