Review Drama Korea | Soundtrack #1 (2022)



Title : Soundtrack #1
Director : Kim Hee Won
Screenwriter : Chae Yoon
Network : Disney+Hotstar
Aired : 23 March 2022 - 13 April 2022
Episodes : 4
Duration : 40 minutes
Genre : Romance
Cast : Park Hyung Sik, Han So Hee, Kim Joo Heon, Yoon Byun Hee

SINOPSIS
Two people have been friends for two decades, but a mere two weeks of living together blurs that fine line between love and friendship. 
Han Sun Woo is a handsome rookie photographer with a warm personality, while Seo Eun Soo is a lively, straightforward, and honest person who openly expresses her feelings. Three years ago, she seized a chance opportunity to become a lyricist. Nowadays details of their relatable romance are subtly interwoven into her musical compositions.


Soundtrack #1 mengisahkan Lee Eun Soo (Han So Hee) seorang penulis lirik yang kecewa apabila lirik yang ditulisnya ditolak dengan alasan terlalu plain dan tak faham perasaan cinta tak berbalas.

Kang Woo II (Kim Joo Heon) yang merupakan boss Eun Soo telah memberi tempoh dua minggu untuk menghantar semula lirik baru. Jadi Eun Soo meminta bantuan kawan baiknya, Han Sun Woo (Park Hyun Sik) untuk tinggal bersamanya dalam tempoh dua minggu tersebut bagi membantunya menulis lirik.


Han Sun Woo seorang jurugambar yang sibuk dengan pameran solonya namun di saat akhir berubah fikiran untuk membatalkan pameran tersebut kerana merasakan hasil kerja kurang something dan mahu bermula semula. Sun Woo merancang untuk pergi ke luar negara tapi membuat keputusan untuk membantu Eun Soo menulis lirik telebih dahulu sebelum ke sana dan merahsiakan tentang rancangannya daripada Eun Soo.

Han Sun Woo dan Lee Eun Soo sudah berkawan baik hampir 20 tahun, dalam diam Sun Woo sudah lama menyimpan perasaan pada Eun Soo. Sun Woo pernah juga nak luahkan perasaannya tapi terpaksa rahsiakan semuanya bila terdengar Eun Soo cakap nak mereka kekal sebagai kawan selamanya kerana tak mahu mereka berpisah.

Dalam tempoh dua minggu tersebut, Han Sun Woo dan Lee Eun Soo menghabiskan masa bersama mencari idea menulis lirik. Adakah Lee Eun Soo akan menyedari perasaan Han Sun Woo kepadanya?


Soundtrack #1 drama terbaru yang disiarkan di platform Disney+Hotstar, drama ni ada 4 episode sahaja. sangat pendek tapi penat juga nak tunggu 1 episod setiap minggu.

aku suka drama ni sebab memang best tengok chemistry antara Han So Hee dan Park Hyun Sik lagipun cerita dia ringan dan muzik latar pun best. ending mereka sangat sweet, aku suka scene Lee Eun Soo luahkan perasaannya dan comel cara Eun Soo reply.  siapa yang suka drama romantik, rekomen sangat untuk tonton drama Soundtrack #1

Baca juga:

Post a Comment

0 Comments