Title : My Sunshine
Director : Liu Jun Jie
Screenwriter : Gu Man
Network : Netflix
Episode : 32
Duration : 45 minutes
Cast : Tiffany Tang, Wallace Chung, Jiang Ren Zi, Tan Kai, Viola Mi, Eric Yang,
Janice Wu, Luo Yun Xi, Zhou Yi Tong
bila nampak kat Netflix terus maraton jap sebab suka dengan hero dia. Wallace Chung pernah berlakon dalam drama taiwan dulu time sis tengah giler dengan drama taiwan tapi sebab watak yang dia pegang kecil waktu tu, tak boleh nak ingat pernah tengok dia kat mana but still muka dia familiar giler.
My Sunshine mengisahkan Zhao Mosheng dan He Yichen yang bertemu dan bercinta di universiti. He Yichen pelajar senior undang-undang yang sangat popular dan mempunyai ramai peminat salah seorangnya adalah Zhao Mosheng. He Yichen sangat dingin dan tidak mudah didekati tapi akhirnya jatuh cinta dengan perwatakan Mosheng yang ceria, naif dan tidak putus asa untuk memikatnya.
kisah cinta mereka agak popular juga di universiti tapi akhirnya berpisah apabila Mosheng tiba-tiba menghilangkan diri ke Amerika tanpa He Yichen tahu alasan sebenar.
Janice Wu dan Luo Yun Xi bawa peranan watak utama semasa muda, suka acting dan chemistry diorang dua. tak hairan sangat kalau sekarang ni mereka berdua sangat popular dan selalu pegang watak utama.
tujuh tahun kemudian Mosheng kembali semula ke China dan bekerja sebagai jurugambar di sebuah majalah hiburan. Mosheng terpaksa berdepan dengan Yichen apabila ada model mahu saman dia kerana mendakwa syarikatnya telah melanggar kontrak.
Yichen guna kesempatan ini untuk selidik tentang kehidupan Mosheng di Amerika. manakala Mosheng pula agak awkward sebab boleh bertemu dengan Yichen sebaik sahaja dia kembali ke China. waktu ini juga Mosheng keliru sebab Yichen sangat dingin dengan dirinya dan seolah salahkannya atas perpisahan mereka dahulu.
sebenarnya banyak salah faham terjadi, yang aku tak faham kenapa Yichen nak salahkan Mosheng padahal dia pun ada salah juga.. tapi yang kesian Mosheng pergi ke Amerika tanpa tahu syarikat ayah dia dalam masalah. ingatkan pergi sekejap tahu-tahu dapat berita ayahnya mati bunuh diri dan kenalan ayahnya ambil passport dan tak benarkan dia balik dalam tempoh tiga tahun.
dipendekkan cerita mereka membuat keputusan untuk berkahwin dan bila hubungan mereka semakin baik tiba-tiba bekas suami Mosheng, Ying Hui muncul dan mendakwa dia dan Mosheng masih lagi suami isteri yang sah sebab penceraian mereka di Amerika tak valid.
yang suka dengan Yichen ni, dia tak cepat melatah dan cuba siasat apa yang sebenarnya yang berlaku dan selesaikan hal tersebut. satu masalah juga bila Mosheng senang percaya orang tapi tak tahu dah kena game.
Mosheng setuju untuk berkahwin dengan Ying Hui kerana waktu itu dia nak dapat hak penjagaan untuk anak kawan baiknya yang dipenjarakan oleh bekas suaminya. tempoh perkahwinan mereka sampai kawan dia keluar penjara tapi Ying Hui asyik cari alasan tangguhkan penceraian. sebelum balik ke China, Mosheng dah selesaikan hal tersebut tapi tak tahu pula Ying Hui dah guna pengaruhnya untuk batalkan penceraian tersebut tanpa pengetahuan Mosheng.
sebenarnya mostly drama china yang aku tengok dulu, aku ada masalah sikit sebab terganggu dengan dubbing dan kualiti audio dia. heroin ni pula aku rasa dia tak sesuai berlakon dalam genre melodrama.
tak tahu nak salah dialog ke apa tapi bila ada silent moment boleh nampak heroin ni macam awkward pastu asyik menunduk, stress pula sis sebab tak banyak ekspresi muka dari dia waktu part selow melow ni. tapi lakonan dia much better bila masuk plot mereka berkahwin dan bila dia makin selesa dengan hero.
kat hujung-hujung baru enjoy sikit dengan lakonan Mosheng sebab boleh nampak dia makin selesa bila plot makin santai dan ringan. actually Mosheng ni nqmpqk lebih sesuai berlakon dalam genre romantik komedi. chemistry dengan Yi Chen comel dan satu lagi prefer Mosheng dengan style rambut begini sebab tak berkenan langsung dengan wig pendek dia.
banyak kelemahan dari segi jalan cerita tapi aku still enjoy melayan drama ni. walaupun banyak konflik dan watak yang cuba menganggu Mosheng dan Yichen tapi langsung tak menggugat hubungan cinta mereka sebab Yichen tahu apa yang dia nak dalam hidupnya yang penting dia percaya Mosheng walaupun tak tahu hal sebenar.
overall, kalau korang suka genre melodrama atau suka dengan pelakon My Sunshine bolehlah try menonton drama ni. kalau tidak better skip..hehe
3 Comments
Lama x layan drama korea
ReplyDeletelast layan drama china yang cerita meteor garden 2018 tu.. sbb ensem hero dia dylan wang hahaha
ReplyDeletemuda dua2nya...dlm the Sword & the Brocade, wallace chung nampak matured..chubby sikit..
ReplyDelete