Title : Midnight At The Pera Palasta
Director : Emre Sahin
Screenwriter : Elif Usman
Network : Netflix
Release Date : 3 March 2022
Episodes : 8
Duration : 45 minutes
Genre : Mystery, Historical, Time Travel
Cast : Hazal Kaya, Selahattin Pasali, James Chalmers, Tansu Bicer, Yasemin Szawlowski, Yasemin Sannino, Hakan Dinckol
Assigned to write about the hotel, Esra accidentally discovers that room 411 is a door to 1919. She travels back in time and gets caught in a political conspiracy. Now Esra, together with the cunning hotel manager Ahmet, has to protect the flow of history and the future. However, as soon as Esra meets the handsome and mysterious Halit, the owner of Istanbul's craziest club, she realizes that nothing is as it seems in 1919 Istanbul and that no one is who they say they are.
Midnight At The Pera Palace mengisahkan Esra (Hazal Kaya) seorang wartawan yang suka melebih-lebih dalam setiap artikel yang ditulisnya. bila editornya minta tulis mengenai restoran makanan laut terbaik di instabul, dia tulis tentang kesan pemanasan global pada ikan. bila suruh senarai kafe popular, dia tulis tentang kegiatan haram di sebalik perniagaan kafe.
begitu juga bila editor minta tulis artikel mengenai 130 sebab untuk bermalam di hotel Pera Palace sempena ulangtahun ke 130 hotel tersebut tapi Esra lebih berminat tentang sejarah dan misteri yang ada di hotel Pera Palace.
Esra melawat hotel Pera Palace ditemani pengurus disitu, Ahmet (Tansu Bicer) yang berkongsi pelbagai kisah menarik seperti salah sebuah bilik di situ yang menjadi tempat penginapan Mustafa Kemal Antaturk dan kisah menarik tentang seorang wanita bernama Peride yang menjadi orang penting dalam hidup Mustafa Kamal sebelum lelaki itu diangkat sebagai pemimpin disegani di Turki.
Selain itu, Ahmet juga menunjukkan sebuah bilik yang pernah dihuni oleh penulis terkenal Agatha Christie dan memberitahu tentang satu misteri yang Agatha Christie yang pernah menghilangkan diri selama 11 hari ketika tinggal di situ. tiada siapa yang tahu kemana penulis itu pergi dalam tempoh tersebut, yang mereka jumpa hanyalah satu kunci lama.
Kerana hari sudah lewat dan hujan lebat, Esra membuat keputusan bermalam di situ. sebelum pulang, Ahmet ada tunjuk kunci lama yang dijumpai dalam bilik Agatha Cristie. bila Esra masuk ke dalam bilik dia ternampak kunci tersebut dan menyangka Ahmet meminjamkan kunci tersebut kepadanya.
Esra teruja lalu pergi ke bilik tersebut tapi satu keajaiban berlaku apabila dia mengembara ke tahun 1919, di zaman permodenan. Ahmet yang merasakan ada sesuatu tidak kena kembali ke hotel tersebut mendapati Esra telah merentas masa lalu kembali ke tahun 1919 untuk membawa Esra pulang semula.
Sebenarnya kunci lama yang dipegang Ahmet adalah kunci untuk merentas masa manakala bilik 411 yang dihuni Agatha Christie adalah pintunya tapi yang pelik siapa yang bagi kunci tersebut kepada Esra padahal kunci Ahmet masih lagi dalam pegangannya.
Mereka cuba kembali semula kepada masa kini tapi tidak berjaya kerana telah berlaku perubahan dalam time travel tersebut. Peride yang sepatutnya menyelamatkan Mustafa Kemal telah dibunuh, jadi persoalannya siapakah yang akan menyelamatkan Mustafa Kemal. adakah sejarah akan berubah.
Disebab rupa Peride seiras dengan Esra, Ahmet menyuruh Esra menjadi Peride dan kini mereka dalam misi untuk menyiasat dalang di sebalik pembunuhan Peride, dalam masa yang sama mereka perlu tahu apa rancangan Peride dalam menyelamatkan Mustafa Kemal.
bila ternampak drama ni di Netflix terus tengok sebab konsep time travel bagi aku sangat menarik, dia punya prop dan latar belakang Turki tahun 1919 sangat menarik. aku tak sure tahun 1919, Turki di bawah kerajaan uthmaniyah atau tidak lagipun tahun ni banyak konspirasi bila British juga masuk campur tangan. tapi apa yang aku tahu Esra cakap kalau mereka tak selamatkan Mustafa Kamal, negara turki moden tidak akan wujud.
firt episode nampak menarik tapi aku cuma mampu tengok drama ni sampai episod 4 terus lompat episod akhir sebab jalan ceritanya masyallah serabut betul, sis langsung tak faham.
mungkin sebab tak familiar dengan sejarah turki tapi seriusly jalan cerita tak dikembangkan dengan baik dan pengenalan watak pun kurang bagus. dalam episod awal tu mereka cuba menyiasat siapa sebenar Peride tapi bagaimana dengan watak Ahmet, kenapa dia macam sudah terbiasa dengan time travel. bagaimana pula dengan Halit, sis tak faham kenapa pengarah cuba tunjuk watak ni jahat dalam 4 episod awal tapi last episod terus jadi hero.
maybe ada penjelasan dalam episod yang aku skip tapi sorilah malas nak tengok sepatutnya dua episod awal, pengarah dah boleh grab attention penonton untuk terus melekat sampai episod last tapi ini, rimas pula aku dengan heroin yang kurang cerdik, menyibuk tak kena tempat. lepas tu kau kehulur-hilir tu menyiasat pasal siapa, kalau main sebut aku pun boleh sembang sekali. confius tau bila diorang sebut pasal nama tu tapi tak tahu cakap pasal siapa.
3 Comments
suka konsep time travel jugak. 8 espisod bolehla layan. selaluu drama turki sampai beratus episod
ReplyDeletesuka genre time travel...nak pi layan jg..1919 masih lg kerajaan uthmaniyyah walaupun dah dekat nak nyawa2 ikan...thn 1923 dah takde..
ReplyDeletewah thanks bagi info, serabut sikit layan citer ni sebab tak familiar dgn sejarah diorang..
Delete