Review Movie | Pee Mak (2013)


Title : Pee Mak Phra Kanong
Country : Thailand
Director : Banjong Pisanthanakun
Screenwriter : Nontra Khumvong
Release Date : 28 May 2013
Duration : 2 hour
Cast : Mario Maurer, Mai Davika, Freud Chatphong, Phuak Pongsatorn, Bom Kantapat, Shane Attarut, Sean Jindachot

Mae Nak antara cerita hantu yang popular dalam kalangan masyarakat thailand, banyak juga versi filem seram yang diinspirasikan dari kisah Mae Nak. Antaranya filem Nang Nak yang dikeluarkan pada tahun 1999 yang bikin merinding bulu roma, manakala Pee Mak pula filem seram komedi.


Pee Mak menggunakan latar masa era kerajaan Rattanakosin mengisahkan Mak (Mario Maurer) yang terpaksa meninggalkan isterinya, Nak (Mai Davika) untuk pergi berperang dan kemudiannya bertemu empat orang askar yang menjadi kawan baiknya iaitu Toe (Freud), Phuak (Phuak), Aey (Bom) dan Shin (Shane).

Selepas perang tamat, mereka berempat mengikut Mak pulang ke kampung halamannya di Phra Khanong dan bertemu dengan isteri Mak yang cantik.


Sejak sampai ke kampung itu, Toe, Phuak, Shin dan Aey ada terdengar khabar angin yang mengatakan Nak telah meninggal ketika melahirkan anak dan menjadi hantu. tapi bila tengok Nak layan mereka baik, mereka tak percaya cerita tersebut.

Sehingga suatu hari, mereka terjumpa bukti yang Nak itu sebenarnya adalah hantu dan cuba memberitahu perkara tersebut kepada Mak. namun setiap kali nak beritahu mesti ada benda yang menghalang.

Nak akan membunuh sesiapa sahaja yang mahu memisahkannya dengan Mak dan kini nyawa mereka berempat dalam bahaya apabila Nak mengetahui mereka sudah tahu rahsia dirinya.


walaupun kisah cerita Nak adalah seram tapi elemen komedi dalam filem ni diolah dan disampaikan dengan baik oleh Toe, Phuak, Shin dan Aey. jalan cerita juga sangat menarik, paling aku suka scene yang mereka keliru siapa sebenarnya dah mati. confius dan takut punya pasal macam-macam hal yang terjadi sampai member sendiri pun sanggup tendang masuk dalam sungai.

cerita dia memang saspen tapi tak sempat nak rasa seram terus tergelak dengan watak Mak yang agak lurus bendul ditambah pula dengan perangai kawan-kawan Mak yang pelbagai ragam. menarik juga ending filem Pee Mak pun ada kelainan dari versi asal. Overall, sangat menghiburkan.

Baca juga: 

Post a Comment

0 Comments