Drama : Nusyuz Berkiblat Cinta
Produksi : Mache All Star United Sdn Bhd
Pengarah : Hadith Omar
Penulis Skrip : Rozie Rashid
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 3 April 2022
Masa : Ahad | 9 Malam
Episod : 7
Pelakon : Emma Maembong, Fikry Ibrahim, Shaza Bae, Nadhir Nasar, Sabhi Saidi, Dayana Roza, Yaya Maembong, Ako Mustapha, Jalaluddin Hassan, Aznah Hamid
Sinopsis Drama Nusyuz Berkiblat Cinta
Adam (Fikry Ibrahim) dan Hawa (Tiz Zaqyah) yang telah lama berkasih namun di saat Adam melamar Hawa, gadis itu menolak dengan alasan lamaran Adam tidak seperti yang dia impikan.
Hawa kemudiannya mengenakan syarat yang tidak masuk akal kepada Adam tanpa sedar semua itu dibuat Hawa untuk mengawal Adam sepenuhnya. Keluarga Adam tidak bersetuju dengan syarat Hawa kerana tidak mahu Adam menjadi lelaki dayus dikawal oleh Hawa.
Di saat Adam tekad berkorban untuk menerima syarat-syarat Hawa, ayah Hawa (Jalaluddin Hassan) datang berjumpa Adam tanpa pengetahuan anaknya dan meminta Adam membatalkan niat untuk berkahwin. Apakah pilihan Adam?
Erfhan (Nadhir Nasar) dan Safiana (Shaza Bae) pula merupakan pasangan suami isteri. Apabila Hawa mendapat tahu yang Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia cuba membantu kawan baiknya keluar dari perkahwinan tersebut. Malang sekali apabila Safiana menolak dan terus didera dari segi emosi dan fizikal oleh Erfhan.
Adakah sikap Hawa terhadap Adam mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku kepada Safi? Bagaimanakah pengakhiran kisah kedua pasangan ini?
0 Comments