Review Drama | Layangan Putus (2021)


Tajuk : Layangan Putus
Pengarah : Benni Setiawan
Penulis Skrip : Oka Aurora
Siaran : WeTV
Tayangan : 26 November 2021
Episod : 20
Durasi : 30 minit
Pelakon : Putri Marino, Reza Rahadian, Anya Geraldine, Graciella Abigail, Raquel Katie, Michelle Wanda, Marthino Lio, Frederika Cull


Layangan Putus diinspirasi dari kisah benar yang pernah viral di media sosial mengisahkan rumahtangga Kinan (Putri Marino) dan Aris (Reza Rahadian) yang sangat bahagia bersama anak mereka Raya (Graciella Abigail).

Ramai kenalan terdekat yang cemburu dengan Kinan melihat Aris sebagai suami yang sempurna dan bapa yang penyayang.

Namun begitu ketika sedang sarat mengandungkan anak kedua, Kinan melihat perangai pelik Aris seperti selalu melekat dengan telefon dan jarang berada di rumah walaupun pada hujung minggu sehingga menaruh syak yang suaminya berlaku curang.


walaupun Kinan cuba menyembunyikan masalahnya, kawan baiknya boleh agak ada benda yang tak kena tapi disebabkan Kinan tak nak buka mulut, mereka terpaksa hormat pendiriannya.

Sehinggalah suatu hari, Aris secara tiba-tiba menghilangkan diri tidak dapat dihubungi terpaksa Kinan minta bantuan kawan-kawannya untuk mencari Aris. rupa-rupanya, Aris tengah berseronok dengan kekasih gelapnya, Lydia (Anya Geraldine) bercuti di luar negara. destinasi impian Kinan pula tu, mahu tak mengamuk dengan perangai suami macam ni.


walaupun Reza Rahadian berlakon watak utama tapi sorilah dari first episode dah pangkah si Aris ni, menyampah giler kot. isteri tengah sarat mengandung kau gatal cari perempuan lain kat luar. tapi yang geram tu sampai kesudah dia tak mengaku sebabnya Kinan tak ada bukti kukuh untuk tuduh dia curang, yang geram boleh pula marah isterinya terlebih curiga.

dan yes suka watak Kinan yang strong dan cara handle masalah rumahtangganya walaupun ada satu tahap Kinan cuba pertahankan perkahwinannya dengan beri peluang kedua kepada Aris tapi itulah, lelaki kalau sekali curang memang susahlah nak percaya dia dah berubah.

bila Aris beritahu tak boleh ceraikan Kinan dalam masa yang sama tak boleh tinggalkan Lydia lepas tu cakap pasal poligami. aduh sampai episode ni geram juga tengok muka Aris dan si Lydia dengan tak tahu malu datang jumpa Kinan minta izin untuk bernikah. 


drama berkisahkan kecurangan rumahtangga bukan satu benda yang baru, bukan nak cakap drama korea, drama melayu pun berlambak tapi yang best bila tengok watak dalam tu yang bikin stress keadaan dan menangis sekali bila janji setia dikhianati begitu saja. emo betul melayan drama macam ni.

pengajarannya kepada perempuan kalau jumpa lelaki yang nampak serba serbi perfect macam Aris baik pangkah awal-awal..haha

suka dengan ending Layangan Putus sebab nampak lebih realistik, dari awal lagi memang sokong Kinan pilih jalan tersebut sebab buat apa nak mempertahankan sesuatu kalau hati tak gembira. itulah happy ending yang sebenarnya untuk Layangan Putus.

Post a Comment

10 Comments

  1. Ramai dh org review drama ni... X sanggup nktgk. Takut teremo lelebih kang hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terlebih emo melayan cerita ni, dari awal sampai habis kerja maki si Aris dengan lydia je..nasiblah kita takde darah tinggi macam Kinan..

      Delete
  2. geram je layan drama genre mcm ni kan...

    drama yg top di wetv..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang geram sebab tu jarang layan genre macam ni, buat stress je tengok..haha

      Delete
  3. harap la nanti tak ada laki macam aris ni. kesian jugak kinan huhu. perempuan mana lah hati tak sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki macam Aris sentiasa wujud. so be careful :)

      Delete
  4. Sampai sekarang masih tak boleh terima betul tau si Aris tu buat Kinan cmtu, gerammmm.. begitu sakitnya rasa MummysF tu kan yang menjadi mangsa kisah benar cerita ni huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. si Aris satu hal, yg perempuan perampas pun satu hal. sakit hati betul melayan drama ni..

      Delete
  5. Ohh.. cerita ni la isteri saya selalu cerita.. ehehe.. x tengok lagi..

    ReplyDelete
  6. Trending betul drama ni tapi belum ada rasa nak layan lagi. Takut teremosi lebih. huhu...

    ReplyDelete