Review Chinese Drama | The Lion's Secret (2021)


Title : The Lion's Secret
Director : Allen Lan, Zhu Dong Ning
Screenwriter : Jin Guo Dong
Network : iQiyi
Aired : 30 December 2021 - 23 January 2022
Episodes : 33
Duration : 40 minutes
Genre : Action, Business, Romantic, Comedy
Cast : Zhu Ya Wen, Yan Zi Shan, Mike He, Li Yuan, Fang Xiao Li, Kira Shi, Zhang Shen, Lan Man Yu, Qin Bo Kun, Jason Tsao, Jian Ze Zheng


The story of the lion and the lazy cat follows two people who get married first before falling in love. Mu WanQing is a successful lady CEO and Liu Qing is an unemployed former soldier. Mu WanQing and Liu Qing's first encounter was on their wedding day.
With no feelings for each other, their relationship started out hostile until it turns into one of mutual love and support. Liu Qing helps Mu WanQing resolve the crises in her company while at the same time averting the provocations from her ex-boyfriend. 
As their love is severely tested, a bigger challenge rises to the surface. In order to fulfill the wishes of their elders, they start on a journey to Bazhen.
(Source: ChineseDrama.info)


The Lion's Secret mengisahkan Mu Wanqing (Yang Zi Shan), seorang CEO muda yang mengambil alih syarikat keluarganya bersetuju untuk berkahwin dengan pilihan bapanya namun tidak mahu memperkenal suaminya secara formal kepada public.

bapa Wanqing meminta anak kawan baiknya bermana Liu Qing (Zhu Ya Wen) untuk mengahwini anaknya tambahaan pula dengan latar belakang lelaki itu yang pernah berkerja dengan special forces, bapa Wanqing percaya yang Liu Qing boleh melindungi Wanqing dari segala ancaman bahaya dengan baik.


ini first drama Zhu Ya Wen aku tengok tapi suka pula tengok lakonan dia, tak tahu kenapa tak perasan drama dia sebelum ni. antara sebab aku boleh habiskan drama ni suka dengan watak hero yang nampak playful tapi sangat misteri dengan identitinya.

first half, agak terhibur juga perangai heronya yang kuat menyakat dalam masa yang sama melindungi isterinya. walaupun watak Wanqing awalnya agak annoying tapi once dia makin kenal Liu Qing langsung tak teragak nak buka pintu hatinya untuk Liu Qing.


Lii Qing dahulunya bekerja dalam special force bersama dengan Lei Shuo (Mike He) dan Wu Fengyu (Qin Bo Kun). misi terakhir mereka berakhir dengan tragedi apabila kehilangan beberapa orang rakan pejuang lalu masing-masing membuat keputusan untuk berhenti.

konflik terjadi apabila ada orang yang cuba membalas dendam kepada mereka bertiga dan menjadikan orang yang mereka sayang sebagai sasaran. oleh sebab itu, mereka bertiga bekerjasama untuk mencari siapa dalang di sebalik semua kejadian malang yang berlaku.


plot di awal cerita agak menarik tapi masalah utamanya, bukan drama The Lion's Secret sahaja tapi mostly drama chinese ada masalah yang sama apabila penulis suka panjangkan siri dengan banyakkan side character dan side story sampai lupa dengan plot utamanya.

padahal banyak plot utama yang menarik untuk dikembangkan tapi tak diberi perhatian last sekali banyak persoalan tergantung tanpa jawapan. begitu juga bila banyak sangat watak tambahan, watak utama dan antagonis tak dikembang dengan baik.

stress pula aku sebab banyak sangat orang jahat yang datang dan pergi, sampai satu tahap aku dah tak tahu siapa jahat siapa baik, apa motif kau sebenarnya haa?? iyelah semua yang datang nak balas dengan pada Liu Qing, kenapa bukan pada Lei Shuo padahal Lei Shuo itu yang ketua misi dulu sepatutnya dia yang jadi sasaran utama mereka.


sepatutnya drama ni boleh habis dekat episod 27-28 sebab episod belakang-belakang tu makin membosankan. aku tahu drama ni nak fokus pada action tapi jalan cerita dia berkaitan orang jahat ni lemah sangat.

walaupun banyak flaw dalam jalan cerita The Lion's Secret tapi suka drama ni sebab chemistry antara Liu Qing dan Wu Manqing, dan juga progress relationship mereka. selain itu, suka tengok bromance antara Mike He dan Zhu Ya Wen. so overall, ok laa..

Post a Comment

0 Comments