Drama : Ask Yeniden (In Love Again)
Tayangan : 10 Februari 2015
Episod : 59
Durasi : 1 jam 40 minit
Pelakon : Özge Özpirinçci, Bugra Gülsoy, Tamer Levent, Sema Keçik, Tülin Oral, Nilay Deniz
nak lari kejap dari drama korea sebab stress nak menunggu episod baru drama My Liberation Notes. waktu melepak kat youtube terjumpa drama turki ni, baca komen kat bawah mostly cakap best so sis pun decide untuk tengok 1 episode tapi itulah mampu tengok satu episod sajalah sebabnya.. sila baca review kat bawah.
Ask Yeniden mengisahkan Zeynep yang melarikan diri ke New York bersama teman lelaki tapi ditinggalkan lelaki tersebut selepas tahu dirinya mengandung. Selepas dua tahun, Zeynep membuat keputusan untuk pulang ke Turki bersama anaknya.
Semasa di dalam penerbangan tersebut, Zeynep bertemu dengan Fatih dan berborak mengenai kehidupan masing-masing. Sebaik sahaja tiba di airport, Fatih mendapat idea gila untuk membawa Zeynep berjumpa ahli keluarganya.
Sebenarnya Fatih anak orang kaya dan pergi ke Amerika sebab rimas keluarganya mengatur hidup termasuk dipaksa bertunang dengan anak kenalan orang tuanya. Semasa di Amerika, Fatih bercinta dengan seorang wanita dan mahu memperkenalkan kepada keluarga malangnya lamaran Fatih ditolak.
Fatih kiranya terdesak untuk membatalkan pertunangannya jadi dia minta Zeynep untuk berlakon sebagai isterinya di depan ahli keluarganya. Zeynep kemudiannya bersetuju dengan syarat Fatih berjumpa dengan keluarganya dan berlakon sebagai suaminya.
Sudah tentu keluarga Fatih terkejut melihat Fatih membawa pulang isteri dan anaknya. Walaupun begitu dengan kehadiran si comel secara tak langsung melembutkan hati si nenek malah adik Fatih juga suka dengan anak Zeynep. cuma emak Fatih yang langsung tak berkenan dan menganggap Zeynep nak menumpang harta keluarga Fatih.
Drama Ask Yeniden bergenrekan komedi romantik, ada beberapa scene yang aku rasa kelakar tapi selebihnya lebih kepada menyampah dengan kebodohan watak heroin. setting heroin lari ikut pakwe sebab takut kantoi dengan bapanya yang garang pun dah boleh nampak si Zeynep tak berapa nak bijak. lepas tu nak tutup kebodohan sendiri, dia beritahu Fatih yang anak tu dari sperm bank.
itu belum lagi bila nenek Fatih nak tolong turunkan badan anak dia yang tengah demam dan aturkan pengasuh semuanya nak dibangkang dengan alasan pandai nak jaga anak sendiri. sis tak boleh brain dengan perangai bodoh sombong si Zeynep ni.
aku sebenarnya lagi kesian dengan Fatih sebab nak lari dari masalah tapi bawa balik masalah ke rumah. niat dia nak berjumpa dengan keluarga Zeynep boleh jadi bahan gaduh si Zeynep dengan alasan Fatih tak tahu situasi keluarga dia, perangai bapanya. itu sebabnya kena discuss future plan bila dah terjebak dengan rancangan gila ni, bukan salah sikit terus jadi bahan gaduh.
Ask Yeniden sebenarnya antara drama popular juga waktu tayangannya sebab itu boleh buat sampai dua musim. tapi seriusly tak boleh nak masuk dengan drama ni sebab heroinnya, cukuplah tengok satu episod. sis give up!
Baca juga :
4 Comments
Kat mana nak tengok cite ni ek?
ReplyDeleteutube jer
Deletecantik2 org turki ni kan rambut diorg mmg ikal ye
ReplyDeleteciter ni best. mungkit sebab banyak sangat episod tu jadi agak boring. bila muncul ibu kandung Zeynep yang kaya yang dianggap telah meninggal sebab rahsia ayah Zeynep seorang kapten bot nelayan yang garang. zeynep merahsiakan siapa bapa anaknya. keluarga zeynep ni mamang banyak konflik. ditambah perangai anoying mak mertua dia Mukarddis tu.
ReplyDelete