Review Drama | You Are My Heartbeat (2022)


Title : You Are My Heartbeat
Director : Sarasawadee Wongsompetch
Screenwriter : Ying Wanwipa Samngamjam
Network : PPTV/WeTV
Aired : 2 March 2022 - 5 May 2022
Episodes : 20
Duration : 60 minutes
Genre : Romance, Business
Cast : Mai Davika, Push Puttichai, Jackie Jackrin, Carissa Springett, Blue Pongtiwat, Tai Pengpak, Beau Thanakorn, Mint Mintita, Kik Mayurin, Oliver, Poupart

Sira is a hardworking businessman who really hates dirt and lies but has to deal with Keetika, a tricky designer who doesn't have a very good relationship with her mother, Parin because she left her father for Papop, an owner of a large garment-textile company. That makes Keetika have constant run-ins with Chanaratee, who is the daughter of Papop. 
Sira was adopted by Premyuda when he was a child. He works really hard to get Sasa, a real trouble maker, back on track for Premyuda. He then asks Keetika, Sasa's ex, to work together just to make Sasa come to the company without knowing that Premyuda is the reason for their break up. In the end, Sira and Keetika start to have feelings for each other.


You Are My Heartbeat diadaptasi dari drama chinese bertajuk The Fox's Summer mengisahkan Sira (Push Puttichai) seorang CEO yang workaholic dan fobia dengan kuman dan juga sentuhan.

Walaupun Sira berkerja keras menaikkan nama syarikat namun usahanya tidak dihargai neneknya kerana Sira hanyalah cucu angkat. Madam Premyuda (Tai Penpak) dari awal lagi sudah memberitahu untuk melantik cucu kandungnya, Sasa (Jackie Jackrin) untuk memegang jawatan tertinggi dalam syarikat keluarga mereka.

Sasa pula gemar menghabiskan masa dengan berfoya-foya dan selalu menghilangkan diri kerana tidak berminat untuk bekerja. bila Sasa buat hal, Sira yang menjadi sasaran Madam Premyuda melepaskan geram menuduh kononnya Sira mahu membolot keluarga.

Demi Madam Premyuda, Sira terpaksa mencari jalan supaya Sasa berminat untuk belajar menguruskan syarikat keluarga mereka.


Kanghan/Keetika (Mai Davika) seorang designer baru pulang dari Milan. Dia mempunyai masalah dengan ibunya, Parin (Kik Mayurin) kerana ibunya meninggalkan bapanya untuk berkahwin dengan orang kaya bernama Paphop (An Oliver)

sekembalinya ke Thailand, khun Paphop menawarkan Keetika untuk bekerja dalam syarikatnya sebagai ketua designer. hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati pada kakak tirinya, Chanaratee (Carissa Springett) dan selalu menuduh Parin berkahwin dengan ayahnya kerana harta.

Walaupun Chanaratee selalu membuat hal dan membuli Keetika tapi dia seorang yang kuat dan tidak akan sesekali menunduk apabila ada yang mencari masalah dengannya.


Keetika dan Sira bertemu dalam satu insiden yang berakhir dengan pergaduhan. Apabila Sira mengetahui hubungan Keetika dan Sasa pada masa lalu, Sira mengambil Keetika bekerja dengannya dengan harapan dapat menarik minat Sasa untuk datang bekerja.

Walau bagaimanapun Madam Premyude tidak suka dengan Keetika sebab dia yang memisahkan Sasa dan Keetika dahulu dan kini mahu Sira menjauhkan mereka berdua. Dalam menyelesaikan masalah Sasa, Sira secara tidak langsung semakin rapat dengan Keetika dan mula menyimpan perasaan kepada gadis tersebut.


aku dah tengok yang versi original The Fox's Summer, plot dan jalan cerita memang menarik dan menghiburkan cuma konflik hubungan hero dan heroin banyak kat hujung-hujung. 

untuk versi thailand You Are My Heartbeat pula, baru dua episod ditayangkan di WeTV, so far nampak best tapi yang menarik adalah gandingan Mai Davika dan Push Puttichai. for me first time tengok mereka berdua dalam satu drama, nampak menarik dan best juga chemistry antara mereka.

yang tak best tengok kat WeTV, subtitle dia serba tak kena. dah la nama main hentam letak je. aku dok fikir juga siapalah si Shiela ni, bila tengok kat info rupanya hero dialah tapi nama dia sebenarnya Sira. aduh pening, Sira dah jadi Shiela pula. tapi kalau korang tengah mencari drama thailand terbaru boleh menonton You Are My Heartbeat.


Baca juga:

Post a Comment

3 Comments

  1. the Fox's summer tu best la jugak. Tunggu ada hati nak bukak drama ni pulak. hehe

    ReplyDelete