Review Drama | Villa Kristal (WeTV)


Drama : Villa Kristal
Produksi : Revolution Media Films
Pengarah : Khabis Bhatia, Jason Chong
Penulis Skrip : Honey Ahmad, Siti Jasmina Ibrahim, Hadi, Hadi M.Nor, Maizura Ederis
Siaran : WeTV
Mula Tayangan : 4 Mac 2022
Masa : Khamis-Jumaat | 8.00 Malam
Episod : 12
Durasi : 40 minit
Pelakon : Mimi Lana, Jasmine Suraya, Mawar Rashid, Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Maria Farida, Alvin Wong, Nazrief Nazri, Fadlan Hazim, Daniella Sya, Sherry Ibrahim, Aisar Khaled, Daler Yusuf

WeTV Malaysia mempersembahkan Siri Original Pertamanya, Villa Kristal yang akan disiarkan secara percuma dan eksklusif  di wetv.vip dan aplikasi WeTV mulai 4 Mac 2022.

Siri drama komedi 12 episod yang diarah oleh Kabir Bhatia dan Jason Chong, dan dibintangi oleh Mimi Lana, Tiz Zaqyah, Mawar Rashid, dan Jasmine Suraya memaparkan kisah kehidupan Hani yang menyamar sebagai menantu seorang ahli politik untuk mencungkil rahsia, drama dan masalah rumah tangga madu-madu dan kekasih-kekasih rahsia VIP terkenal yang mendiami Villa Kristal.


Villa Kristal mengisahkan Hani (Mimi Lana) seorang penulis novel yang mahu membongkar rahsia madu beracun untuk dijadikan bahan sensasi novel terbaru. Hani menyamar sebagai menantu ahli politik dan masuk ke Villa Kristal untuk mendekatkan diri dengan sasarannya iaitu Rose (Mawar Rashid), isteri kedua kepada ustaz selebriti terkenal.

Dalam misi mendekati Rose, Hani juga semakin rapat dengan Angel (Jasmine Suraya) dan Diana (Tiz Zaqyah). Hani sebenarnya sangat bencikan golongan perampas kerana ibu tirinya. Mampukah Hani bertahan dengan kerenah mereka dan berjaya dalam misinya?


Siapakah Rose, Angel dan Diana yang menghuni Villa Kristal?

Rose merupakan bekas pelakon yang popular dengan drama bersiri 300 episod dan terus sendu selepas menjadi isteri kedua kepada Ustaz (Nazrief Nazri) selebriti terkenal. Kini, Rose adalah influencer media sosial dan cuba mendapatkan semula perhatian peminatnya.

Angel pula seorang guru yoga yang peramah dan gemar memberi tips tentang cara menggoda lelaki kepada wanita-wanita di Villa Kristal. Angel juga adalh perempuan simpanan kepada Robin (Alvin Wong) dan cuba mendapatkan zuriat untuk Robin.

Manakala, Diana seorang usahawan berjaya dan dalam diam mempunyai hubungan dengan Idris (Tony Eusoff), seorang ahli perniagaan. Hubungan mereka bahagia tapi menerima tentangan hebat dari isteri Idris dan sehinggalah satu tragedi melanda.


Bukan kerja mudah untuk Hani mendekat Rose, dengan sikap terlebih peramahnya itu telah membuatkan Rose tidak selesa dan takut dengan Hani. Namun, Rose mula berkawan rapat dengan Hani setelah gadis itu sahaja yang menyokong projek Saham Akhirat yang diusahakan untuk pengikut media sosialnya.

Dalam mengorek kehidupan golongan perampas, berlaku satu tragedi di Villa Kristal apabila jasad Idris ditemui didalam kolam di villa tersebut. Adakah semua itu hanya satu kemalangan atau Idris dibunuh?

Misi Hani kini bertambah menarik kerana dia bukan sahaja membongkar rahsia wanita-wanita di Villa Kristal malah cuba menyiasat misteri di sebalik kematian Idris.


plot dan jalan cerita Villa Kristal nampak menarik dan bukan tipikal drama melayu apabila berani mengetengahkan wanita golongan perampas sebagai isu utamanya yang luarannya nampak bahagia dan gembira dengan kehidupan mereka namun disebaliknya terdapat sisi gelap dan dilema yang cuba disembunyikan mereka dari orang luar.

waktu keluar trailer drama ini terkejut juga dengan watak Jasmine Suraya sebagai Angel yang sangat berani tapi semua barisan pelakon dalam Villa Kristal sangat best dan berjaya membawakan watak masing-masing dengan baik. 

Walaupun drama ini nampak agak dark dari tapi penceritaan yang secara santai dan komedi sangat menarik. Pasti juga korang terhibur melihat pelbagai kerenah dan ragam dari Hani, Rose, Angel dan Diana yang menghangatkan lagi keadaan.

Berjayakah Hani membongkarkan rahsia Rose, Angel dan Diana dan menghabiskan novelnya? Saksikan kesemuanya dalam Villa Kristal, setiap khamis dan jumaat jam 8 malam secara percuma dan ekslusif di WeTV Malaysia.

Post a Comment

1 Comments