Drama : 7 Hari Mencintaiku 3
Produksi : SR One Sdn Bhd
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Siti Rosmizah
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 16 April 2022
Masa : Isnin-Ahad | 6.58 Petang
Episod : 35
Pelakon : Shukri Yahaya, Siti Saleha, Liza Abdullah, Kazar Saisi, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Bil Azali, Jaja Iliyes, Jasmin Hamid, Faye Kusairi, Wafariena, Reen Rahim, Sean Lee, Silfeny Osman PU Azman
7 Hari Mencintaiku kembali semula dengan musim ketiga dan masih lagi mengekalkan barisan pelakon utama yang sama seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan ramai lagi. Drama arahan Jamal Khan, skrip ditulis oleh Siti Rosmizah bakal ditayang di slot Akasia pada bulan Ramadhan ini.
Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 3
Drama 7 Hari Mencintaiku 3 kesinambungan kisah Mia Andriana dan Khuzairi yang semakin bahagia dengan tiga cahaya mata setelah melalui pelbagai rintangan sebelum ini. Hubungan Mia dan Mak Leha bertambah rapat dan Mak Leha kini membantu menjaga cucu-cucunya apabila Mia bekerja.
Namun begitu, kehadiran kawan lama Khuzairi bernama Fatin Husna (Reen Rahim) tidak menyenangkan hati Mia dan Mia tidak bersetuju apabila Zaidi memberitahu tentang kerjasama antara mereka dengan Fatin yang akan berlangsung kelak.
Perniagaan Helmi (Syazwan Zulkifly) semakin berjaya tapi dalam masa yang sama rasa terabai apabila Sofi Amylia (Wan Sharmila) sibuk menjaga anak dan ayahnya yang sakit dan jarang meluangkan masa dengannya.
Helmi mencadangkan Sofi mengambil pembantu rumah namun Sofi menolak kerana dia mampu urusan keluarga dan kerja dengan baik tanpa mempedulikan perasaan Helmi.
Hubungan Nadia (Jaja Iliyes) dan Zaidi (Bil Azali) agak tegang apabila Zaidi menyuruh Nadia berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang sakit. setelah mendengar nasihat Mia, Nadia membuat keputusan dengan menghantar notis berhenti kerja dan meminta Zaidi memberinya masa.
Namun, Nadia tidak puas hati apabila Zaidi tergesa-gesa mengambil ibunya untuk tinggal sekali. dalam masa yang sama, Nadia geram apabila Kak Piah (Azza Elite) yang merupakan ibu saudara Zaidi, menyerang dan menuduh perkara buruk mengenai dirinya.
Hubungan Syakila (Faye Kusairi) bertambah baik dan rapat dengan Mia dan Mak Leha. Namun kerana statusnya dirinya sebagai bekas banduan menjadi bahan umpatan penduduk kampung terutama sekali Kak Piah. Syakila terfikir untuk keluar dari kampung tersebut untuk mencari kerja menyara hidupnya.
Dalam masa yang sama, Syakila tidak senang apabila melihat Mia memberi kerja kepada Muna (Dayang Areeda) kerana Muna mempunyai kaitan dengan Burhan. Sebaliknya, Mia menegur supaya Syakila tidak prejudis dengan orang lain membuatkan Syakila berdiam diri dengan perkara tersebut.
Dalam 7 Hari Mencintaiku 3, lebih banyak drama dan konflik yang akan berlaku apabila rumah tangga Mia dan Khuzairi sekali lagi diuji apabila Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya menyebabkan Khuzairi menjadi panas baran kerana merasakan dirinya tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia Adriana dan ayah kepada anak mereka.
Pada masa yang sama, Pak Samad sebenarnya tidak sihat dan perlu menjalani pembedahan. Namun, Pak Samad merahsiakannya daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada mereka dan meminta mereka mencari makna sebenarnya tentang cinta dalam 7 hari.
Baca juga:
5 Comments
proud nak tengok drama ni pasai jimmyscarves (tudung ai jual) taja. Haha
ReplyDeletepunya la menunggu 1 ramadhan aritu.. rupa2 nya lmbt lagi start hahaha
ReplyDeleteHallu Hallu Hallu
ReplyDeleteCongratulations!
https://www.raydahalhabsyi.com/2022/04/congratulations-preloved-giveaway-lucky.html
Perasan banyak kali tukar tarikh ni kan hehe Harap ini yang final la. Ramai dah tertunggu2 tu. Follow #143
ReplyDeleteDrama yang dinantikan. Tak sabar nak tengok 7HM3.
ReplyDelete