Review Movie | Low Season (2019)


Title : Low Season
Country : Thailand
    Director : Nareubadee Wetchakam
Release Date : 13 February 2020
Duration : 2 hour 5 minutes
Cast : Mario Maurer, Ploypailin Thangprapaporn, Zung Kidakarn,
Joke Akarin, Nicky Nachat, Four Sakolrat

`

Low Season mengisahkan Lin (Plopailin) yang mempunyai kebolehan melihat hantu sejak dilahirkan. Lin bercinta dengan Tor sejak dari kolej sehinggalah lelaki menjadi penyanyi terkenal. Tor tidak pernah tahu tentang kebolehan Lin dan rasa rimas bila setiap kali Lin buat perangai pelik, akhirnya dia mahu putus.

Lin mengambil keputusan untuk pergi bercuti pada waktu low season. musim ini tak ramai orang dan harga pun jauh lebih murah namun low season dikaitkan dengan orang yang kecewa dalam bercinta. ketika bercuti itu, Lin bertemu dengan beberapa orang yang mempunyai masalah cinta sepertinya.


Pud (Mario Maurer) pula seorang penulis skrip yang kemudiannya mendapat idea untuk menjadikan Lin sebagai watak utama dalam cerita seram terbarunya mengenai heroin yang mempunyai kebolehan melihat hantu tapi dia mengetahui yang Lin sebenarnya memang memiliki kebolehan itu.

dalam percutian tersebut, Pud mengajak Lin ke sebuah pergunungan terpencil melawat kawannya Karay untuk membuat research berkaitan cerita terbarynya. banyak kejadian aneh yang berlaku di situ sehingga Pud mengetahui rahsia Lin.


Low Season bertemakan romantik seram komedi tapi jangan letak expectation sangat untuk filem ini. elemen seram pun disebabkan kelebihan Lin tapi tak bagi impak yang besar untuk keseluruhan cerita. tengok filem ni pun sebab ada Mario tapi chemistry antara Ploy dan Mario tak cukup kuat untuk aku enjoy filem ni. tapi overall, jalan cerita sangat simple dan oklah untuk dijadikan tontonan santai.

Baca juga:

Post a Comment

0 Comments