Title : Twenty Five Twenty One
Director : Jung Ji Hyun
Screenwriter : Kwon Do Eun
Network : TVN/Netflix
Aired : 12 February 2022 - 3 April 2022
Episodes : 16
Duration : 1 hour 15 minutes
Genre : Romance, Life
Cast : Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk, Bona, Choi Hyun Wook, Lee Joo Myung, Seo Jae Hee, Kim Hye Eun, Choi Myung Bin, Choi Min Young, Kim So Hyun
Twenty Five Twenty One mengisahkan tentang seorang remaja bernama Na Hee Do yang mempunyai passion yang tinggal dalam sukan lawan pedang atau fencing, juga mengenai persahabatan dan percintaan antara Na Hee Do dan kawan-kawannya.
Kisah bermula apabila anak Na Hee Do iaitu Min Chae (Choi Myung Bin) yang berputus asa dan mahu berhenti dari ballet kemudian terjumpa diari milik ibunya ketika bermalam di rumah neneknya.
Min Chae pada mulanya menyangka diari tersebut tentang kisah cinta ibunya tapi rupa-rupanya menceritakan tentang minat Na Hee Do dalam sukan fencing, rutin latihan, idolanya serta persahabatan dan percintaan yang berlaku pada zaman remaja Na Hee Do.
Pada tahun 1997, Korea mengalami krisis ekonomi yang teruk yang memberi kesan kepada banyak sektor. Na Hee Do (Kim Tae Ri) seorang pelajar sekolah tinggi juga terkesan apabila kelab fencing sekolahnya dibubarkan kerana kekurangan dana. kerana minat yang tinggi, Na Hee Do merayu kepada ibunya untuk berpindah ke sekolah Ko Yu Rim (Bona) iaitu idolanya yang juga pemenang pingat emas sukan fencing korea.
Na Hee Do ingatkan apabila berpindah sekolah semuanya akan selesai tapi tak sangka pula Ko Yu Rim tidak suka dengan dirinya menyebabkan Na Hee Do terkesan dengan layanan Ko Yu Rim. namun begitu, dia cuba sebaik yang mungkin untuk berlatih di bawah jurulatih Yang Chang Mi (Kim Hye Eun).
Walaupun waktu di sekolah banyak dihabiskan dengan berlatih sukan fencing, Na Hee Do semakin rapat dengan kawan sekelasnya iaitu Ji Seung Wan (Lee Joo Myung) dan Moon Ji Woong (Choi Hyun Wook).
Baek Yi Jin (Nam Joo Hyuk) pula asalnya dari keluarga berada tapi syarikatnya ayah muflis akibat IMF dan keluarganya terpaksa berpisah untuk mengelak dikejar penghutang. Baek Yi Jin berpindah ke kawasan kejiranan Na Hee Do dan melakukan pelbagai kerja sambilan sementara dapat kerja tetap.
Hubungan Na Hee Do dan Baek Yi Jin bertambah rapat, Baek Yi Jin juga selalu menjadi tempat Na Hee Do meluahkan perasaan apabila dia bergaduh dengan ibunya dan mempunyai masalah di sekolah. Dalam masa yang sama, Baek Yi Jin selalu memberi sokongan kepada Na Hee Do untuk berjaya dalam impiannya.
Apabila Na Hee Do berjaya melayakkan diri ke dalam pasukan kebangsaan, Baek Yi Jin pula berpeluang bekerja sebagai wartawan di bahagian sukan dan banyak cover berita terkini mengenai sukan fencing.
Drama Twenty Five Twenty One agak popular juga, selalu bila nampak update drama ni mesti ternampak orang bahas siapa ayah Min Chae, adakah Na Hee Do berkahwin dengan Baek Yi Jin?
bagi aku pula, aku lebih suka cerita Na Hee Do di waktu remaja sebab lebih fun dengan kisah zaman sekolah, persahabatan dan passion Na Hee Do dalam sukan lawan pedang. ini first time tengok Kim Tae Ri berlakon tapi terus jatuh cinta dengan lakonan dia sebagai Na Hee Do. comel sangat bila tengok dia gelak, time menangis pun ikut rasa nak menangis juga. scene bila Hee Do berbaik dengan Yu Rim antara scene yang aku suka selain time dia dengan Baek Yi Jin. actually banyak scene yang best dalam drama ni.
prop yang digunakan pada latar masa tahun 90-an dan awal tahun 2000 ni memang daebak, rasa mengembali semula nostalgia zaman budak-budak membesar tahun itu.
jalan cerita drama Twenty Five Twenty One sangat best tapi bila masuk 3 episod last tu dia jadi slow melo dan sedih sikit. bila follow dari awal drama ni of course la nak Baek Yi Jin dan Na Hee Do berakhir dengan happy ending sebab watak dan chemistry mereka dua sangat best tapi itulah endingnya tak seperti yang diharapkan.
banyak sebenarnya persoalan yang tergantung tapi satu kelemahan drama ni bila timeline 2022 macam tak connect dengan timeline 1997 sebab tak tunjuk langsung kehidupan terkini Baek Yi Jin dan Ko Yu Rim. bila scene Min Chae dengan emaknya, aku rasa macam dia tengah baca diari orang lain bukan emak dia. itu apa yang sis rasa tak tahu kalau orang lain enjoy scene Min Chae dan emaknya.
apa yang boleh belajar dari drama ni, waktu remaja adalah waktu yang paling happy. bila melangkah ke alam dewasa banyak komitmen dan tanggungjawab yang terpaksa dipikul sampai masing-masing memilih untuk berpisah. kenapa tajuk drama ni Twentry Five Twenty One sebab kisah Baek Yi Jin dan Na Hee Do berakhir apabila usia mereka 25-21. awal lagi penulis dah bagi hint kita ja yang tak sedar.
so overall, Twenty Five Twenty One antara drama yang menarik untuk korang tengok sebab jalan cerita sangat menarik dan menghiburkan, dan watak yang ada sangat best cuma yang tak best ending dia..hehe but still good drama untuk ditonton.
Baca juga:
2 Comments
Kim Tae Ri berlakon dalam drama Mr. Sunshine sebelum drama ni, drama Mr.Sunshine tu pun best giler
ReplyDeletetak minat hero dia..hehe
Delete